Jumaat, Julai 04, 2014

Pertemuan Hebat World Cup malam ini: Brazil vs Colombia..

James Rodriguez

James Rodriguez

Pertemuan suku akhir Bola Sepak Piala Dunia Brazil memasuki fasa sungguh mendebarkan malam ini, iaitu suku akhir pertama di antara France vs Germany dan pasukan tuan rumah Brazil menentang pasukan Colombia, Perlawanan di antara Brazil vs Colombia di  Stadium Estadio Castelo Fortaleza akan menentukan hidup mati pasukan Brazil ataupun Colombia. Di atas kertas Brazil nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah, namun di atas padang , kalah menang belum tahu lebih-lebih lagi dengan kemunculan penyerang berbisa Colombia, James Rodriguez yang semakin digeruni pemain Brazil sehingga jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari terpaksa memanggil pakar psikologi untuk memberi semangat kepada sukad Brazil. 

Neymar yang menjadi sandaran pasukan Brazil pastinya akan "akan dirantai" oleh barisan pertahanan Colombia bagi menyekat Neymar menyambar peluang untuk menjaringkan gol. Berdasarkan rekod sebanyak 25 pertemuan di antara kedua-dua pasukan, 15 kali di menangi oleh Brazil, 8 kali seri dan cuma 2 kali dimenangi oleh Colombia membawa kelebihan sedikit kepada Brazil lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri..Siapa yang akan ke Separuh Akhir? sama-sama kita tunggu jam 4.00 pagi nanti.

Sejujurnya saya mengharapkan Colombia akan menang malam ini..



t

k