Isnin, November 21, 2011

Final Bola Sepak Sukan Sea 2011: Harap Malaysia Dapat Emas Malam Ini


Wira negara


IZZAQ disahkan tidak dapat beraksi pada aksi final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya.



Ong Kim Swee memberi amanat terakhir kepada pemain-pemainya pada sesi latihan semalam




Ong Kim Swee Jurulatih Malaysia

Malam ini seluruh rakyat Malaysia, tak kira tua muda, kecil besar, lelaki dan perempuan pasti akan tertumpu di kaca tv untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia melawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

TV1, TV3 dan Astro saluran 801 akan menyiarkan Siaran Langsung perlawanan ini, tepat 8.30 malam atau, 7.30 malam waktu Indonesia. Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan Sea 2011.

Saya mengharapkan "semangat 1979" menjadi azimat buat skuad Malaysia untuk menumbangkan ego Indonesia malam ini. 32 tahun yang lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari menjadi wira untuk mencatat kemenangan 1-0 paling masyhur apabila jaringan tersebut meraih emas buat pasukan Malaysia. Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan, pemain sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, dan sayap kiri Mohd.Findi Othman sedikit sebanyak mengganggu persiapan Malaysia malam ini. Izzaq cerdera lutut kiri ketika bertemu Myanmar dan terpaksa menggunakan topang untuk bergerak.

Apa yang saya harapkan agar pemain kita bermain dengan tenang, di bahagian pertahanan jangan leka untuk mengekang asakan penyerang Indonesia, dan di bahagian penyerang pula jangan mensia-siakan peluang yang terhidang..jika semua itu berjaya dilakukan pasti emas milik kita..Selamat berjuang hero-hero kebanggaan negara..tumbangkan Garuda yang ego itu.!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan