Rabu, Ogos 29, 2012

Aksi Kelantan, ATM tegang





PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaing dengan pemain pertahanan ATM, Azmi Muslim pada aksi Piala Malaysia di Stadium MPS malam tadi.


PERTEMBUNGAN antara juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang malam tadi cukup hangat.
Seperti diramal, kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga dengan melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing sebaik perlawanan bermula.
Begitupun, aksi menarik yang ditampilkan Kelantan dan ATM itu yang berkesudahan seri 1-1, dicemari dengan insiden kekecohan yang dicetuskan segelintir penyokong The Red Warriors ketika perlawanan memasuki minit ke-64.
Kekecohan itu berpunca daripada tindakan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Iz- wan yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan selepas kapten, Mohd. Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti.
Akibatnya, perlawanan terpaksa dihenti- kan sementara selama 14 minit.
Sebelum itu, ATM terlebih dahulu berjaya merobek gawang Kelantan hasil jaringan pe- nyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-60.
Bagaimanapun, Kelantan memusnahkan impian ATM untuk meraih tiga mata penuh apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Obinna Nwaner pada lewat perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan