Ahad, April 07, 2013

Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan





KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2.

"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid.

ulasan :

Apa yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim tu memang betul. Namun seboleh-bolehnya janganlah fokus kepada Melayu sahaja, sepatutnya Datuk Zaid menyatakan seluruh rakyat Malaysia wajib mengudi Pakatan Rakyat, apa salahnya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang akan diadakan hujung April ini? Sebanyak 12 kali mandat rakyat telah memberi kepada BN/UMNO, tidak salah pada kali ini bertukar angin pula kepada Pakatan Rakyat. Di dalam Islam pun kita diajar untuk berhijrah daripada yang tidak baik kepada yang baik. Rata-rata rakyat malaysia sekarang sudahpun cerdik minda dan di zaman maklumat di hujung jari kini rakyat tidak hanya dapat maklumat daripada TV1,TV2 dan TV3 saja..kita berada di zaman bermaklumat banyak sumber-sumber lain lagi yang boleh rakyat dapat

Saya yakin dengan memberi peluang kepada BN/UMNO untuk menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti, pasti memberi peluang untuk BN/UMNO bermuhasabah diri supaya menjadi lebih baik daripada sekarang. Tidak perlu takut untuk melakukan perubahan, kerana fitrah kejadian kita dan alam ini pun sentiasa berubah..Banyak menafaat yang akan dapat didapati, dengan penurunan harga minyak, penghapusan tol, pinjaman PPTN dibatalkan, dan banyak lagi adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi yang sedang melanda negara kita kini. Pengurangan harga minyak dan penghapusan tol akan membawa kepada  menurunnya kos pengangkutan untuk barang-barang keperluan rakyat. Sekurang-kurangnya akan berlaku lebihan pendapatan "lebih guna" setiap bulan. Itu yang rakyat mahukan.

Harus diingat..politik kotor, politik samseng dengan membaling batu, membaling cat, politik lucah sudah tidak releven lagi di zaman ini. Rakyat sudah tidak termakan dengan cara berpolitik yang mcm itu. Jika dibuat perkara-perkara yang disebut di atas, rakyat menjadi semakin meluat, semakin membenci parti pemerintah dan inilah yang dihadapi kini.



sumber : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan