Jumaat, April 13, 2012

[ Ya Allah ] Aurora Australis cahaya kehijauan yang di indah di rakam dari International Space Station





Pemandangan yang paling menakjubkan yang dirakamkan oleh angkasawan dari Belanda yang bernama  Andre Kuipers pada 10hb Mac 2012 semasa berada di ISS ( International Space Station). Fenomena ini dipanggil sebagai "Aurora Australis" iaitu cahaya yang kehijauan bermula di Antratika dan Australia.

Apa itu "Aurora Australis ?  
Aurora adalah pancaran cahaya yang terjadi pada lapisan ionosfera bumi akibat terjadinya interaksi antara medan magnetik (pada bumi) dengan zarah bercas yang dipancarkan oleh matahari yang disebut sebagai plasma [ada juga mengatakan sebagai "ejection mass coronal" (CMEs): sila buat kajian sendiri untuk lebih kesahihan] . Plasma adalah sejenis partikel gas yang telah terion. Pada umumnya gas tidak bercas, tetapi kerana suhu yang sangat panas di matahari lalu telah menyebabkan zarah gas terion maka terbentuklah plasma. Plasma ini dipancarkan oleh matahari ke semua arah. (kebiasaannya pada ketika terjadinya aktiviti matahari maka pancaran plasma akan bertambah), kemudian ketika mendekati medan magnet bumi (yang berpusat di kutub utara dan selatan) maka plasma akan tertarik ke kawasan kutub-kutub bumi (gejala ini disebut sebagai "angin matahari "/ solar wind). Apabila ia bertemu dengan zarah atmosfera bumi maka akan terjadilah eksitasi-santai elektron sehingga memancarkan pancaran warna yang indah.
Aurora muncul ketika elektron bercas tinggi dari angin matahari melintasi medan magnet bumi dan berinteraksi dengan atmosfera bumi beratus-ratus kilometer di atas permukaan bumi. Ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian orbit Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ini menyebabkan kadang kala ISS terbang melintasi aurora. Angkasawan Donald Pettit mengatakan bahawa dia merasa hampir menyentuh aurora dengan tangannya kerana aurora begitu dekat dan indah.
Maka yang berperanan dalam pembentukan aurora itu adalah medan magnetik bumi dan zarah yang bercas. Oleh yang demikian, aurora sering terjadi di kawasan sekitar Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja kerana di situlah terdapatnya pusat daya tarikan magnetik bumi berbanding di kawasan khatulistiwa. Itulah sebabnya Aurora hanya terjadi di Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja. Aurora yang terkenal adalah Aurora Borealis (di kutub utara) dan Aurora Australis (di kutub selatan).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan