Isnin, April 02, 2012

[ 7 gambar ] Jom Lihat Rumah Atas Pokok Paling Tinggi Di Dunia



Tennessee – Horace Burgess, menghabiskan masa selama 11 tahun untuk membina sebuah rumah di atas pokok setinggi 10 tingkat selepas mendakwa mendapat arahan daripada Tuhan untuk melakukannya.Rumah berkenaan yang berukuran 10,000 kaki persegi, hanya berharga RM36,000 dengan menggunakan bahan kitar semula.Pembinaannya meliputi tangga dan balkoni selain dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang.Ketinggian rumah berkenaan adalah 97 kaki.
“Saya bina rumah ini untuk semua. Ia milik Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita,” kata Burgess.
Dalam pada itu, jurugambar,Tom Whettonang mengambil gambar rumah berkenaan berkata, rumah yang dibina di atas pokok itu amat menakjubkan.
“Anda tidak akan menghargainya sehingga anda menjejak kaki ke dalamnya.
“Ia amat besar dan menjadi impian setiap budak-budak. Malah saya sebagai orang dewasa juga mahu masuk ke dalam rumah ini,” katanya. Rumah ini disokong oleh enam pokok dan ia dibina dengan menggunakan 258,000 paku.







The-World's-Biggest-Tree-House-by-Horace-Burgess-13
The-World's-Biggest-Tree-House-by-Horace-Burgess-2

The-World's-Biggest-Tree-House-by-Horace-Burgess-17
The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess 14 The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess
The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess 6 The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess
The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess 16 The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess
The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess 18 The Worlds Biggest Tree House by Horace Burgess


Tiada ulasan:

Catat Ulasan