Sabtu, Oktober 20, 2012

The Red Warriors perlu menang untuk mencipta treble musim ini.


Kelantan

penggantungan Ghaddar dan Norfarhan cukup terasa

konvio penyokong dar Kelantan ke Selangor har ini




penyokong Kelantan berenti rehat di R&R Gua Musang sebelum bertolak ke Stadium Shah Alam



Peminat-peminat bola sepak tanah air pasti tidak sabar untuk menunggu perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia tahun 2012 antara Angkatan Tentera Malaysia vs Kelantan  ( The Red Warriors), Sabtu, 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Kelantan mara ke pentas final aksi Piala Malaysia 2012 dengan agregat 3-0 selepas kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam minggu lalu, membuktikan bahawa anak buah Bojan Hodak berada dalam kedudukan terbaik untuk mencatat kejuaraan treble selepas menjulang Piala FA dan Piala Liga Super.

Saya menjangakan perlawanan akhir malam ini pasti akan sengit dan saya tidak menolak kemungkinan besar sampai sehingga ke penentuan sepakan panelti. Jika ini berlaku semuanya berserah pada nasib saja dan kecekapan penjaga gol masing-masing.

Jurulatih ATM , B Sathianathan pastinya menurunkan barisan pemain yang terbaik dan akan mempamerkan corak permainan pantas seperti mana ATM menetang  Lions 12 di separuh akhir minggu lalu.

Ketiadaan Norfarhan dan Ghaddar di bahagian serangan mungkin merencatkan sedikit di bahagian serangan Red Warriors namun pastinya jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memiliki ramuan tertentu bagi mengatasi masalah ini

sumber gambar : http://www.facebook.com/kelate.net


1 ulasan:

t

k