Rabu, November 23, 2011

Lillian Lowe, Pengguna Facebook Tertua Dunia






Lillian Lowe, nenek berusia 103 tahun, baru meng-update akaun Facebooknya melalui iPad. Ia menggunakan Facebook untuk tetap berhubungan dengan 7 cucu dan 13 cicitnya.
“Saya senang. Semuanya sangat menarik. Ini merupakan cara luar biasa menemukan apa yang kita ingin. Saya menyarankan pada semua nenek untuk tetap terhubung dengan anggota keluarga lain,” kata Lowe.





Selasa, November 22, 2011

Jom Tengok Foto Penjualan Susu Kambing Segar di China





" segar dari ladang.."






Kalah bola, pelajar Malaysia diugut bunuh di Indonesia



Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat—maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

NONESetelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat—maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini Selasa,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.







Tuanku Mizan tiba di Antartika


TUANKU MIZAN (tiga dari kiri) bersama rombongan Malaysia di Lapangan Ais Pegasus, Scott Base, Antartika semalam.



SCOTT BASE, Antartika - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di sini semalam bagi lawatan khas ke Artartika.
Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika Syarikat yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.
Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd. Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig. Jen. Datuk Zaharin Ahmad.
Rombongan itu turut disertai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald dan Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson.
Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu.
Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudian dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu.


Safee Sali Bersyukur Malaysia Jadi Juara


JAKARTA, KOMPAS.com — Penyerang pasukan kebangsaan Malaysia , Safee Sali, bersyukur atas kejayaan pasukan Malaysia U-23 meraih "ibu segala emas" di dalam pertandingan akhir bola sepak SEA Games XXVI malam tadi
"Saya sendiri gembira kedua-dua pasukan Indonesia dan Malaysia masuk final. syukur alhamdulillah Malaysia menang kerana mampu mempertahankan gelaran juara dua kali berturut-turut," kata Safee saat dihubungi Kompas.com. malam tadi
Safee yang ditemani pengurusnya Zakaria Rahim, menyaksikan perlawanan final bola sepak Malaysia menentang Indonesia malam tadi. Indonesia yang terlebih dahulu menjaringkan gol awal hasil tandukan cantik Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke 5, Namun, Malaysia mampu menyamakan gol penyaman kedudukan dan memaksa diadakan sepakan penalti. Dalam drama yang sungguh mendebarkan sepakan penalti, Malaysia menang 4-3.



[ Gambar-Gambar Detik Kemenangan Malaysia] Tahniah Malaysia Memenangi Emas Final Sukan SEA 2011


kejayaan manis buat Malaysia..menang ibu segala pingat..


Penjaga gol Indonesia Kurnia Meiga gagal menyelamatkan sepakan penalti Badrol Bakhtiar


Titus Bonai menewaskan Kharul Fahmi tapi golnya offside


saat Asaruddin menyamakan kedudukan 1-1



penonton Indonesia yang tak dapat memasuki stadium


Pemain Indonesia merayakan gol pertama



Pemain Indonesia, Egi Melgiansyah dijatuhkan oleh Mohd.Fadli Shas


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1. -



Rahmad Dharmawan (dua kanan), memberikan semangat kepada pemain U23 setelah dikalahkan Malaysia





Pemain Malaysia merayakan kemenangan dalam final malam ini





Gunawan Dwi Cahyo merayakan golnya ke gawang Malaysia, pada minit ke 5 dalam final Sea Games XXVI, di Gelora Bung Karno, malam ini


Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru saja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak sukan SEA XXVI malam ini.

Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit. Gol pertama Indonesia dijaringkan oleh pemain yang memakai jersy 13 iaitu Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke 5 dan gol Malaysia dijaringkan oleh Asarudin Omar melalui tandukan cantik menewaskan penjaga gol Indonesia Kurnia Meiga.


Indonesia
1. Titus Bonai - Tendangannya ke arah kanan. Meskipun dapat disentuh oleh penjaga gol Malaysia oleh k (1-0).
2. Gunawan Dwi Cahyo - Bola tendangannya ke arah kiri. Gagal ditepis oleh Khairul Fahmi, tapi bola mengenai tiang gol dan gagal meraih gol (1-1).
3. Egi Melgiansyah - Bola tendangannya mengarah ke kiri, gol dan salah dibaca oleh oleh Fahmi (2-2).
4. Abdulrahman - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan gol, gagal ditepis oleh Fahmi (3-2).
5. Ferdinand Sinaga - Bola tendangannya megarah ke kiri dengan lemah, terantisipasi Fahmi yang kemudian diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia (3-3)
Malaysia
1. Mahali Jasuli - Bola tendangannya mengarah ke kanan agak ke atas dan gol, gagal ditepis oleh Kurnia Meiga (1-1).
2. Fandi Othman Mohamad - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol. Kurnia Meiga gagal menyelamatkanya(1-2).
3. Ahmad Fakhri Saarani - Bola tendangannya berjaya diselamatkan oleh Kurnia Meiga, gagal (2-2).
4. Fadli Mohamad Shas - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol (3-3).
5. Baddrol Bachtiar - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan sempat ditepis Kurnia Meiga, tapi tetap masuk dan gol ini memastikan kemenangan Malaysia (4-3).

Indonesia: 1-Kurnia Meiga, 15-Hasim Kipuw, 13-Gunawan Dwi Cahyo, 28-Abdulrahman, 24-Diego Michels, 8-Egi Melgiansyah, 6-Mahardiga Lasut, 21-Andik Vermansyah, 10-Oktovianus Maniani, 25-Titus Bonai, 27-Patrich Wanggai
Malaysia: 1-Che Mat Khairul Fahmi, 2-Jasuli Mahali, 3-Mohamad Azmi, 4-Mohamad Shas, 13-Saarani Ahmad Fahkri, 6-Omar Mohamad Asrarudin, 7-Fazail Mohamad Irfan, 24-Ahmad Mohamad Muslim, 10-Bakhtiar Baddrol, 11-G. Kandasamy Gurusamy, 9-Ambumamee Thamil Arasu.




Isnin, November 21, 2011

Gambar : Aksi penyamaran Unik seorang Seniman dari China


Seorang seniman bernama Liu Bolin melakukan aksi penyamaran unik di sebuah supermarket di Beijing, China, Khamis (10/11/2011). Dibantu sejumlah pembantunya, Liu mengenakan pakaian bermotif sama dengan sayur-sayuran yang berada di rak supermarket hingga sekilas dia kelihatan'menghilang'. Seniman yang kerap digelar 'Vanishing Artist' ini mulai meminati seni ilusi optik semenjak enam tahun lalu. (Foto: REUTERS/ China Daily)

Pembantu Liu Bolin membantu aksi demonstrasi penyamaran sang seniman di depan rak sayuran di sebuah supermarket di Beijing, China, Khamis (10/11/2011). Foto: REUTERS/ China Daily


Seorang perempuan tertawa berhampiran Liu Bolin yang melakukan aksi penyamaran




t

k