Isnin, November 21, 2011

Ellie, Gadis Cilik Tanpa Tangan dan Kaki dan Impian Besarnya Menjadi Pemain Bola Sepak






Inilah dia Ellie Challis yang menyentuh hati seluruh dunia ketika dia mengambil langkah pertamanya menggunakan kaki palsu, setelah secara tragis kehilangan seluruh tangan dan kakinya akibat meningitis pada bulan Julai 2005 yang lalu

Gadis comel ini berhasil mengalahkan semua tentangan etika berjuang untuk hidupnya di hospital, setelah menghidap meningitis, namun Ellie harus merelakan semua anggota tubuhnya dibuang demi menyelamatkan nyawanya.

Saat ini dia telah menghabiskan empat tahun terakhir berjalan dengan bantuan kaki palsu, dan luar biasanya lagi Ellie bermain sebagai penyerang di pasukan sepak bola sekolahnya.

“Hal ini hebat untuk melihat Ellie bermain bola sepak. Ketika dia kehilangan kakinya akibat meningitis, kami tidak pernah membayangkan bahwa suatu hari kelak dia akan bermain sepak bola untuk pasukan sekolahnya, seperti layaknya anak normal seusianya.” tutur sang ibu Lisa (38), asal Essex, England.

“Dia adalah anak yang paling berani dan luar biasa. Dia sama sekali tidak memiliki masalah di lapangan bola sepak. Dia amat mencintai permainan itu. Pasukan favoritnya adalah Arsenal dan ia menonton semua pertandingan mereka dengan ayahnya. Ellie begitu menggilai bola sepak.” ungkap Lisa kepada mail online.

Diketahui, Ellie terserang penyakit yang hampir mencabut nyawanya tersebut sebulan setelah hari pernikahannya orang tua.

“Dia bangun suatu pagi dan sakit. Ia menderita demam dan tubuhnya seperti membeku. Aku membawanya ke hospital tapi ujian darah tidak menujukkan adanya sakit pada Ellie dan kami disuruh pulang.” tutur Lisa dan suaminya Paul (48).





Final Bola Sepak Sukan Sea 2011: Harap Malaysia Dapat Emas Malam Ini


Wira negara


IZZAQ disahkan tidak dapat beraksi pada aksi final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya.



Ong Kim Swee memberi amanat terakhir kepada pemain-pemainya pada sesi latihan semalam




Ong Kim Swee Jurulatih Malaysia

Malam ini seluruh rakyat Malaysia, tak kira tua muda, kecil besar, lelaki dan perempuan pasti akan tertumpu di kaca tv untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia melawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

TV1, TV3 dan Astro saluran 801 akan menyiarkan Siaran Langsung perlawanan ini, tepat 8.30 malam atau, 7.30 malam waktu Indonesia. Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan Sea 2011.

Saya mengharapkan "semangat 1979" menjadi azimat buat skuad Malaysia untuk menumbangkan ego Indonesia malam ini. 32 tahun yang lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari menjadi wira untuk mencatat kemenangan 1-0 paling masyhur apabila jaringan tersebut meraih emas buat pasukan Malaysia. Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan, pemain sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, dan sayap kiri Mohd.Findi Othman sedikit sebanyak mengganggu persiapan Malaysia malam ini. Izzaq cerdera lutut kiri ketika bertemu Myanmar dan terpaksa menggunakan topang untuk bergerak.

Apa yang saya harapkan agar pemain kita bermain dengan tenang, di bahagian pertahanan jangan leka untuk mengekang asakan penyerang Indonesia, dan di bahagian penyerang pula jangan mensia-siakan peluang yang terhidang..jika semua itu berjaya dilakukan pasti emas milik kita..Selamat berjuang hero-hero kebanggaan negara..tumbangkan Garuda yang ego itu.!







Ahad, November 20, 2011

Ngeri…. Penggal Kepala Dengan Chainsaw



2 orang penyeludup dadah disembelih. Seorang menggunakan pisau dan seorang lagi menggunakan gergaji rantai ( chainsaw)...sungguh kejam tindakan ini.



Sumber gambar : bestoneoffour.com


Sabtu, November 19, 2011

Tahniah Malaysia Melangkah Ke Akhir, Bola Sepak Sukan Sea


Penyerang Myanmar, Pyaye Oo berjaya merebut bola di kaki Ahmad Fakri Saarani




Ahmad Fakri Saarani cuba menanduk ke gawang Myanmar pada perlawanan petang ini dengan kesudahan Malaysia 1- Mynmar 0.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya Malaysia berjaya menempah slot ke peringkat akhir dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea di Stadium Gelora Bung Karno petang ini hasil jaringan gol oleh Ahmad Fakri Saarani dalam minit ke 85 permainan. Kemenangan Malaysia ke atas Myanmar ini cukup manis buat seluruh peminat-peminat bola sepak seluruh tanah air yang sangat mengharapkan kemenaangan bagi mempertahankan pingat emas yang diperolehi semasa sukan sea Loas 2 tahun lalu.

