Rabu, Ogos 22, 2012

Sir Alex Ferguson Pengsan di bilik persalinan kerana MU tewas 0-1 di tangan Everton




















  PEMAIN tengah Everton, Marouane Fellainie (kiri) menanduk masuk gol kemenangan pasukannya pada aksi Liga Perdana England menentang Manchester United di Goodison Park awal pagi semalam. 


LIVERPOOL – Manchester united bermula dengan rentak yang hambar. Mereka tewas 0-1 kepada Everton pada aksi pembukaan saingan Liga Perdana England di Goodison Park awal pagi semalam.
Ekoran kekalahan itu, pengurus United, Alex Ferguson mengkritik para pemainnya kerana gagal memanfaatkan kualiti yang dimiliki oleh penyerang baharu, Robin van Persie.
Meskipun van Persie dibawa masuk bagi menggantikan Danny Welbeck pada minit ke-68 tetapi anak-anak buah Ferguson tetap buntu untuk menjaringkan gol.
“Apabila van Persie berada dalam pasukan, kamu perlu menggunakan kualiti yang dimilikinya terutama bagi menembusi benteng pertahanan tengah pihak lawan kerana itu adalah kelebihannya.
“Namun, kami (United) berdepan situasi yang berbeza kerana tidak menggunakan sepenuhnya kualiti yang dimiliki van Persie itu,” kata Ferguson.
Diminta mengulas mengenai keputusannya yang tidak menurunkan van Persie dalam kesebelasan utama United, Ferguson menjelaskan bahawa pemain itu masih belum dapat menyesuaikan dirinya dengan rentak United.
“Van Persie tidak beraksi dalam banyak perlawanan sebelum aksi liga bermula.
“Jadi, lebih baik sekiranya dia diletakkan di bangku simpanan terlebih dahulu.
“Dia seorang pemain yang hebat dan semua orang mahu dia diturunkan dalam kesebelasan utama. Namun, secara realistik lebih baik jika dia diletakkan di bangku simpanan,” jelas Ferguson.
Van Persie melengkapkan perpindahan ke United dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta (RM117 juta) Jumaat lalu.
Pada aksi awal pagi semalam, gol kemenangan Everton dijaringkan oleh Marouane Fellaini pada minit ke-57. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k