Sabtu, November 19, 2011

Tahniah Malaysia Melangkah Ke Akhir, Bola Sepak Sukan Sea


Penyerang Myanmar, Pyaye Oo berjaya merebut bola di kaki Ahmad Fakri Saarani




Ahmad Fakri Saarani cuba menanduk ke gawang Myanmar pada perlawanan petang ini dengan kesudahan Malaysia 1- Mynmar 0.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya Malaysia berjaya menempah slot ke peringkat akhir dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea di Stadium Gelora Bung Karno petang ini hasil jaringan gol oleh Ahmad Fakri Saarani dalam minit ke 85 permainan. Kemenangan Malaysia ke atas Myanmar ini cukup manis buat seluruh peminat-peminat bola sepak seluruh tanah air yang sangat mengharapkan kemenaangan bagi mempertahankan pingat emas yang diperolehi semasa sukan sea Loas 2 tahun lalu.

Secara keseluruhannya, perlawanan pada separuh masa pertama ini, Myanmar lebih banyak memberi tekanan kepada pasukan Malaysia, berbanding Malaysia. Sungguh tertekanan dan sangat bernasib baik kerana pertahanan Malaysia, Mohd Muslim, Mahali Jasuli dan Fadlisas berjaya mengekang setiap ruang penyerang Myanmar untuk membolosi gawang Malaysia.

Malaysia sepatutnya telah berjaya mendahului pasukan Myanmar pada minit ke 3 apabila hasil hantaran oleh Badrol Bakhtir kepada Syahrul Azwari, namun beliau gagal menafaatkan peluang keemasan yang terhidang itu.

Dalam minit ke 14 pula, Malaysia sekali lagi berpeluang untuk mendapatkan gol hasil hantaran Nazmi Faiz gagal ditanduk kemas oleh Ahmad Fakri Saarani. Dalam tempoh 20 minit pertama, Myanmar begitu hebat menyerang ke kubu Malaysia yang diketuai oleh penyerang berbisa Mnyamar, iaitu pemain memakai jersy 19, S.H.Win walaubagaimana pun serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Malaysia, Muhammad Muslim Ahmad dan Mohd Fadli Shas.

Permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Myanmar secara pantas seringkali mencemaskan gawang Malaysia, namun penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menafikan gol pihak lawan. Malaysia yang banyak memiliki peluang untuk menjaringkan gol, terutamanya melalui hantaran Badrol Bakhtiar kepada Syahrul Azwari, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mynamar.

Jurulatih Myanmar, Stefan Hansson gagal mengambil peluang penggantungan satu perlawanan jurulatih Malaysia Ong Kim Swee yang seringkali mengggunakan pegawai daripada kem Malaysia untuk menyampaikan beberapa arahan penting kepada penolong jurulatih pasukan Malaysia.

Dalam minit ke 31, penyerang Myanmar, S.H.Win dan Aye San berjaya mengelirukan pertahanan Malaysia untuk menjaringkan gol, namun sepakan Aye San melepasi gawang gol Malaysia.

Dalam minit yang ke 35, Malaysia mendapat tendangan percuma selepas pertahanan Myanmar Yan Aung Win menjatuhkan Badrol Bakhtiar betul-betul di luar kotak penalti, namun Badrol Bakhtiar gagal menyepak dengan sempurna, sepakan beliau melepasi gawang gol Myanmar.

Di akhir babak pertama, pasukan Myanmar terus melancarkan serangan namun pertahanan Malaysia begitu ampuh dan tenang serta bijak mengawal keadaan.

Pada babak kedua pula, Malaysia terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah pertahanan lawan namun masih lagi gagal. Kemasukan Izzaq Faris Ramlan menggantikan Syahrul Azwari banyak mengubah corak permainan Malaysia dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh penyerang Malaysia bagi memuru gol, sehinggalah pada minit ke 85, hasil hantaran lintang Izzaq Faris, bola terus melantun ke kaki Ahmad Faakri Saarani untuk gol kemenangan mutlak ke atas pasukan Malaysia. Syabas Malaysia...terima kasih kepada pemain-pemain yang begitu bersungguh-sungguh memburu gol, dan akhirnya berjaya juga..alhamdulillah.

Malaysa akan melawan pemenang di peringkat Akhir sama ada pasukan Indonesia atau Vitenam yang kini sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten),, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan