1. Secondary RainbowsKhamis, November 24, 2011
[ Indah ] Persahabatan Manusia Dengan Burung Yang Menggemparkan Britain

persahabatan burung dan manusia

Teresa Karasavvas dan Rob

Burung pun tahu erti kasiih sayang
Untuk membuat burung menjadi jinak sungguh amat sukar, kerana burung liar biasanya langsung terbang menjauh ketika didekati. Namun seorang pecinta burung berhasil melatih burung robin menjadi jinak dan makan langsung dari mulutnya.
Wanita hebat ini bernama Teresa Karasavvas, menghabiskan waktu tiga minggu untuk memujuk burung berdada merah ini untuk makan dari telapak tangannya. Beliau yang juga seorang hakim begitu terpesona dengan burung Robin, dan selalu bermimpi semasa kecilnya untuk berinteraksi dengan burung tersebut dalam jarak yang dekat.
Sekarang burung kecil yang diberi nama ‘Rob’ oleh Teresa, telah menjadi sangat jinak, bahkan makan sarapannya adalah dari bibir wanita berusia 49 tahun ini.
Setiap pagi Teresa menunggu di luar kebun belakang rumahnya untuk memberi makan Rob dengan cara menepuk mangkuk makananannya. Ketika Rob mendengar suara yang akrab ini, burung ini terus terbang dan menyambar makanan dari mulut Teresa.
Rob telah menjadi begitu terbiasa dengan rutin ini, dan sekarang ia duduk dengan sabar setiap pagi menunggu di luar pintu belakang untuk makanannya.
Bahkan, burung ini sering terlihat terbang kedalam rumah Teresa, di Borehamwood, Hertfordshire, England, dan menikmati makan malam bersama Teresa dan suaminya Chris (59).
Persahabatan yang hebat i ini telah berlangsung selama 19 bulan.
“Saya telah memberinya makan selama sekitar 19 bulan sekarang. Ketika saya pertama kali melihatnya tanah tertutup ais dan salji dalam keadaan lapar. Dia (rob) berada dalam jarak yang begitu dekat. Saya berdiri dalam suhu yang sejuk pergi di taman setiap pagi selama sekitar tiga minggu untuk membuat Rob makan dari tangan saya.” tutur Teresa.
Diketahui, Robin adalah salah satu burung taman paling mudah dikenali di England, dan gambarnya menghiasi kad hari Natal di seluruh negeri.
[ Gambar ] Inilah Bayi Yang Menggunakan Pembuluh Darah Lembu


Siapa sangka pembuluh darah lembu ternyata mampumenyelamatkan nyawa seorang bayi. Sebuah pembedahan jantung yang dilakukan di Southampton England, memanfaatkan pembuluh darah lembu demi menyelamatkan Hannah, bayi yang mengalami kelainan jantung. Hannah Slater adalah salah satu bayi kembar, yang lahir ketika usia kehamilan si ibu baru 28 minggu. Beratnya saat lahir juga hanya sekitar 1,08 kg. Dan doktor sudah menyatakan pada ibu Hannah, Charlotte dan David, bahwa kemungkinan besar hidup anak mereka tidak akan lama. Namun, takdir berkata lain.
"Ini sebuah keajaiban. Pembuluh darah lembu mampu menyelamatkan kehidupan anak perempuan kami," kata Charlotte, seperti dikutip dari The Sun. Pada awal kehamilan, janin dalam rahim Charlotte sebenarnya berkeadaan baik, Tetapi memasuki usia 20 minggu, baru diketahui terdapat masalah dengan salah satu anak kembarnya. Hasil ujian menunjukkan terdapat masalah arteriosus truncus, iaitu pembuluh darah yang tidak berkembang dengan baik. Keadaan jantung tidak normal, iaitu hanya terdapat satu jantung tetapi berukuran besar. Jantung ini juga terlalu banyak mengalirkan darah ke paru-paru.
"Itu adalah berita yang sangat buruk untuk didengar," kata Charlotte menggambarkan perasaannya. Pasukan pembedahan dari Hospital Southampton lalu memutuskan untuk melakukan pembedahan tahap 2, iaitu, segera setelah Hannah dan Lauren, saudara kembar lahir, Hannah akan dipasangkan penghubung berukuran kecil di sekitar arterinya untuk memperlambat aliran darah. Lalu tiga bulan kemudian, ketika Hannah dianggap cukup kuat untuk pembedahan kedua, vena jugularis lembu dipasangkan untuk menstabilkan arteri paru-parunya. Saat ini Hannah berusia lima bulan dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Inilah Spa dan Salon Khas Untuk Buaya Betina Saja

sebelum buaya diurut

seramai 6 orang pekerja mengurut seekor buaya

best aa..buaya ni.
Inilah Spa dan Salon khas untuk buaya betina saja..Nampak mcm tak masuk akal, tetapi itulah yang berlaku di salah sebuah salon di AS. Di salon ini semua perkhidmatan seperti uratan seluruh badan seperti manusia dilakukan oleh pekerja yang profesional..
Rabu, November 23, 2011
[ Kesian ] Akibat Gaduh Dengan Isteri Suami Nekad Tidur Dalam Keadaan Macam Ni..



Hidup di alam rumahtangga memang banyak dugaannya, pergaduhan suami isteri tu perkara yg lumrah. Inilah yang berlaku pada pasangan Cheng dengan isterinya Liau Meng di kota raya Bejing, China. Selepas bergaduh besar dengan isterinya, si suami nekad tak mahu masuk ke rumah dan sanggup tidur di tempat yg tak sepatutnya.. [ jenis tak sayang nyawa betul atau nak tunjuk perasaan kat isteri.?? ]
Semoga tak berlaku kat Malaysia mcm ni...
Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.
"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul. "Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya. Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN . Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN. Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya. 'Serban pun boleh terbang'
Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam. "Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan." Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya. "Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum." "Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun. "Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."
undi pos tentera la ni..**
Kondom bertaburan di taman

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.
Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.
Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.
Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.
“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.
“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.
Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.
Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan.
“Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan.
“Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya.
Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.
Langgan:
Catatan (Atom)
t
k