Secara keseluruhannya, perlawanan pada separuh masa pertama ini, Myanmar lebih banyak memberi tekanan kepada pasukan Malaysia, berbanding Malaysia. Sungguh tertekanan dan sangat bernasib baik kerana pertahanan Malaysia, Mohd Muslim, Mahali Jasuli dan Fadlisas berjaya mengekang setiap ruang penyerang Myanmar untuk membolosi gawang Malaysia.

Malaysia sepatutnya telah berjaya mendahului pasukan Myanmar pada minit ke 3 apabila hasil hantaran oleh Badrol Bakhtir kepada Syahrul Azwari, namun beliau gagal menafaatkan peluang keemasan yang terhidang itu.

Dalam minit ke 14 pula, Malaysia sekali lagi berpeluang untuk mendapatkan gol hasil hantaran Nazmi Faiz gagal ditanduk kemas oleh Ahmad Fakri Saarani. Dalam tempoh 20 minit pertama, Myanmar begitu hebat menyerang ke kubu Malaysia yang diketuai oleh penyerang berbisa Mnyamar, iaitu pemain memakai jersy 19, S.H.Win walaubagaimana pun serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Malaysia, Muhammad Muslim Ahmad dan Mohd Fadli Shas.

Permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Myanmar secara pantas seringkali mencemaskan gawang Malaysia, namun penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menafikan gol pihak lawan. Malaysia yang banyak memiliki peluang untuk menjaringkan gol, terutamanya melalui hantaran Badrol Bakhtiar kepada Syahrul Azwari, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mynamar.

Jurulatih Myanmar, Stefan Hansson gagal mengambil peluang penggantungan satu perlawanan jurulatih Malaysia Ong Kim Swee yang seringkali mengggunakan pegawai daripada kem Malaysia untuk menyampaikan beberapa arahan penting kepada penolong jurulatih pasukan Malaysia.

Dalam minit ke 31, penyerang Myanmar, S.H.Win dan Aye San berjaya mengelirukan pertahanan Malaysia untuk menjaringkan gol, namun sepakan Aye San melepasi gawang gol Malaysia.

Dalam minit yang ke 35, Malaysia mendapat tendangan percuma selepas pertahanan Myanmar Yan Aung Win menjatuhkan Badrol Bakhtiar betul-betul di luar kotak penalti, namun Badrol Bakhtiar gagal menyepak dengan sempurna, sepakan beliau melepasi gawang gol Myanmar.

Di akhir babak pertama, pasukan Myanmar terus melancarkan serangan namun pertahanan Malaysia begitu ampuh dan tenang serta bijak mengawal keadaan.

Pada babak kedua pula, Malaysia terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah pertahanan lawan namun masih lagi gagal. Kemasukan Izzaq Faris Ramlan menggantikan Syahrul Azwari banyak mengubah corak permainan Malaysia dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh penyerang Malaysia bagi memuru gol, sehinggalah pada minit ke 85, hasil hantaran lintang Izzaq Faris, bola terus melantun ke kaki Ahmad Faakri Saarani untuk gol kemenangan mutlak ke atas pasukan Malaysia. Syabas Malaysia...terima kasih kepada pemain-pemain yang begitu bersungguh-sungguh memburu gol, dan akhirnya berjaya juga..alhamdulillah.

Malaysa akan melawan pemenang di peringkat Akhir sama ada pasukan Indonesia atau Vitenam yang kini sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten),, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.




Bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo didakwa kerana berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.



ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.


MANILA - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.
Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.
Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.
Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.
Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.
Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.
"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.
"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.
"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.
Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.
Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.
Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.
Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.
De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital.
Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.
Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.
Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi
sumber: kosmo online


Jumaat, November 18, 2011

Inilah Jambatan Kaca Yang Paling Cantik Di Dunia.







Inilah jambatan kaca yang pertama di dunia. Terletak di Taman Nasional Zhangjajie, China. Berada pada ketinggian 1430meter di paras laut dengan kepanjangan 60meter merupakan Jambatan Kaca yang tercantik di dunia.

Lokasi : Pergunungan Tianmen di Hunan, China.





Jumaat, Oktober 21, 2011

Kursus KSSR Di Tampin

hari ini hari terakhir berkursus di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin..





t

k