Khamis, Ogos 09, 2012

Basikal Hoy terlalu ringan : tayar basikal diperbuat daripada sutera









LONDON – Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.

Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram.

Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.

Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki.

Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.

“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.

Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu.

Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.

Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester.

Tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera.

– Agensi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k