Rabu, Ogos 22, 2012

Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg dianugerah bintang Negeri Sarawak





TUN Abang Muhammad Salahuddin menyematkan bintang Johan Bintang Kenyalang kepada Pandalele Rinong Pamg di Astana Negeri di Perta Jaya, Kuching semalam. Turut kelihatan Abdul Taib Mahmud (kanan).


KUCHING – Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam dengan diberi sambutan sebagai seorang Serikandi.
Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak iaitu Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK).
Bintang tersebut dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.
“Saya amat berbangga dan terharu kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan negeri.
“Bagaimanapun, saya tidak akan lupa diri dan asal usul saya. Apa yang penting ialah saya ingin menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Bumi Kenyalang untuk menceburi acara sama,” kata Pandelela pada majlis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k