Ahad, Jun 09, 2013

Kisah Sadis Manusia Laknat Jadikan Orang Utan Pelacur (Gambar & Video)




Kisah Sadis Kekejaman Manusia Laknat Jadikan Orang Utan Pelacur (Gambar Dan Video) | Pony merupakan seekor Orang Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada badannya. Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut.

Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam. Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk kampung tersebut.

Selama setahun pihak Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony.

Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan Pony. Akhitnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.


sumber : SINI

pan.

3 ulasan:

  1. dah cukup manusia ker??Binatang pun dijadikan pelacur..Giler betul orang-orang kampung tu..Tu Tunggu Laknat Allah datang bila-bila masa jer tu.

    BalasPadam

t

k