Seorang kanak-kanak di daerah Shandong China, memiliki bakat istimewa. Sun Haoyang berumur dua tahun, bioleh mengenali nombor telefon dari nada tekannya. Bakat aneh ini diketahui secara tidak sengaja oleh orang tuanya.
[ Ma, Ibunda Sun Haoyang]:
"Saya akan ke pejabat ketika handphone saya hilang, jadi saya menelefon telefon yang hilang itu dengan telefon rumah. Anehnya, ia berteriak bahawa itu nombor telepon Ibu. Kemudian saya mengujinya dengan menekan nombor yang sama, dan ia berteriak lagi. Sangat aneh ia boleh membezakan setiap nombor yang saya tekan."
Haoyang jarang salah menyesuaikan nada tombol untuk angka. Untuk membuktikannya, wartawan lalu mengujinya.
[Sun Haoyang]:
"Lima, lapan, sembilan. Enam, sembilan, tujuh. Tujuh, dua, tiga. lapan, kosong, sembilan."
"Satu, tiga, enam. Satu, enam, tiga. Dua, satu."
Datuknya berkata, Haoyang tertarik dengan muzik dan nombor sejak dia masih kecil.
Videonya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan