Ahad, Ogos 05, 2012
5 KESILAPAN LELAKI KETIKA MEMUJUK WANITA MENANGIS
1. “Cukuplah Tu, Lupakan Saja”
Kata-kata seperti ini adalah perkataan paling kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada wanita saat dia sedang menangis. Wanita tidak perlu diberitahu bila masanya dia harus melupakan kesedihannya. Setiap orang mengatasi kesedihan dan rasa dukanya dengan cara yang berbeza. Ada yang mampu dengan cepat melupakan masalah, tapi ada juga yang hanya dapat melupakannya setelah berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Lambat ataupun cepat, rasa sedih itu pun akan beransur-ansur hilang. Mengeluarkan kata-kata sebegini hanya akan membuatnya kesal dan tentunya akan lebih sukar rasa sedihnya itu hilang.
2. “Masalahnya Tak Seteruk Mana Pun..Takkanlah Sampai Menangis..”
Bila-bila pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang sangat teruk yang menimpanya saat itu. Walaupun mungkin masalah tersebut terlihat remeh di mata lelaki atau orang lain, kiranya wanita sampai menangis pastilah kerana ada hal atau kejadian yang tidak menyenangkan. Dengan mengatakan yang masalahnya tidak terlalu teruk akan terkesan seperti meremehkan, padahal mungkin itu adalah hal yang sangat penting baginya.
3. “Dahlah Tu..Aku Faham Perasaanmu”
Hakikatnya, tidak ada siapa yang benar-benar tahu apa yang dirasakan oleh seseorang wanita saat dia menangis. Kata-kata sebegini memang boleh menunjukkan rasa simpati, tetapi ianya sebenarnya akan terkesan ’palsu’ pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan oleh lelaki yang telah menyakiti hatinya. Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau merangkulnya lebih berkesan untuk membuat perasaan wanita lebih tenang dan baik.
4. “Oic! Period Ya?”
Perasaan wanita sememangnya jadi lebih sensitif dan sentimental ketika period, tetapi bukanlah bererti wanita dapat menerima jika dikatakan seperti itu saat sedang menangis. Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan, tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya sebagai seorang wanita. Tentu dia akan merasa tangisannya hanya dianggap remeh dan tidak bererti apa-apa.
5. “Apa Menangis Ni..Tolonglah, Janganlah..Tak Elok..”
Melarang wanita menangis saat dia sedang bersedih bukanlah satu idea yang baik. Cara paling tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia meluahkan perasaan sedihnya. Menyuruhnya agar berhenti menangis sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil dan tangisannya itu benar-benar mengganggu. Malah menyuruhnya berhenti menangis juga akan membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang air mata. Cara terbaik menghadapi wanita menangis adalah dengan membiarkannya hingga berhenti dan mendengar apa yang dikatakannya selepas itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan