Khamis, Jun 30, 2011

bila anak murid mengantuk dalam kelas..


Cerita satu

Seorang guru bertanya kepada murid2nya... "Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?" "Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas.. "Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga.. "Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."


Cerita dua

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First


abg nik

Rabu, Jun 29, 2011

Pegang Watak SUU KYI, Michelle Yeoh DIHARAMKAN Masuk Myanmar Seumur Hidup

Michelle Yeoh sebagai Aung San Suu Kyi dan David Thewlis sebagai suaminya, Michael Aris



Michelle Yeoh (kiri) dan ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi



YANGON - Bintang Hollywood Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem yang akan datang, telah dihantar pulang oleh Myanmar dan disenaraihitamkan, menurut laporan AFP.

"Dia tidak mempunyai peluang untuk memasuki Myanmar lagi. Dia terus pulang dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon," kata seorang pegawai Myanmar kepada AFP.

Seorang lagi pegawai lain berkata pelakon wanita itu kini telah disenarai hitam tetapi dia tidak memberikan sebarang sebab.

Gadis Bond kelahiran Ipoh itu telah bertemu dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi di rumahnya di Yangon pada Disember lalu selepas melakonkan adegan tembak menembak di Thailand.

Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan pada November lalu selepas tujuh tahun dikenakan hukuman sebagai tahanan di rumah, kurang daripada seminggu selepas pilihan raya dimana ramai pengkritik berkata langkah itu penuh kepura-puraan dan bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera bertopengkan seorang awam di Myanmar.

Pada tahun 1990 parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen tetapi tidak pernah diiktiraf oleh pemerintah tentera Myanmar.

Yeoh, 48, bekas Miss Malaysia, mula terkenal di peringkat antarabangsa selepas ia berlakon bersama dengan Pierce Brosnan pada tahun 1997 dalam filem James Bond "Tomorrow Never Dies".

Dia juga membintangi dalam produksi Ang Lee "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dan "Memoirs of A Geisha"berdasarkan novel terlaris karya Arthur Golden.


abg nik

Inilah Dia Lelaki Yang Mempunyai Lidah Paling Mahal Di Dunia..[ lidah yang mempunyai 10 000 deria ]




Demi memastikan persaingan syarikat,sebuah rangkaian restoran yang menjual kopi di United Kingdom iaitu Costa Coffee sanggup memperuntukkan sehingga RM 50 juta untuk melindungi pekerjanya Gennaro Pellicia yang bertugas sebagai 'pakar rasa kopi',demi mengharap harta syarikat itu dikekalkan.


Dengan itu lidah Gennero Pellicia telah menjadi lidah paling mahal di dunia.Kini polisi yang bernilai tinggi telah disahkan.Dia telah menikmati semua kopi di dunia ini sejak 18 tahun yang lepas.Jika lidahnya terjejas syarikat insurans akan membayar ganti rugi.Syarikat itu telah membeli insurans untuk 10 ribu derianya dan setiap deria bernilai 1000 paun.Lidahnya yang mempunyai 10,000 deria telah bernilai 10 juta pound



abg nik

Bila tengok gambar ni,terasa begitu hinanya perangai manusia




sanggup bersesak-sesak untuk mengambil gambar 'benda' tu sahaja
hina sungguh perangai manusia ini..






Gadis Remaja Diperkosa Ayah Kandung Lalu Dijual Kepada 200 Lelaki




TRIBUNNEWS.COM - Seorang ayah kandung sanggup memperkosa anak perempuanya yang baru berusia 17 tahun lalu kemudian dipaksa melacur ke lebih dari 200 lelaki. Hal ini disampaikannya di depan media setelah melapor ke polis.

Gadis yang tinggal di Kerala, India, ini mengatakan kepada polis jika sang ayah mengancam akan membunuh seluruh keluarga kecuali jika si ibu mendiamkan perbuatan laknatnya. Sang ayah kemudian ditangkap polis bersama 29 lelaki lainnya pada dua minggu lalu.

Gadis malang ini mengatakan ia diperkosa oleh ayahnya kemudian dibiarkan kelaparan lalu dipaksa berhubungan seks dengan lelaki lain. Polis bersumpah akan mencari lelaki yang membayar saat melakukan seks dengan gadis yang identitinya dirahsiakan ini.

Bahkan, untuk menangkap lelaki lainnya, polisi menurunkan pasukan khusus untuk menemukan 70 lelaki yang disebutkan gadis muda itu.

"Ayah memperkosa saya ketika ibu tak ada di rumah. Ia kemudian membawa saya ke lokasi berbeza dan menambahkan jika saya memiliki kesempatan berlakon filem," kata si gadis ketika diwawancarai sebuah stesen televisyen tempatan.

Ia mengungkapkan, ketika sang ibu tahu, ayahnya kemudian mengancam akan membunuh seluruh keluarga kecuali jika si ibu memilih menutup mulut.

Ketua Kementerian Kerala Oommen Chandy mengatakan jika ia akan memberikan hukuman yang berat kepada para pejahat tersebut. "Polis sedang menyelidiki kes tersebut. Pemerintah tak akan membiarkan para penjahat lari dari hukum," katanya.


sumber:

Selasa, Jun 28, 2011

PEMANDANGAN Selepas GENAP 3 BULAN Jepun Dilanda Tsunami [ jom tengok]

Kapal mewah 'Hamayuri' terdampar di atas bumbung salah sebuah rumah penginapan kerana dibawa ombak tsunami dan sebahagian bangunan ini telah dipindahkan dari bandar Otsuchi, Wilayah Iwate, (atas) pada tarikh 6 April, dan (bawah) pada tarikh 3 Jun.



Sebuah kapal dibawa oleh arus tsunami sehingga tersangkut di sebalik sisa runtuhan lain pada tarikh 12 Mac (kiri) , sementara seorang lelaki menaiki basikal melewati seorang pejalan kaki di jalan yang sama pada 4 Jun 2011 di Miyako, Wilayah Iwate, Jepun utara-timur (kanan).



Pantai ini penuh dengan sisa rumah-rumah yang hancur di Ishinomaki, Miyagi Wilayah, Jepun timur laut, sehari selepas gempa bumi dan tsunami (atas), dan daerah yang sama (bawah) dengan sisa rumah-rumah dan sampah dibersihkan pada 3 Jun 2011.


(Atas) bangunan yang dikelilingi oleh sisa runtuhan di Onagawa, Wilayah Miyagi, Jepun timur laut, pada tarikh 16 Mac 2011, sehari selepas dilanda gempa bumi dan tsunami, dan wilayah yang sama (bawah) dengan hampir semua sisa runtuhan telah dibersihkan.



Sekumpulan petugas pemadam kebakaran bergerak untuk operasi penyelamat pada 13 Mac (atas), sementara (bawah), sebuah lori melalui jalan yang sama berderet dengan tiang elektrik pada 6 Jun di Minamisanriku, Wilayah Miyagi, Jepun timur laut.



Penduduk tempatan berjalan melalui sisa runtuha di sebuah jalan di Kesennuma, Miyagi Wilayah, untuk mendapatkan sumber air selepas 48 jam dilanda bencana (atas), dan kawasan yang sama pada tarikh 3 Jun (bawah) di mana sebuah tangki besar dan sebuah rumah yang rosak di sisi kiri jalan telah dibersihkan.


Kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah yang dipenuhi dengan runtuhan rumah di kota Otsuchi, Wilayah Iwate dua hari selepas dilanda gempa (atas) dan daerah yang sama pada tarikh 3 Jun (bawah).



Sebuah kawasan perumahan yang dilanda tsunami di Natori, Wilayah Miyagi (atas), dan daerah yang sama dengan hanya satu rumah yang tinggal pada tarikh 3 Jun (bawah).

Perbandingan keadaan pintu gerbang kuil Shinto dan kawasan sekitarnya di bandar Otsuchi, Wilayah Iwate tiga hari selepas gempa bumi dan tsunami 11 Mac dan (bawah) tempat yang sama pada tarikh 3 Jun.





abg nik

Mahasiswi Di Universiti China Diminta Siapkan Assignemnt Pamerkan Seluar Dalam Untuk Tugasan Mereka..




TEMPO Interaktif, Pengumuman itu ditampal di asrama mahasiswa di Wuhan, Hubei, China. Bunyinya: “Yi Ci, jurusan ilmu filem, sedang mengumpulkan bekas pakaian dalam untuk pameran tugas akhir.

Yi Ci juga menulis, “Saya berharap kamu boleh menyumbangkan bekas pakaian dalam anda ke dalam kotak di bilik mandi umum. Sumbangan anda akan menjadi sebuah karya seni yang besar. Ayuh, bergabung dengan saya!

