Ahad, Februari 17, 2013

Jom Lihat Cara-Cara Membuat Nasi Beriani Biawak Dhab di Mesir


Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir. Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atau Egyptian spiny-tailed lizard manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis.

Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam dan dikatakan merupakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional. Bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya. Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal.

Dhab adalah tergolong dalam keluarga cicak. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.










Inilah dhab…. biawak padang pasir. Ia merupakan haiwan satu alam yang tinggal di padang pasir. Dhab biasanya makan tumbuhan dan belalang sahaja. Oleh kerana ia haiwan satu alam maka ia halal untuk dimakan.






Beginilah caranya orang Arab menangkap dhob di padang pasir. Apabila dhab sudah letih atau bersembunyi di bawah batu, senanglah sikit untuk menangkapnya.



Dhab yang ditangkap dimasukkan ke dalam guni. Banyak ekor yang telah dapat ditangkap.








Dengan menggunakan pisau yang tajam, dhab itu disembelih terlebih dulu. Seorang diri pun boleh menyembelih dhab ini. Pijak ekornya dan terus sembelih.


Sebelum melapah kulitnya, kaki dan ekor dhab dipotong terlebih dahalu. Kaki dan ekor dhab tidak dibuang, akan dimasak bersama dagingnya nanti.


Kulit dhab dibuang semuanya dengan membuat potongan di atas belakangnya kemudian kulit itu ditarik dengan kuat. Lalu tertanggal dan menampakkan dagingnya yang kemerah-merahan.





Kulit diselinap dengan mudah kalau kena tekniknya.


Dhab yang telah dibuang kulitnya.












Ekor, kaki dan organ dalaman dhab yang telah dicuci dan sedia untuk dimasak.



Nasi beriyani sedang dimasak bersama-sama campuran daging, ekor, kaki dan organ dalaman dhob.



Hidangan nasi beriyani dhab telah siap. Biasanya orang Arab makan menggunakan talam yang besar. Meraka akan mengelilingi talam ini untuk menjamu selera.




Sebelum makan, diperah dulu air limau. Silalah menjamu selera, nampak macam sedap je…


Orang Malaysia kalo teringin nak makan, bleh kirim yg kering pada sapa2 yg pegi umrah..


3 ulasan:

  1. aduh... huhuhuhu tak boleh nak makan neh. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun sama..geli hehe..mesti dok ingat biawak kat kampung tuu

      Padam
  2. Nabi Muhammad SAW Pun geli nak makan... tapi baginda benar sahabatnya makan.... hukum harus

    BalasPadam