Sabtu, Oktober 27, 2012

Jom lihat apartmen terkecil di Lund, Sweden [ 7 gambar ]




Ini ialah apartmen terkecil di Lund, Sweden. Ianya hanya sebesar 12 meter persegi  (130 kaki persegi) dan dipenuhi dengan segala keperluan apartmen bersaiz normal. Sungguhpun ianya kecil sewa bulanannya tidak kecil langsung iaitu USD 370 (RM 1170) sebulan!







alangkah bestnya beraya di kampung...




suasana malam di kota bharu kelantan

Berada di Kelantan, tumpah darah aku..rasa sungguh best sekali..lebih-lebih di kampung aku..yang sunyi, damai, dan hening sekali..inilah suasana kampung...jarang2 sekali baik kampung terasa sungguh tenang sekali...rasanya mcm nak tinggal di kampung saja...sangat berlainan sungguh dengan suasana di bandar...
Menyambut Hari Raya Aidiladha di Kelantan, sungguh menyeronokkan sungguh berbeza dengan sambutan di tempat-tempat lain..di tempat lain..selapas solat hari raya tu..semua balik rumah dan selalunya ada agenda masing2 la lepas tu...amalan kunjung mengunjung kurang di amalkan di luar Kelantan, semasa sambutan hari Raya Aidiladha berbanding di Kelantan dan acara korban lembu pula akan dibuat sama-sama/gotong royong selagi tak selesai urusan pembahagian bahagian lembu tu..dia orang tak akan balik, semangat kerjasama dan tolong menolong sangat menebal sekali..terbukti apabila aku sendiri menjalani ibadah korban di Kelantan pada tahun ini, dan alhamdul;illah syukur semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan

hari ni aku ke pusara mak lagi..sebab esok aku dah dah nak balik ke Negeri Sembilan, Isnin dah kerja..kesempatan ini aku ambik seluasnya untuk pergi ke pusara mak, sedekahkan ayat-ayat al-Quran buat arwah..moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mak saya...InsyaAllah...





Ahad, Oktober 21, 2012

[ 15 gambar ] Final Piala Malaysia - Biar Gambar Menceritakan Segalanya....































Tahniah...!! Kelantan juara Piala Malaysia tewaskan ATM 3-2





KELANTAN muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam, malam tadi



PEMAIN pasukan Kelantan, Norsharul Idlan Talaha (putih) ketika menjaringkan gol pertama pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di antara Kelantan menentang ATM di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.



PEMAIN ATM, Rueben (kiri) berentap dengan pemain Kelantan, Norul Azwa Roya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini

Piala Malaysia

Suasana di dalam stadium Shah Alam malam ini

Piala Malaysia

Obina dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Marlon Ales James

Piala Malaysia

serangan Kelantan di gawang ATM malam ini



Wira The Red Warriors- Indra Putra yang menjaringkan gol paling tercantik di dunia malam ini

Kelantan are Malaysia Cup champs

Nik Shahrul dan Norsharul Idlan Talaha mengucapkan tahniah atas jaringan cantik Indra Putera





KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Berikut kedudukan jaringan:

ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61


Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49

Indra Putra minit ke-95


PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN:

120+4: Kelantan muncul juara, jaringan 3-2

120+4: Masa tambahan

119m: Sepakan percuma jark jauh oleh ATM

118m: Sepakan percuma ATM diambil Fitri Omar

117m: Indra kasari Martoloto

115m: Kad kuning untuk Rizal

110m: Azlan Ismail masuk padang

108m: Martoloto diberi kad kuning

107m: Pergeseran Martoloto dan Syakir

106m: Mohd Daudsu cedera, diusung keluar padang

106m: Babak kedua masa tambahan bermula

105m: Kedudukan semasa Kelantan 3, ATM 2

104m: Sepakan penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol

100m: Ruben ditukar.

97m: Jaringan ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid.

95m: Kelantan tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2.

90+3: Perlawanan separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2

90+2: Sepakan percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra

90+1: Alex James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex

90m: Masa tambahan 3 minit

88m: Cubaan Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan

79m: Cubaan Rizal ke gawang Kelantan gagal

77m: Indra Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi

75m: Sepakan penjuru buat Kelantan

72m: Zaquan ambil sepakan penjuru ATM

71m: Cubaan Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar

69m: Obina ditolak Marteleto

69m: Zaquan buat hantar tapi dihalang Syakir

68m: ATM hantar bola ke pintu gagal

67m: Cubaan Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar

64m: Cubaan gol ATM tetapi gagal dihalang

61m: Gol ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan

61m: Kad kuning bagi Kelantan

59m: Azmi Muslim masuk, Fitri Omar keluar

57m: Sepakan penjuru Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol

55m: Sepakan penjuru ATM ke-6

55m: Sepakan percuma Kelantan kerana Afiq ditolak

54m: Cubaan Kelantan gagal ditepis Zaquan

53m: Cubaan Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid

51M: Cubaan Hai-O tapi gagal hantaran

49m: Gol bagi Kelantan, oleh Norshahrul

48m: ATM dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry

46m: Subamaniam tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan.

