Khamis, Ogos 27, 2015

>10 tanda kita dah tua…….perlu hayati dan baca,..



1. Dulu,kalau nak membaca… dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat-dekat tak nampak… .kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh… suuurrrrr!!!!!masuk… ..!!!!.Sekarang,kalau nak kencing,kena dekat-dekat,pelan-pelan lepas… baru masuk…

3. Dulu,masa tidur menghadap muka… rapat-rapat,sekarang,berlaga punggung saje… itu pun dah kira rapat sangat dah tu…

4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…

5. Dulu,pakai baju mesti sama… sama color,sama design,sama brand… sedondon… Sekarang,”Asal kau ada baju nak pakai udah le… !”

6. Dulu,kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung… ..Sekarang, “Alah… you pakai yang “wrinkle free” tu je la… .!” ( dalam hati… macam la ada orang nak tengok dia… hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)

7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang… tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS… “Lama lagi ker?” “Apa aje yang you cari nie… ?”

8. Dulu,hebat… .!!!sebulan sampai 12 kali… ,sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge…

9. Dulu, menunggu pun dah keras… sekarang,menunggu nak keras… .

10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke… jangan pakai apa-apa.Sekarang,isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga… .”Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker… ?

Tazkirah Malam : Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami.?


Assalamualaikum… Tazkirah malam ini saya akan mengupas " berapakah nilai seorang isteri di mata suami..tajuk yang boleh dikatakan berat juga ini..

” Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami…Ya Allah Tidak Terhitung..” harap mendapat sedikit menafaat ..insyaAllah. betapa besarnya jasa2 seorang isteri pada si suami…tu pun seandainya suami melihat dengan mata hati…bukan dengan mata emosi…silap sikit mahu diceraikan si isteri……

Dalam Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri tak diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalaupun dia mempunyai harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan oleh suami tanpa kerelaanya. Isteri bukan hamba kepada suami. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapa agaknya nilai yang mesti dibayar?

Berapakah harganya makanan yg sedap? Berapakah harganya layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai, yang perlu dibayar suami? Berapa harganya penjagaan anak-anak, didikan dan asuhan?

Kalau isteri, ajar semua sekali dengan cara sembahyang, mengajar anak2 hingga mengenal ayat-ayat Al-Quran hingga khatam al-quran, berapa pula nilai harga yang suami patut bayar pada isteri? Harga merawat suami dan anak-anak yang demam kerana terkena hujan petang semalam berapa pula harganya..?. Kalua mengaji jururwat swasta satu jam kena bayar RM 200. Kena suami dan anak2 demam seminggu dah lebih RM 1000 kan.

Apakah nilai upah untuk mengandungkan anak dan melahirkan anak? Upah untuk menghantar nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah, berapa pula nilainya? suami boleh bayar ke? Aduhai suami yang beriman, tak akan dapat dihitung harga pengorbanan isteri.Tak semua suami yang sedar akan pengorbanan isteri. Lebih2 lagi isteri yg tak bekerja jadi korban keegoan suami.

” dah la tak bekerja..asyik nak menyusahkan saja..” begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga. Seorang isteri bukanlah malaikat yg sentiasa perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan2 yg begitulah si isteri memerlukan suami di sisi. Tak mungkin ada isteri yang hebat segala-galanya. mana adakan superwomwn atau istilahnya kan?. Semua tu karut. Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa saja yang tak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah lembut dan sabar, maka si isteri yang akan melengkapkan semua kekurangan suami itu. Begitulah sebaliknya jika si isteri kurang sifat cekalnya maka suamilah berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.

orang kata…” duit adalah segalanya di dunia ini? betul ke.?” ada juga benarnya pendapat spt ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit yang berkat akan menjdikan kita lebih takutkan Allah SWT. Bersyukur ketika kita mendapatkannya dan redha jika hilang di tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan duit panas yang tak berkat..minta dijauhkan..Sebagai seorang isteri..anda sangat berharga..tiada nilainya jika nak dibandingkan dgn wang ringgit berjuta sekalipun. Tunjukkan lah maruah anda dengan kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW, ada Saidatina Khadijah RA bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan memberi sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.

wasalam..

Rabu, Ogos 26, 2015

[ hebat ] Kerana TERLALU KAYA Lelaki Ini Buat Rumah Daripada Duit..


Seorang jutawan di Hungary telah membuat rumah daripada duitnya..yang terlalu banyak..[ tak tahu dah nak buat apa dengan duit..akibat terlalu banyak..]













memang sangat kaya...


Cara Memasukkan Powerpoint ke Site/Laman P dan P (Frog VLE)





Cara Memasukkan Powerpoint ke Site/Laman P dan P (Frog VLE)




Panduan upload file ke google drive dan embed ke VLE







Panduan upload file ke google drive dan embed ke VLE ini sangat penting untuk semua guru bagi melicinkan lagi pdp di sekolah..








Tutorial Frog VLE (Guru) - Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah Untuk Berkomunikasi





saya yakin semua guru sedang memikirkan dengan serius bagaimana menggunakan Frog VLE ini semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi membantu para guru untuk lebih memahami saya masukkan cara-cara Menggunakan Dashboard Sekolah Untuk Berkomunikasi



semoga mendapat sedikit menafaat.




Isnin, Ogos 24, 2015

Jom Lihat Ubari Sand Sea Tasik Yang Sangat Cantik Di Libya.


Inilah dia Ubari Sand Sea,terletak di barat Libya. 200,000 tahun yang lampau kawasan ini  merupakan suatu kawasan yang subur dengan beberapa batang sungai yang luas. Namun sejak 3000 hingga 5000 tahun yang lalu, perubahan iklim telah mengakibatkan kawasan ini menjadi kering. Pada masa ini terdapat kira-kira 20 tasik di Ubari Sand Sea- Oasis yang dikelilingi pokok palma yang sangat cantik pemandangannya.

ubari-lakes-11

ubari-lakes-10

ubari-lakes-3

ubari-lakes-7

ubari-lakes-6

ubari-lakes-5

ubari-lakes-4

ubari-lakes-1

ubari-lakes-2

Ahad, Ogos 23, 2015

Jom Lihat Klinik Bersalin Di India ( 12 gambar )



inilah wanita dari india, Anguri ( 26 tahun) yang terletak di negeri Madhya Pradesh yang berjalan mengelilingi kampung untuk membantu para wanita melahirkan anak..Ibarat seperti bidan bergerak yang sangat berjasa di kampungnya..Melihat keadaan di India, kita seharusnya perlu rasa bersyukur kerana kemudahan hospital di negara kita begitu baik jika dibandingkan dengan negara-negara luar...



sumber : Klik Sini

Jom Lihat Bandar M'zab yang terletak di Selatan Algiers yang sangat memukau mata




Gambar di bawah ialah M'zab yang terletak di lembah oasis di tengah-tengah Sahara, yang terdiri daripada 5 bandar-bandar yang berdinding. Terletak kira-kira 600km ke selatan Algiers.Perkampungan ini telah dibina dalam abad ke 11 oleh Mozabite Berbers. Sangat cantik pemandangan di tempat orang ini..


mzab-valley-towns-7

mzab-valley-towns-18

mzab-valley-towns-17

mzab-valley-towns-8

mzab-valley-towns-22

mzab-valley-towns-11

mzab-valley-towns-10

mzab-valley-towns-6

mzab-valley-towns-4

mzab-valley-towns-2

mzab-valley-towns-5


Jom Lihat Lebuh Raya Dibina di Laluan Sungai Di China ( 5 pics)


China telah membina lebuh raya baru yang menghubungkan Xingshang ke jambatan Zhaojun di wilayah Hubei di tengah China.Lebuh raya ini sangat unik sekali kerana lebuh raya ini dibina di tengah-tengah sungai yang jauhnya melebihi 10km. Hebat sungguh kerajaan China ini.












Sabtu, Ogos 22, 2015

MARI MELAWAT IBU PEJABAT TWITTER YANG SANGAT SUPERB (16 GAMBAR)


Ini ialah ibu pejabat media sosial kegemaran kami Twitter yang terletak di San Francisco. Pejabat setinggi 3 tingkat ini dilengkapi studio Yoga, gimnasium dan bilik permainan video. Pejabat ini baru sahaja dibuka dan direka bagi memastikan suasana kondusif untuk kesemua pekerjanya. Sangat comfy



Laporan asal Dezeen

Jom Lihat MUIZUM TSUNAMI ACHEH ( 21 gambar )








Muzium Tsunami Acheh dibuka pada tahun 2009. Rekaan muzium ini mengambil bentuk ombak yang memukul pantai. Ianya direka oleh jurubina Ridhwan Kamil dan mempunyai keluasan 2500 meter persegi. Ia menempatkan artifak peninggalan hari bersejarah ini serta pameran interaktif yang memberikan anda merasai suasana seperti dilanda tsunami, 


Tazkirah Pagi : Kemuncak Malam Pertama Di Dunia Dan Di Alam Kubur.




Pagi ini Tazkirah  saya bertajuk : Kemuncak Malam Pertama Di Dunia Dan Di Alam Kubur.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan termasuk kapada saya juga dan sahabat-sahabat yang lain, yang singgah di sini..

