Jumaat, April 06, 2012

[ cool ] Bagimana Mancis Kayu Dibuat..? [ 8 gambar ]



Antara teknologi yang paling berguna pernah dihasilkan oleh manusia adalah mancis kayu. Teknologi ini telah dicipta oleh bangsa China pada tahun 577 masihi iaitu menggunakan ranting pokok yang diresap dengan belerang (sulfur).

Mancis kayu moden dicipta selepas penemuan phosphorus oleh Hennig Brand pada tahun 1669 Masihi dan selepas itu, muncul pelbagai jenis variasi mancis di Eropah pada dalam 1530. Untuk pengetahuan anda, kepala mancis moden biasanya mangandungi phosphorusphosphorus sesquisulfide dan juga sulfur.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mancis kayu dihasilkan di kilang? Di bawah beberapa gambar menarik daripada sebuah kilang mancis kayu di Rusia.

Di Kelantan mancis ini masih ada dijual hingga kini.. Istilah di Kelantan memanggil Mancis kayu ini sebagai "geseek"..
Batang mancis yang dihasilkan daripada potongan kayu balak.

Batang mancis dicelup ke dalam campuran sulfur dan kemudiannya dikeringkan

Mancis kayu yang telah siap.

Pekerja membuat kotak mancis.

Kotak mancis yang telah siap.

Proses memasukkan batang-batang mancis kedalam kotak.

Mancis kayu dan kotak.

Siap untuk diedarkan ke pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan