Selasa, Julai 19, 2011

Pembongkaran Rahsia Pembinaan Piramid tertulis dalam Al-Quran


Agak terlalu lama para saintis pening kepala perah otak macam mana cara pembuatan Piramaid dilakukan. Ini kerana Teknologi mengangkat batu-batu besar yang agak mencapai ribuan kilogram untuk mengangkat barang berat tak ada pada wak tu zaman tersebut. Tetapi tanpa disangka sebenarnya rahsia tersebut telah tertulis di dalam Al-Quran sebenarnye kalau korang nak tau.


Tau tak apekah rahsia di balik pembangunan PIRAMID ini? Macam mana pembinaanyer ?

Dalam Paper Times Amerika edisi 1 Desember 2006, telah mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid pada zaman tersebut! Menurut penelitian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batuan keras yang sukar untuk dibezakan dengan batuan yang asli.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam mengelola tanah liat sehingga menjadi batu. Dan teknik tersebut adalah sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi batu yang mereka tinggalkan pada masa ini.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahwa Piramid yang paling besar di Giza, diterbuat dari dua jenis batu: iaitu batu semulajadi (natural stone) dan batu-batu yang dibuat secara manual seperti olahan tanah liat.




Dan dalam penelitian yang dikeluarkankan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahwa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Sebab tak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu semulajadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan di dapur ( macam dapur la kot ) dan dengan menggunakan air garam sehingga wap air garam tersebut terbentuk untuk membentuk campuran tanah liat tersebut. Kemudian formula adunan tersebut dituangkan ke dalam ruang (acuan) yang disediakan di dinding piramid. Secara ringkasnya lumpur tersebut telah dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki dan dibakar, kemudian diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid. ( so setelah dibakar lumpur tersebut akan mengeras seperti batu )





Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron ( dah canggih la kate ko ) terhadap batu tersebut dan menjumpai jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu tersebu diperbuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, so ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

Dengan cara untuk membuat batu besar ini, profesor mengambil sepuluh hari dan adalah sama dengan batu semulajadi.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di sebalik pembuatan batu di puncak piramid. Ia berkata, "Selepas bertahun-tahun penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid di Mesir dibuat menggunakan tanah liat."




Penemuan oleh Profesor Prancis Yusuf Davidovits soal batu-batu Piramid yang ternyata terbuat dari lumpur Olahan ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.Satu kajian daripada piramid berusia Bosnia "Piramid Matahari" dan menerangkan bahawa batu itu diperbuat daripada tanah liat! Ini mengesahkan bahawa kaedah ini berleluasa di dalam masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan berkata bahawa kebenaran saintifik adalah sangat jelas bahawa kaedah tertentu dalam casting dari tanah lumpur itu telah dikenali sejak beribu-ribu tahun dalam kedua-dua tamadun yang berbeza Romania atau Firaun!

Kalau korang nak tau dalam Al Quran Ternyata Lebih Dulu mempunyai Jawapannyer.
Jika dipahami lebih mendalam, ternyata Al Quran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum Mereka mengungkapkannya, perhatikan Sebuah ayat dalam Al-Quran berikut ini:

“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! Bukti yang menakjubkan Menunjukkan Bahawa bangunan bangunan raksasa, Patung-Patung raksasa dan Tiang-Tiang ditemui dalam tamadun yang tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah! Al-Qur'an adalah Kitab pertama yang menyungkil rahsia bangunan piramid, bukan saintis Amerika atau Perancis.


Persoalannyer~

Nabi saw tak pernah pergi ke Mesir pon dan tak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang tau tentang rahsia piramid. Sebelum ini, saintis tidak percaya bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membangun monumen tinggi kecuali beberapa tahun belakangan ini.

Pelik, 1400 tahun yang lalu sebelum Nabi Muhammad saw, berbilang tahun setelah Berakhirnya kerajaan Firaun memberitahukan bahawa Firaun membina monumen yang akan dinamakan Piramid dengan menggunakan.....TANAH LIAT

kenyataan ini adalah bukti yang sangat jelas dan kuat bahawa Nabi Muhammad tidak bercakap menurut hawa nafsunya tetapi petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan apabila Dia menyelamatkan Nabi Musa ... Dan apabila Dia memberitahu Nabi terakhirnya akan hakikat fakta saintifik ini, dan ayat ini sebagai saksi kebenaran kenabiannya di masa depan!

Subhanallah! Begitulah kehebatan Allah dan pembongkaran tentang pembinaan piramid tersebut benar-benar tertulis di dalam Al-Quran.





Isnin, Julai 18, 2011

Jom Lihat Kapal Solar Firaun Khufu ditemui

KAHERAH | Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.



Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.

Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.


Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.



Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.

Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.





Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.

Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan. Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir.Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.

“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya





Inilah Kepala Manusia yang dijual dan dimakan oleh penduduk Thailand

Roti macam nieh agak ngeri dan menyeramkan. Agak korang nak makan? heee...macam-macam laaa



itu dia roti kepala orang yang menyeramkan dan mengerikan



Inilah pembuat nyer, kreatif gak la...sampai roti tu nampak real macam betul


Seorang seniman dari Thailand membuat roti dengan bentuk yang pelik. Bentuk yang mengerikan. Dimana kebiasanya orang membuat roti dengan bentuk yang membangkitkan selera, tetapi kali nieh membuatkan jauh…jauh.. dari selera. Malahan membuat perut berasa mual nak makannyer.