Dalam beberapa minggu, Yi Ci berhasil mengumpulkan ratusan bekas seluar dalam . Keinginan mahasiswi senior di Hubei Institute of Fine Arts akhirnya terwujud. Dia menggelar pameran bekas seluar dalam dengan tajuk “Privacy."


abg nik

Guru wanita nyaris maut kerana dilibas dengan parang





KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.


INILAH PEMBONCENG Motosikal Paling COMEL





Mungkin inilah dia pembonceng motosikal PALING COMEL di dunia. Menurut penghantar gambar ini, pada awalnya ia menyangkakan pembonceng motosikal ini adalah seorang lelaki yang berpakaian kostum anak patung beruang. Kemudian akhirnya barulah ia sedari sebenarnya itu adalah anak patung beruang yang sangat besar.

"Mungkin ianya adalah harijadi 'seseorang' di rumah" kot..


Khamis, Jun 23, 2011

Malaysia Tewasakan Lubnan. 2-1...Syabas Malaysia...

PEMAIN negara, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) diasak dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini


Detik-Detik Jaringan Cantik Wan Zack Haikal


Malam ini Malaysia mencatat sejarah yang cukup manis apabila anak buah Ong Kim Swie, layak ke pusingan kedua dalam pertandingan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 di London apabila pasukan Malaysia berjaya menewasakan Lubnan dengan keputusan muktamad 2-1.

Pasukan Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke 8, menerusi Mohd.Irfan Fazali apabila sepakan cantik beliau mencecah jaring menggamatkan penyokong2 Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Manakala gol ke dua Malaysia pula dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor dalam minit ke 41, kira-kira 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil lorongan cantik daripada Gary Steven Robbart.

Separuh masa ke dua pula, Lubnan berjaya merapatkan jaringan gol, apabila Chadie Atie berjaya menewaskan Khairul Fahmi dalam minit yang ke 84.

Kejayaaan ini cukup manis apabila Malaysia berjaya memenangi perlawanan ini walaupun hanya bermain dengan 10 pemain apabila Gary Steven Robbart dilayangkan kad merah apabila beliau mengutip kada kuning ke 2 selepas mengasari pemain Lubnan.

Syabas Malaysia......




Sayed Man, Gangster Yang Menangis Saat Mendengar Al Quran

Sayed Mann,


Ketika pindah ke bahagian barat Jerman, setelah tembok Berlin runtuh, Sayed Mann, ketika itu berusia 12 tahun, adalah remaja yang tengah bingung mencari identiti diri. Keluarganya berasal dari Jerman Timur.

Membesar di lingkungan sosialis, agama tidak pernah ada dalam kamus keluarga dan hidupnya. Dia cenderung tersenyum sinis saat melihat orang-orang pemeluk keyakinan tertentu, termasuk Muslim.

Di Jerman Barat dia melihat situasi yang berbeza. Imigran lebih banyak dijumpai dan dia pun berkawan dengan beberapa orang asing.

“Saya tidak terbiasa dengan kehidupan baru ketika itu,” akui Sayed. “Kami setiap hari hidup seperti sampah. Idola kami adalah orang-orang kulit hitam Amerika yang tinggal di pemukiman terisolir,” tuturnya.

Mengidolakan mereka,lelaki yang dulunya bernama Syed Mann itu pun juga mencontoh perilaku para imigran itu. “Saya melakukan banyak hal buruk termasuk mencuri dan sebagainya,” kenang Sayed.

Hingga akhirnya dia bertemu dengan seorang imigran berasal dari Turki yang menjadi kawan akrabnya. Si kawan itulah yang kemudian mengenalkan Sayed pada Islam dan berhasil mengajaknya memeluk agama tersebut.

Kawan Sayed memiliki abang seorang imam masjid tempatan. Ketika si adik memberi tahu niatnya untuk mengajak Sayed berkunjung ke masjid, sang imam mengaku tidak percaya.

“Saya kata, ‘Dia? Tidak Mungkin’. Tapi adik saya sudah bertekad bulat. Bahkan dia mengatakan Sayed akan memeluk Islam setelah dia balik,” katanya.

Tiga bulan kemudian, ketika si imam pulang kembali ia tiba-tiba disambut oleh Sayed dengan sapaan Assalamu’alaikum. “Wow saya terkejut. Ini benar-benar luar biasa,” ujarnya. “Saya bahkan sempat bertanya (pada Sayed-red) ‘Apa yang terjadi padamu?’”.

Rupanya si imam memahami selama ini Sayed selalu mencari, namun ia tak pernah-pernah meluangkan waktu dan cenderung mengabaikannya.

“Ia mengatakan selalu percaya dengan adanya Tuhan, saya kira itulah yang menuntun dia,” kata si imam. “Saya melihat ia bahagia telah menemukan Islam.

Kini si imam bahkan menjadi guru mengaji Sayed. Dengan disiplin ia belajar bahasa Arab demi dapat membaca Al Qur’an

Tapi Sayeed tak ingin disebut pindah agama. “Tak pernah ada istilah berubah agama dalam Islam,” ujarnya. “Dalam Al Qur’an disebutkan tak ada paksaan dalam beragama,” imbuh Sayed lagi.

Lalu? “Saya lebih suka mendeskripsikan sebagai ‘seseorang telah mengenalkan saya pada Islam dan saya menuju agama itu,” papar Sayed.

Ketika ditanya oleh Cengiz Kultur, sebuah proyek independen pembuatan film dokumenter tentang agama dan budaya di Jerman, mengapa ia memilih Islam, dengan mantap Sayed menjawab, “Karena pada akhirnya semuanya adalah, Islam,” ujarnya menekankan pada makna kata tersebut yakni berserah diri.

Ia telah mengucapkan ikrar dengan syahadat sepuluh tahun lalu. Sejak saat itu ia rajin membaca untuk mengetahui dan mengenal lebih dalam apa makna Islam, termasuk bagi dirinya.

Islam bagi Sayed adalah menyerahkan keinginan diri di bawah kehendak Tuhan. Mengapa ia mau melakukan? “Karena dengan itu nanti saya dapat bertemu dengan Pencipta saya, saya dapat menjumpai surga. Saya berhak untuk itu dan saya kira itulah Islam menurut saya saat ini,” papar Sayed ketika ditanya esensi Islam o

Sejak sepuluh tahun pula, Sayed melakukan shalat lima kali dalam sehari. “Ketika anda shalat anda absen dan istirahat dari dunia dan seluruh isinya. Anda membersihkn dan menghadap Sang Pencipta,” ujarnya.

Ia mengaku tak ada strategi khusus untuk melakukan shalat lima kali dalam sehari di Jerman. “Setiap orang pasti bisa menemukan tempat untuk berwudhu, membasuh diri dan melakukan shalat,” ujarnya tanpa beban.

Sayed mengaku menemukan keyakinannya setelah diskusi panjang dengan si kawan tadi dalam satu malam. “Setelah itu saya langsung menyatakan ingin pergi ke masjid bersamanya,” ungkap Sayeed.

Ketika itu subuh dan seorang anak kecil tengah melantunkan ayat-ayat suci Al Qur’an. Tiba-tiba Sayed pun menangis. “Saya tidak tahu mengapa. Saya tidak paham bahasa Arab, saya tidak tahu apa yang ia baca, tidak tahu apa pun,” kenangnya.

“Tapi hati saya jelas telah memahami sesuatu. Itu benar-benar pengalaman luar biasa,” tutur Sayed. “Saya yang hidup di jalan ala gangster tiba-tiba bisa menangis dan tidak tahu mengapa.”

Kini selain ketenangan dan keteraturan hidup Sayed juga menemukan hal berharga lain dalam Islam. “Ketika anda menjadi seorang Muslim, anda kehilangan teman tetapi anda mendapatkan saudara,” ujarnya. Dengan segera anda menjadi anggota sebuah keluarga. Ini sesuatu yang tidak bisa saya peroleh dalam gereja-gereja di Jerman.”


Selasa, Jun 21, 2011

Seorang ibu dilanggar kereta ketika cuba lari kembali ke supermarket untuk ambil anaknya yang tertinggal






Sebuah peristiwa mengejutkan, seorang ibu turun dari keretanya dan berlari kembali ke supermaket di Ohio USA kerana teringat anak perempuannya yang tertinggal. Namun apa yang terjadi, sebuah kereta dari arah depan melanggar ibu tersebut hingga tersungkur ke jalan. Berikut foto-foto ekslusif yang tertangkap kamera CCTV: