Khamis, April 26, 2012

[ sadis ] Gambar gadis yang ditinggalkan kekasih cuba membunuh diri di China



Membunuh diri adalah perbuatan yang ditegah dan sangat2 dilarang dalam Islam. Siapakah kita yang mahu mengambil kerja Allah SWT?....

Situasi yg anda lihat ini berlaku di tengah2 bandar Bejing, China, di mana seorang kekasih yang sungguh tertekan selepas ditinggalkan cuba untuk membunuh diri.. Pihak polis dan anggota bomba China bertungkus lumus memujuk gadis ini agar tidak membunuh diri..




































[ cool ] Jom Lihat Sungai Verzasca di Switzerland sungai yang paling cantik di dunia [ 12 gambar ]



awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland

awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland
awesome, cool, interesting, travel, amazing, nature, beautiful, NATURE: Mind Blowingly Clear Waters of Verzasca River, Switzerland



[ Terkedu] Budak Berumur 7 Tahun Tanpa Jari Menangi Pertandingan Tulisan Tercantik Seluruh Amerika Syarikat


Memang sungguh tersentuh rasa...memang tersentuh di jiwa...inilah budak yang bernama Annie Clark, yang berasal dari Pittsburgh, Pennsylvania, berumur 7 tahun yang memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Anugerah Tulisan Tercantik Peringkat Kebangsaaan Seluruh Amerika Syarikat.  Yang sungguh tersentuh hati dan perasaan bila budak comel ini ditakdirkan tidak mempunyai tangan tidak sesempurna budak-budak yang lain. Dia telah menunjukan kepada orang ramai yang lebih sempurna agar tidak berputus asa..

Pittsburgh, Pennsylvania,

Annie Clark telah berjaya merangkul Anugerah Nocholas Maxim Awards yang membawa pulang US1000 [ RM 3800]






Annie Clark, 7 Year Old Girl Without Hands Wins Penmanship Award
Annie Clark, 7 Year Old Girl Without Hands Wins Penmanship Award









sumber : KLIK SINI





catatan pagi yang cerah...



alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT pagi cuaca sangat baik sekali...cerah segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna sekali.. terima kasih kepada cikgu Ahmad Firdaus kerana banyak membantu saya selama ini..

terima kasih



Pengorbanan anak pada seorang ayah yang tercinta [ 14 pics]



Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti sakaratul maut. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!

Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit












[ cool : Jom LIhat Air Mata Buaya Yg sedang menangis..





a
funny gifs

















































Ahad, April 22, 2012

[ cool ] Jom Lihat Balai Polis Yang Paling Ceria Di Jepun [ 8 gambar ]


Inilah balai polis di Jepun dengan rekaan yang sungguh unik sekali. Rekaan balai polis yang dinamakan sebagai "KOBAN" ini telah direka oleh Klien Dytham Architercture yang merekakan balai polis yang berkonsepkan mesra orang ramai untuk datang ke balai polis. Terletak di Kumamoto. Jepun ssungguh unik sekali. Kalaulah balai polis di Malaysia mcm ini kan bagus...penuh ceria, nak datang membuat repot pun hati terasa damai dan gembira...




Koban Koban Police Station in Japan
Koban 2 Koban Police Station in Japan


Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (7)
Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (6)
Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (5)
Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (4)
Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (3)
Contemporary Koban Police Station in Japan by Klein Dytham Architecture (2)

















Sabtu, April 21, 2012

Tips gila mengambil salad di Pizza Hut [ 18 gambar ]





Kebiasaannya orang akan mengambil salad di Pizza Hut
hanya macam ini saja...tapi belum pernah ambilnya seperti gambar dibawah..

belum pernah nampakkan....

disini ditunjukkan cara mengambil salad ini...
















tapi jangan amalkan..tamak sangat...


Jumaat, April 20, 2012

[ renungan : Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?








Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah
 




sumber:  Klik sini











Khamis, April 19, 2012

[ sadis ] Jom Lihat Suasana Di Dalam Penjara Di Brazil yang penuh sesak..


Beginilah suasana dalam Penjara Brazil: Padat, panas dan Mengerikan gw ngwliat foto penjara brazil ini 






[ cool ] Jom Lihat Kereta Alfa Romeo Aerodinamica Spider yang sungguh cool.. (9 Gambar)




Alfa Romeo Aerodinamica Spider mungkin bukan sebuah kereta yang pernah anda lihat. Kemungkinan hari ini baru pertama kali anda mendengar namanya. Namum Alfa Romeo Aerodinamica Spider ialah sebuah kereta yang bertanggungjawab mempelopori konfigurasi pemandu berada ditengah-tengah ruang memandu 50 tahun sebelum McLaren F1 membuatkannya popular. Kereta ini direka pada tahun 1934 sebagai sebuah prototaip. Pada ketika itu Alfa Romeo menghadapi cabaran daripada Mercedes Benz dan Auto Union dalam penghasilan kereta lumba yang berkuasa tinggi.

Kemuculan dua pengeluar kereta dari Jerman ini menggugat posisi Alfa Romeo yang sebelum ini memegang gelaran pengeluar kereta lumba terbaik dunia. Pada masa yang sama Bennito Mussolini tidak mahu ITALIAN PRIDE kalah kepada German Engineering Supremecy. Walaupun kedua-dua negara AXIS ini bersekutu, masih terdapat rivalry negara FASIS manakah yang lebih superior. Pihak Alfa Romeo menghasilkan kereta berenjin tengah ini secara rahsia. Malang bagi Alfa Romeo ketika dalam proses pembinaan dan pengujian perang dunia kedua meletus. Kereta inipun disimpan oleh pembinanya di Fiume., Yugoslavia yang pada ketika itu dibawah kawasan takluk Itali.

Selepas perang dua orang pembinanya terperangkap didalam negara komunis Yugoslavia. Pada tahun 1946 kereta ini dilarikan ke sempadan Itali dan selepas beberapa kali bertukar tangan akhirnya dibaik pulih pada tahun 2008. Ianya satu-satunya prototaip Alfa Romeo Aerodinamica Spider yang wujud. Kereta ini walaupun sudah berumur lebih 80 tahun masih kelihatan cool. What do you guys think! The Godfather of central driving position!

sumber : Klik Sini























Gambar Sekitar Perayaan 100 Tahun Hari Jadi Kim Jong Il (11 Gambar)


Perayaan peringkat kebangsaan menyambut ulang tahun ke 100 Kim Jong Il diadakan di Pyongyang semalam. Berpuluh ribu warga Korea Utara menunjukkan kesetiaan dan kesyukuran terhadap kerajaan pimpinan Kim Jong Un dengan menyertai temasya hebat ini. Kim Jong Il disembah bagaikan seorang dewa ketika hayatnya dan dari gambar di bawah nyata sekali walaupun sudah meninggal dunia beliau masih mempunyai banyak fenbois dan fengirls. Sambutan ulang tahun ini mengalami sedikit kecacatan apabila satelit buatan Korea Utara meletus 80 saat selepas dilancarkan. Ia sepatutnya menjadi simbol keabadian Kim Jong Il, Bapa Korea Utara.










Selasa, April 17, 2012

[ cool ] Jom Lihat Poskad dari Malaya Pada Tahun 1910-1930an Yang Comel


Dibawah ialah beberapa koleksi poskad klasik dari Malaya dan Borneo yang dikeluarkan diantara 1910-1930. Ia menunjukkan bagaimana rupa nenek moyang pada ketika itu. Aku tertarik dengan perubahan Batu Gajah. Nampak gayanya  Batu Gajah dahulu jauh lebih cantik dan teratur

Aku juga tertarik dengan fesyen pakaian orang zaman dahulu dan juga rupa rumah atas pokok orang Asli....memang sungguh cool..











L

Isnin, April 16, 2012

Jom Lihat "frog eBike Motorsikal yang paling unik di dunia



After having changed the motorcycle industry for three decades with the introduction of composite air razors in their FZ750 Rana concept, design studioFrog (also known for having designed the first Apple Macintosh computers) shares its vision of the future with the eBike. Conceptualized by Jin Seok Hwang, it features a silhouette filled with negative space to make a statement, and stores the core components in the chassis to keep a low center of gravity. The results is seamless, smarter and more consumer friendly. Enjoy!
Frog e bike concept 6 Frog eBike Concept
Frog e bike concept 5 Frog eBike Concept
Frog e bike concept 4 Frog eBike Concept
Frog e bike concept 3 Frog eBike Concept
Frog e bike concept 2 Frog eBike Concept




t

k