GEMPAR: Senarai blog yang akan di godam(hack).Cer tengok blog anda terlibat ke tak?

Gambar print screen menunjukkan sebahagian daripada senarai blog yang akan dihack.



Betul atau tidak ni?Sekarang mari kita berfikir secara positif.Andainya memang benar seperti apa yang dikatakan dimana apa yang kami temui ini memang benar...maka perlulah anda sebagai pemilik blog berhati-hati kerana diberitakan bahawa senarai blog-blog yang terpampang seperti yang kami print screen ini dikatakan akan dihack.Sekarang ni semakin menjadi-jadi lak para hackers ni ek..

Apa yg dorang dapat dengan menghack laman web blog dan laman sosial orang lain tu ek?


Sekiranya blog anda tersenarai dalam list tersebut cepat-cepat anda tukarkan password anda kerana berkemungkinan akaun anda telah dapat dicerobohi oleh penggodam durjana ini.

Senarai list blog yang kami perolehi ini berkemungkinan senarai member yang menjadi ahli di laman ping web Gengblogger.Anda boleh KLIK DISINI untuk melihat senarai blog tersebut.


Untuk mencari dengan cepat senarai nama blog anda..selepas melayari web tersebut sila tekan CTRL + F kemudian taip url blog anda.Sekiranya tersenarai ia akan terkeluar nama blog anda.



VIRUS BARU KAT FACEBOOK !



VIRUS BARU KAT FACEBOOK !

Kami yakin ramai pengunjung Blog Usang mempunyai akaun facebook.Mungkin ramai juga dah tahu mengenai virus atau mungkin hacker sedang beroperasi menggodam akaun facebook sesiapa saja yang menjadi mangsanya.Penggodam ini menggunakan cara yang amat mudah dan tanpa disedari pemilik facebook akan terkena virus tersebut.

Ikuti apa yang dilakukan oleh penggodam kepada akaun facebook anda.

PENERANGAN
1. virus tersebut tersebar melalui chat box/IM anda dimana dia bermula dengan
chat kepada anda melalui chat box milik rakan yang menjadi member anda....jadi anda rasakan umpama rakan anda yang menegur anda.

"hi. how are you?"

2. kemudian korang reply pd chat tersebut , dia akan hantar

"Wanna laugh? :)"

3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan

"It is you on the video ?)) want to see?)"

4. then lepas tu , dia akan hantar
satu LINK ..... link tu laa VIRUS ^_^(biasanya hanya link bernombor sahaja yang dihantar kepada anda.

Kami mohon agar anda jangan klik link tersebut.Sekiranya anda klik link tersebut kemudian selepas anda log out akaun facebook anda tidak akan dapat login kembali akaun facebook anda.

Moga memberi menafaat kepada anda semua.Terimakasih






Inilah bayi yang bercabang 8 di India




Lakshmi Tatma, seorang anak dari desa pertanian miskin di India dianggap sebagai titisan Dewa Hindu utuk kemakmuran dan kesuburan keranaa mempuyai keanehan fizik iaitu mempunyai 4 tangan dan 4 kaki. Orang- orang memujanya dengan menaruh hadiah di samping tempat tidurnya setiap hari. Tapi hal itu tidak membuat hidupnya senang, kerana ia harus membayar mahal “karnia” itu. Dia tak boleh berjalan, duduk atau berdiri.
Kembarnya yang berhenti tumbuh tanpa ada kepala. Jadi menempel pada tubuh laksmi dan disebut sebagai kembar parasit.

Orang tua Lakshmi memilih untuk melakukan pembedahan gadis malang itu 2 tahun lalu agar dia boleh terpisah dari kembar parasitnya. Dan setelah melalui operasi selama 27 jam kini fiziknya hampir sempurna. Dia boleh berdiri dan berjalan di atas dua kakinya. Hal yang sangat mustahil dilakukan sebelum operasi. Kini 2 tahun sudah berlalu dan Lakshmi boleh masuk sekolah dan bermain seperti anak- anak lainnya. Tapi masalah ternyata belum selesai, Lakshmi masih memerlukkan beberapa operasi lanjutan untuk menghindarkannya dari cedera tulang belakang scoliosis pada ketika dia tumbuh dewasa nanti.
.

Anak yang dilahirkan di hospital waktu malam punya risiko tinggi untuk mati.



Anak yang di lahirkan di hospital pada waktu malam lebih berisiko untuk mati.Inilah kajian yang dibuat di Britain.Antara sebabnya ialah kekurangan doktor pakar dan terlatih yang bekerja pada waktu itu Sebanyak 47%kematian berlaku di sesetengah hospital di antara pukul 6ptg hingga 8 am.

Kajian ini dilakukan berikutan kematian lebih 3000 bayi matisetiap tahun di Britain setiap waktu malam dan hujung minggu kerana pada waktu itu banyak tugas di serahkan kepada doktor pelatih.


sumber:





t

k