46m: Perlawanan separuh masa kedua bermula.

45 + 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0

45m: Masa tambahan dua minit diberikan

43m: Gol pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha

41m: Cubaan Kelantan gagal

35m: Kad kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan

34m: Tendangan Zaquan Adha jauh dari sasaran

33m: Sepakan penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal

31m: Tolakan Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha

30m: Cubaan dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM

30m: Kedudukan masih 0-0

28m: Sepakan penjuru diambil Kelantan

27m: Sepakan percuma diambil Aidil Zakuan

26m: Syakir menjatuhkan Hai-O

22m: Norshahrul gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua

23m: Kad kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri

7.50m: Marlon Alex James alami kecederaan

5:58m: Cubaan Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal

2m: Sepakan penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan

1m: Cubaan jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan

0.01m: Sepak mula menandakan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan bermula, dilakukan oleh pemain ATM selaku tuan rumah, Marlon Alex James.







Sabtu, Oktober 20, 2012

[ 2 gambar ] Suasana di dalam Stadium Shah Alam Sebelum Aksi Final Antara Kelantan vs ATM Malam ini







Kurang 2 jam dari sekarang akan bermulalah kemuncak penentuan sama ada Kelantan atau Angkatan Tentera Malaysia [ ATM ] yang akan menjulang piala paling berprestij di Malaysia, iaitu Piala Malaysia.Ramalan jurulatih Kelantan untuk aksi malam ini 50-50 kerana menyedari ATM juga bukan pasukan yang calang-calang juga ditambah dilagi 2 tonggak pemain Kelantan Muhammad Ghaddar dan Norfarhan tidak beraksi kerana menerima 2 kad kuning dalam perlawanan sebelumnya..

Apa pun ramalan, apa pun telahan..sama-sama kita tunggu  malam ini.....harapn tinggi menggunung agar Kelantan berjaya menjulang sekali lagi Piala Malaysia selepas tahun 2010..





The Red Warriors perlu menang untuk mencipta treble musim ini.


Kelantan

penggantungan Ghaddar dan Norfarhan cukup terasa

konvio penyokong dar Kelantan ke Selangor har ini




penyokong Kelantan berenti rehat di R&R Gua Musang sebelum bertolak ke Stadium Shah Alam



Peminat-peminat bola sepak tanah air pasti tidak sabar untuk menunggu perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia tahun 2012 antara Angkatan Tentera Malaysia vs Kelantan  ( The Red Warriors), Sabtu, 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Kelantan mara ke pentas final aksi Piala Malaysia 2012 dengan agregat 3-0 selepas kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam minggu lalu, membuktikan bahawa anak buah Bojan Hodak berada dalam kedudukan terbaik untuk mencatat kejuaraan treble selepas menjulang Piala FA dan Piala Liga Super.

Saya menjangakan perlawanan akhir malam ini pasti akan sengit dan saya tidak menolak kemungkinan besar sampai sehingga ke penentuan sepakan panelti. Jika ini berlaku semuanya berserah pada nasib saja dan kecekapan penjaga gol masing-masing.

Jurulatih ATM , B Sathianathan pastinya menurunkan barisan pemain yang terbaik dan akan mempamerkan corak permainan pantas seperti mana ATM menetang  Lions 12 di separuh akhir minggu lalu.

Ketiadaan Norfarhan dan Ghaddar di bahagian serangan mungkin merencatkan sedikit di bahagian serangan Red Warriors namun pastinya jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memiliki ramuan tertentu bagi mengatasi masalah ini

sumber gambar : http://www.facebook.com/kelate.net


Khamis, Oktober 18, 2012

Inilah Amber Jacob DJ Termuda Di Dunia Tercatat Di Dalam Guinness World Records





AmberJacobsDJ



Budak comel ini bernama Amber Jacob telah dinobotkan sebagai DJ atau juruhebah paling muda di dunia dan telah dimuatkan di dalam Guinness World Records.

Beliau yang dikenali sebagai DK AJ. Beliau yang bertugas sambil ditemani oleh bapanya, Steve di Radio Internet TBFM Online.

Ayahnya memberi sepenuhnya kepada anaknya yang berumur 6 tahun ini dari aspek pemilihan lagu yang dimainkan di radio ini dan begitu juga dalam soal perbualan dengan pemanggil atau peminat yang telefon apabila beliau mengadakan beberapa segmen semasa on air.




Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 [ 2013 ]




aktiviti memukul bola di atas skittle dan disambut oleh rakan-rakan di hadapan



aktiviti untuk memahami permainan konsep asas kategori jaring

17hb hingga 20hb Oktober 2012- ku terlibat dengan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah            ( KSSR) di dalam subjek Pendidikan Jasmani untuk Tahun 3 tahun 2013. Seperti yg kita ketahui KSSR ini diperkenalkan oleh kerajaan sebagai usaha kerajaan menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada dan memastikan murid-murid dibekalkan dgn pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang releven untuk memenuhi keperluan semasa sesuai dengan cabaran abad ke 21.

Tanpa kursus ini pastinya  kami para guru akan mengalami kesukaran untuk menerapkan beberapa elemen baru yang wajib diajar dalam subjek Pendidikan Jasmani Tahun 3, tahun 2013 nanti.. Kursus ini juga mempunyai beberapa objektif yang perlu difahami oleh semua guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran nanti:, antaranya yang boleh saya kongsikan di bawah ini


  1. Murid dapat mengaplikasikan konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul.
  2. Murid dapat melakukan kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaringan dan memadang dengan lakukan yang betul.
  3. Murid dapat mengenalpasti kedudukan anggota badan yg betul semasa melakukan pergerakan.
  4. Murid dapat mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan.
  5. Murid dapat melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang menyeronokan dan persekitaran yg selamat.
  6. Murid dapat mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
  7.  Murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

Memang agak memenatkan berbanding dgn kursus2 lain..tapi apa boleh buat..tanggungjwab untuk negara tetap dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan......Aamin..!



Rabu, Oktober 17, 2012

Inilah Motorsikal Elektrik Oleh Zero Motorcycles Untuk Tahun 2013

Zero Motorcycles adalah jenama motorsikal elektrik yang paling popular di dunia dan akan dikeluarkan untuk jualan pada tahun depan. Nampak sungguh anggun dan bergaya sekali. Ada 3 jenis motorsikal yg akan dikeluarkan, iaitu Zero Motorsikal ( Zero FX), Zero XU, dan Zero MX. Harganya pun boleh tahan juga, iaitu RM 40,000 sebuah dan sangat berbaloi dan tahan lasak untuk diguna oleh sesiapa saja.




Arahan terkini dari Kerajaan terhadap pemilik Facebook dan Blog




Mulai 1hb Disember 2012, semua facebook di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan  facebook yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang negara kita

pemilik facebook  perlu melampirkan maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online...Anda perlu men'scan' ic anda , surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik, bil air, bil astro anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis.

Baiklah , untuk daftarkan  sila ke laman web rasmi iaitu di http://www.akutipujerla.gov.my
Ok..sekian, terima kasih.



:))


Ahad, Oktober 14, 2012

SERA - Di badai asmara





Kumpulan : Sera

Di Badai Asmara 

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

( ulang 1 & korus & korus )


Alleycats : Istana Pasir (HQ Audio)



Lirik Lagu Istana Pasir - Alleycats

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Yang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat dihati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini


[ 15 gambar ] Kubur Bayi di atas pokok di Nepal



Pengkebumian ini dilakukan di daerah Nyingchi dan Kangbei di Nepal  Bayi yang meninggal dunia dimandikan menggunakn air bergaram sebelum diletakkan di dalam keranda dan kemudian digantung pada pokok. "Keranda" mereka terdiri dari kotak kayu, bakul anyaman dan juga bekas plastik. Keranda berisi jenazah bayi lelaki diletakkan pada atas pokok manakala keranda bayi perempuan pada bahagian pokok.

Masyarakat tempatan percaya roh bayi akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok. Apabila keranda mereput tulang belulang mereka akan jatuh ke tanah dan dibiarkan begitu sahaja. Amalan pengekebumian ini mungkin agak bizarre tetapi jika dibandingkan dengan amalan "Pengkebumian Angkasa" untuk si mati dewasa, ianya tidak berapa mengerikan. I am sure most of you heard of Sky Burials in Tibet right? Now that stuff is just scary!






sumber : Klik sini


t

k