Ahad, November 11, 2012

[ 11 gambar ] Inilah Lukisan Pensil Yang Paling Cantik Di Dunia


Nama pelukis terkenal ini ialah Randy Hann, seorang pelukis paling terkenal Kanada. Lahir pada tahun 1961 di Twillingate, Newfoundland. Beberapa tahun selepas itu keluarga Randy telah berpindah ke Toronto dan membesar di sana. Randy merupakan seorang yang berbakat sejak kecil dan telah memenangi beberapa pertandingan melukis di peringkat Kanada serta antarabangsa.




Randy Hann

"A Beautiful View"















Nafsu Tak Mengira Siapa: Berzina Dengan Lelaki Ketika Suami Di Mekah





Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

sumber :

klik sini


REMAJA PERTUKARAN PELAJAR USA KE MALAYSIA COMEL BERHIJAB


Inilah Hannah Foster ialah seorang remaja dari Amerika Syarikat yang berpeluang menjalani program pertukaran pelajar tajaan Kennedy-Lugar YES ke Malaysia. Beliau bersama lima orang lagi pelajar kini menghabiskan masa selama setahun untuk mendalami budaya Malaysia. Hannah nampaknya serius untuk memahami budaya Malaysia sehinga beliau berhijab. Nampak sangat comel sekali.









sumber : blogserius

Jom Kita Dengar CERIA FM...yang best




Kali pertama mendengar CERIA FM..hati saya sudah terpikat....terima kasih buat sahabat saya akak LR yg memperkenalkan kpd saya CERIA FM ini....

kepada sesiapa yg ingin mendengar lagu-lagu yang segar, [ apa saja jenis lagu] tidak ada tempat lain lagi, di CERIA FM lah tempatnya.   Anda boleh KLIK di Link di bawah ini..




DJ-DJ Ceria FM pun sporting juga..semua permintaan lagu pasti ditunaikan...

Sabtu, November 10, 2012

hari terakhir persekolahan 7/11/2012








semalam 7/11/2012- bermulalah cuti akhir tahun bagi seluruh Malaysia. sekolah akan dibuka semula pada 2/1/2013..  semalam juga sekolah saya kehilangan seorang guru yang penuh dediksai dan penuh komitmen selepas beliau berpindah ke Melaka, di Merlimau.

betullah kata pepatah seperti yg disebut oleh guru besar-" yang patah akan tumbuh..yg hilang akan berganti, namun apa yg tumbuh pasti tidak sama dengan yang asal. Apa yg dapat saya katakan, saya cuma mendoakan semoga cikgu rohania dan suami, selamat maju jaya, selamat bertugas di tempat baru.

selamat maju jaya juga diucapkan kepada murid2 tahun 6 yang akan memasuki fasa baru dlm dunia pendidakan selepas ini mereka akan memasuki tingkatan 1 di tahun 2013 nanti. Keputusan UPSR akan diumumkan pada 19/11/2012 semoga pelajar2 saya akan memperolehi keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti..InsyaAllah.



Isnin, November 05, 2012

tanda-tanda orang dah tak berapa suka dengan kita



dalam dalam sesetengah komunikasi dengan sseorang dengan seseorang yg lain, terkadang kita secara kita tak sedar kita telah melukakan hati seseorang.. tanpa kita menyedari seseorag  telah membuatkan diri kita terasa kecewa atau berkecil hati... antara contoh-contohnya adalah seperti berikut:-


  1. Bila kita sedang berbual dgn seseorang, orang sekadar pandang sambil lewa saja terhadap kita, buat acuh ta acuh saja, seolah-olah bosan dengan kita.
  2. Bila kita pelawa seseorang makan, dia kata kenyang dan tak sampai 10 minit selepas itu kita jumpa dengan seseorang itu pergi makan di tempat yang sama kita nak pergi makan. 
  3. Bila kita datang untuk sembang bersama-sama rakan kita yang lain..sebaik saja kita sampai, semua rakan-rakan kita bergerak tinggalkan kita..pura-pura sibuk
  4. Orang dah tak tanya khabar pasal kita sedangkan sebelum ni ok saja
  5. Dia hanya bagi respons yg simple saja..seperti angguk, "ok".yes" tak seperti selalu.
  6. Kita buat salah pun dia dah tak berleter, atau tegur tak sebelum ini dia akan selalu menegur kita
  7. Bila kita bertembung dengan dia, dia cepat2 melencong ke arah lain dan buat2 tak nampak kita..so kita boleh faham sajalah..

Khamis, November 01, 2012

Perkhemahan Badan Uniform Di Sekolah Esok dan Lusa [ 2-3hb November 2012]




esok dan lusa ( 2-3hb November 2012) ada Perkhemahan Badan Uniform di sekolah. segala persiapan telah semuanya 99% siap alhamdulillah...terima kasih kepada semua yg terlibat semua guru dan kakitangan sekolah saya..yang bergitu komited untuk sama-sama menjayakan perkhemahan di hujung-hujung sebelum cuti persekolahan ini..Moga-moga tidak hujan..kalau hujan semua pelajar akan tido di dalam kelaslah jawabnya....

semoga Allah mempermudahkan semua urusan....Aamin....

t

k