Inginkan malam yang romantis bersama suami tersayang? Banyak caranya yang anda boleh lakukan untuk memastikan momen itu amat bermakna bagi anda berdua. Malam yang memiliki seribu keunikan yang boleh menghangatkan kasih dan sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis ada menyebutkan bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menebarkan rahmat-Nya kepada seluruh mahkluk yang mengambil kesempatan berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ..” Tuhan kami (dengan rahmat-Nya) turun ke langit dunia pada tiap-tiap malam, iaitu ketika masih tersisa dari malam hari sepertiga terakhirnya, lalu berfirman..” Barang siapa yang berdoa kepada-KU, maka AKU perkenankan baginya, barangsiapa yang meminta kepada-KU, maka AKU memberikannya, barang siapa yang meminta ampun kepada-KU, maka AKU akan mengampuninya” ( Hadis riwayat a-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya hanya rahmat dari Allah SWT saja yang boleh meyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar, saat menahan kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT? Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat-Nya.

Allah SWT mencintai kita sepanjang masa, bukan terbatas kepada waktu malam sahaja. Tetapi momen yang paling bermakna itu lebih terasa di hati pada saaat malam berlabuh. Keikhlasan cinta itu terbukti ketika seorang hamba bersendirian menghadap-Nya, rela memuji-Nya dalam sujud dan rukuk, doa dan zikir yang tidak putus ketika orang lain lena dibuai mimpi. Ada satu malam, anda dan suami akan merasakan kenikamtan menjadi hamba Allah SWT yang meraih cinta tertinggi milik-Nya. Siapakah pengantin yang sangat beruntung itu?

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian,

Anda tidur di sisi suami yang dikasihi, bebas memeluknya sambil berbual manja. Di bahunya ada menangis dan tertawa, tangan sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan. Begitulah malam-malam yang anda dan suami lalui bersamanya. Tetapi bagaimana nanti melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu, tangisan yang tidak akan dapat dipujuk lagi, ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di manakah suami tempat curahan kasih?. Sampai hati dia meninggalkan anda seorang diri. Sunyi gelap dan sempit.

Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rindu kepada kekasih hati, datang pula UTUSAN Allah swt membawa berita yang menakutkan. Siapakah yang akan menjaga seorang isteri dari kengerian alam kubur? Di manakah suaminya yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini dari kekejaman dan kerakusan ula tanah, cacing, tikus, kala jengking dan lipan?. Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikan itu. Di manakah suaminya? Hanya amal soleh yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang ini.

Sahabat-sahabat semua,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, ” Jika salah seorang antara kalian meninggal dunia, ditaampakkan kepadanya tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk penghuni syurga, maka dia menjadi penghuninya. Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya, inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya iman dan amal soleh sahaja yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap hari sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur. Ingatlah malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikmati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terlena oleh kenikmatan sesaat hingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di akhirat nanti..

Sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari ganguan orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang kerana Allah SWT, hati sang isteri yang ikhlas melahirkan sikap taat dan reda kepada suaminya semata-mata kerana Allah SWT.

Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan yang panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang soleh yang sujud kepada Allah SWT. Apabila malam menyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasinya dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman-kuntuman doa harum di sudut hati.

Bacalah dengan mata hati….Insya-Allah..mungkin akan mudah difahami…Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua…amin.

Wasalam..

Jumaat, Ogos 21, 2015

Jom lihat MUZIUM TITANIC : LENGKAP DENGAN TITANIC SKALA SEPARUH (12 GAMBAR)



Di bawah ini ialah Muzium Titanic yang terletak di Pigeon Forge, Tennessee. Ianya muzium yang berbentuk bahagian depan Titanic pada skala separuh. Didalam muzium ini pelbagai artifak yang dibawa naik oleh Titanic Inc dipertontonkan kepada umum. Titanic Inc juga mempunyai satu lagi muzium serupa di Branson, Missouri.







Laporan asal DailyMail

Jom Lihat GELANDANGAN DELHI BERHAMPIRAN MASJID JAMA (18 GAMBAR)


Masjid Jama di Delhi ialah antara masjid tertua di India. Dibina pada tahun 1644 of Shah Jahan, masjid ini boleh menampung sebanyak 85000 orang jemaah pada satu-satu masa. Berhampiran masjid ini terdapat sebuah kawasan lapang yang didiami gelandangan India. Setiap hari ratusan gelandangan tidur beratapkan bintang. Tambah sadis lagi bila ratusan hamba Allah ini terpaksa berkongsi "tandas" yang serupa naharom. Sungguhpun berjuta rakyat India hidup dengan seba kedhaifan tanpa akses kepada tandas (dianggarkan 700 juta orang kesemuanya) kerajaan India masih membelanjakan jutaan dollar setiap tahun membeli peralatan ketenteraan.









Laporan asal ChinaSmack