Selasa, Ogos 28, 2012

Nash terkenang arwah Sosilawati








TELUK INTAN: “Saya tidak dapat lupakan detik manis arwah isteri (Datuk Sosilawati Lawiya) menyediakan kuih putu kacang atau kuih koci pada pagi Aidilfitri,” kata penyanyi rock, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 52. Menurutnya, walaupun perkahwinannya dengan Sosilawati tidak sampai setahun, dia tidak melupakan kebaikan bekas isterinya itu.

“Saya masih terkenang saat saya memakai baju Melayu jingga dan Sosilawati turut memilih warna sedondon. Kemeriahan Aidilfitri bersama Sosilawati masih terasa seolah-olah seperti masih baru.

“Detik manis bersama bekas isteri tersimpan dalam diri saya dan semua kenangan suka duka bersama Sosilawati adalah nostalgia manis serta iktibar dalam hidup,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Naib ketua Umno Bahagian Teluk lntan, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad, petang semalam.

Pada majlis itu Nash dan Rohana Jalil menghiburkan 1,500 tetamu yang datang ke majlis rumah terbuka di Kampung Selabak, di sini.

Menurutnya, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah Sosilawati walaupun tragedi menimpa isterinya itu sudah dua tahun berlalu.

“Saya cuma berharap peminat dan orang ramai turut mendoakan Sosilawati. Biarlah mereka yang melakukan perbuatan kejam itu dikenakan hukuman setimpal,” katanya.
Nash dan Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 sebelum bercerai pada Oktober 2007.

Sosilawati dilaporkan hilang pada minggu ketiga Ramadan 2010 sebelum ditemui dibakar bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 di Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 201




Tiada ulasan:

Catat Ulasan