Sabtu, Jun 23, 2012

[ brutal ] Bapa yang paling bodoh di dunia....


Seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada bayi ini telah ditangkap polis kerana menarik anaknya yang berada di dalam bakul dengan motorsikalnya di sebuah jalan raya yang sibuk di China.

apa jenis ayah la mcm ni???

[ 21 photo ] Euro 2012: Germany vs Greece (second quarter-final)....Tahniah Jerman..!!


Saya menonoton perlawanan antara Jerman dan Greece pagi tadi merasa sangat teruja sekali. Pemainan pantas yang ditunjukan kedua-dua pasukan sungguh mendebarkan hati sekali. Ternyata pasukan Jerman sangat hebat dan Greece bukanlah tandingan Jerman sebenarnya selepas Jerman berjaya menjinakkan Greece dengan kemenangan bergaya 4-2 untuk melangkah ke Semi Final EURO 2012. 4 pemain bintang Jerman meletakkan Jerman melangkah ke Semi Final selepas masing-masing Philipp Lahm, Sami Khedira, Miroslav Klosse dan Maro Reus menjaringkan gol pada pertemuan dengan Greece pagi tadi.Pasukan yang akan menentang Jerman di Semi Final nanti antara England atau Italy yang akan diketahui pada pertemuan kedua-dua pasukan pada pagi Ahad nanti. 

Tahniah kepada penyokong-penyokong Jerman [ termasuk awak ] kemenangan 4-2 Jerman ke atas Greece sungguh manis sekali....InsyaAllah...perlawanan akhir nanti EURO 2012 adalah Portugal vs Jerman..


title

Senarai pemain Jerman: [ dari kiri]  : Holger Badstuberm Manuel Neuer,  Mats Hummels,  Sami Khedira,Jerome Boateng  Miroslav Klose. barisan bawah, dari kiri : Philipp Lahm,  André Schuerrle,  Marco Reus, Bastian Schweinsteiger

title

Jaringan gol Jerman yang dihasilan oleh pertahanan Jerman, Philipp Lahm menewaskan penjaga gol Greece, Michalis Sifaskis

title

Pemain tengah Jerman  Mesut Ozil merayakan jaringan yang dihasilkan oleh Philipp Lahm



title

Philipp Lahm menjaringkan gol pertama Jerman

title

Pemain tengah Jerman, Marco Reus  cuba mendapatkan bola di kaki pertahanan Greece,  Kyriakos Papadopoulos ( gambar atas kiri) dan Giannis Maniatis dan Sokratis Papastathopoulos ( kanan)

title

Penyerang Jerman Miroslav Klose dan André Schuerrle mengasak di kubu Greece pagi tadi

title

 Penyerang Greece  Dimitris Salpingidis (Kanan)  cuba mengasak pemain pertahanan Jerman Mats Hummels 

title

Penyerang Jerman André Schuerrle (kiri) dan Miroslav Klose merayakan gol pada perlawanan pagi tadi 

title

Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger ( kiri ) cuba menanduk bola, sambil dihalang oleh penyerang Greece,  Giorgios Samaras 

title

Penyerang Jerman Miroslav Klose cuba melorong bola sambil dikekang oleh pertahanan Greece Kyriakos Papadopoulos dan pemain tengah Greece Grigoris Makos ( gambar bawah)

title

Penyerang Jerman, André Schuerrle dan  Miroslav Klose melompat melepasi penjaga gol Greece Michalis Sifakis dalam memburu gol.

title

Gaya Philipp Lahm selepas beliau menjaringkan gol pertama Jerman pagi tadi

title

Gaya penyerang hebat Miroslav Klose , cuba melepasi pertahanan Greece Sokratis Papastathopoulos 

title

Pertahanan Greece Vassilis Torosidis menendang bola bagi mengeluarkan bola dalam keadaan bahaya sambil diperhatikan oleh pernyerang Jerman Miroslav Klose

title

Pemain tengah Jerman melepaskan sepakan padu dalam menjaringkan gol untuk Jerman pagi tadi



title


Penyerang Greece Giorgios Samaras menjatuhkan pemain Jerman Sami Khedira pagi tadi


title

 Miroslav Klose dan  André Schuerrle cuba mendapatkan bola di gawang gol Greece walaubagaimana pun sempat diselamatkan oleh penjaga gol Greece Michalis Sifakis



title 

Penyerang Greece Dimitris Salpingidis diasak oleh pemain tengah Jerman  Bastian Schweinsteiger dan Philipp Lahm

title 

pemain tengah Jerman  Marco Reus (kanan) menyepak bola sambil dikejar oleh pertahanan Greece 
Giorgos Tzavellas

title 

pemain tengah Jerman Mesut Oezil ( kanan)  diasak oleh pemain pertahanan Greece 
Giannis Maniatis dalam perebutan bola pagi tadi

 
title 

pemain tengah Jerman  Sami Khedira melepaskan tendangan padu ke gawang gol Greece pagi tadi




title 

Penyokong2 Jerman merayakan pasukan Jerman berjaya melangkah kaki ke Separuh Akhir selepas menewasakan Greece 4-2 pagi tadi.






Jumaat, Jun 22, 2012

[ 16 Photos] : Portugal vs Czech Republic in Euro 2012



title


Inilah tandukan emas Cristiano Ronaldo yang membawa Portugal melangkah ke Separuh Akhirr selepas menang 1-0 dengan Rep. Czech pagi tadi. Gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dalam minit ke 79 memberi kegembiraan jutaaan peminat Portugal [ termasuk saya]

title

 Cristiano Ronaldo merayakan gol yang dihasilkan pagi tadi 



title

 Cristiano Ronaldo yang begitu gembira selepas menjaringkan gol kemenangan Portugal


title

Pepe cuba mengasak pemain Rep. Czech, Jan Rezek dalam perebutan bola di pintu gawang Portugal pagi tadi

title

Perebuatan bola antara Cristiano Ronaldo dan pemain Rep.Czech, Theodor Selassie pagi tadi
title


Gaya seorang wira : Apabila Cristiano Ronaldo melakukan sepakan gaya "bicycle kick" namun melecong ke kanan gawang gol Rep.Czech.

title

Joao Moutinho, pemain Portugal dalam perebutan bola dengan Vladimir Darida pagi tadi
title

Gaya Cristiano Ronaldo sebaik saja tamat perlawanan suku akhir dengan Rep/Czech pagi tadi


title


Penjaga gol Rep.Czech Petr Cech, cuba menyelamatkan gawang gol selepas ditanduk oleh Cristiano Ronaldo

title


Fabio Coentrao, pemain Portugal membuat counter attack ke kubu Rep.Czech pagi tadi
title


Pemain Portugal, Pepe dikasari oleh pemain Rep.Czech, Milan Baros

title


Penjaga gol Rep.Czech Petr Cech hanya memandang gawang golnya dibolosi oleh tandukan cantik Cristiano Ronaldo

title


Stadium Kebangsaan Warsaw yang berlansungnya perlawanan antara Portugal vs Rep.Czech pagi tadi

title


Gelagat penyokong Portugal


title


                             
                                                         Gelagat penyokong Portugal

title

Gelagat penyokong Portugal


Khamis, Jun 21, 2012

[ cool ] Jom Lihat Stadium Al Ain Di UAE : Stadium Dalam Padang Pasir (8 Gambar)



Stadium Al Ain ialah sebuah stadium yang akan dibina di Al Ain UAE. Ianya sebuah stadium bolasepak dengan kapasiti penonton sebanyak 40 000. Stadium ini unik kerana ianya dibina di dalam padang pasir yang mengelilingi Al Ain. Ia dibina sebegini bagi memastikan ruang dalaman stadium sejuk secara semula jadi. Pihak jurureka MX Architech yang mereka stadium ini mendapat inspirasi rekaan daripada rekabentuk koloseum lama. Kos pembinaan dijangkan mencecah USD 953 Juta...Sungguh hebat Stadium Al Ain memang stadium yang mahal tetapi yang pasti ianya juga antara yang paling unik dan cantik di dunia






[ Ya Allah.] Gambar-gambar terkini di Syria yang bermandi darah, adakah kita menyedarinya? [ 14 gambar ]




Mengucap panjang saya apabila menatap gambar-gambar suasana di Syria yang terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria. Di bawah ini saya menyertakan kronologi dan sebab-sebab bagaimana konflik berdarah ini bermula..

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.

Angka sebenar kematian sukar diperoleh kerana jumlah diberikan oleh pelbagai sumber adalah berbeza.

Namun, dua kumpulan aktivis utama, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan meletakkan angka korban sebenar lebih daripada 8,000 orang.

2. Siapakah pemberontak di negara itu?

Kumpulan pemberontak di Syria tidak disusun dengan teratur, ia terdiri daripada Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) dan kumpulan berbeza yang bersatu hanya untuk mencapai matlamat menggulingkan pemerintahan rejim Assad.

Ia turut disertai puluhan ribu penduduk yang tidak pernah putus asa mengadakan protes di seluruh negara anjuran kumpulan aktivis di negara itu.

Gerakan anti-Assad tersebut pada mulanya berlangsung dengan aman tetapi akhirnya bertukar ganas selepas pasukan tentera bertindak menggunakan kekerasan.

3. Mengapa mereka menentang rejim Assad?

Kebangkitan rakyat itu tidak hanya menentang pemerintahan Assad tetapi dinastinya.

Bapa beliau, Hafez Assad turut terkenal kerana kekejamannya terhadap pemberontakan politik.

Pada 1982, bapa Assad telah menindas pemberontakan dilancarkan oleh Ikhwanul Muslimin di bandar Hama sehingga menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban.

Apabila bapanya meninggal dunia pada 2000, pelantikan Assad sebagai pemimpin yang sederhana berbanding pemerintahan kuku besi sebelum itu telah disambut baik, tetapi tidak lama kemudian pembaharuan awal tersebut bertukar menjadi cengkaman kuasa diktator.

Apabila protes bermula awal tahun lalu, kumpulan pembangkang hanya menuntut pembaharuan dalam kerajaan dan bukan pengunduran Assad.

Tetapi, selepas rejimnya melancarkan tindakan kekerasan, mereka mula mengadakn protes untuk menggulingkan presiden tersebut.

Bagaimanapun, Assad berjaya mengekalkan sokongan agak besar, puak Alawite telah menjadi penyokong terkuat beliau manakala puak Sunni berperanan sebagai tulang belakang revolusi itu dan hanya segelintir daripada mereka (golongan sekular dan atasan) menyokong kerajaan kerana khuatir akan berlaku huru-hara dan kebangkitan kumpulan pelampau di negara tersebut.

4. Bagaimana konflik itu bermula?

Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Keganasan semakin meningkat selepas pembangkang melancarkan serangan balas di kawasan kejiranan penduduk.

Tentera rejim Assad dan FSA sering bertempur sehingga menyebabkan angka korban meningkat dari hari ke hari.

Homs telah menjadi satu daripada lokasi utama kebangkitan rakyat yang kebanyakannya adalah puak Sunni di kawasan kejiranan Baba Amr.

5. Apakah tindakan negara antarabangsa untuk menghentikan keganasan tersebut?

Usaha negara antarabangsa untuk menamatkan konflik di Syria seakan tidak berhasil.

Tindakan Liga Arab menghantar kumpulan pemerhati mereka ke negara tersebut pada November lalu juga dlihat sebagai gagal kerana kerajaan Assad masih enggan mematuhi pelan damai yang dicadangkan organisasi antarabangsa itu.

Cadangan Resolusi Majlis Keselamatan PBB juga tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan dari Rusia dan China.

Arab Saudi dan Qatar bercadang untuk memberi bantuan ketenteraan tetapi Amerika Syarikat dan negara lain tidak menyokong cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak kerana khuatir ia akan menyebabkan pertumpahan darah menjadi lebih buruk.

Ini kerana Syria dikelilingi satu jaringan kompleks kesetiaan dengan kumpulan Hezbollah dan Iran di rantau tersebut.

Selepas pelbagai usaha menemui jalan buntu, Liga Arab memutuskan untuk menghantar bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan untuk mengadakan rundingan bersama Assad.

Semasa rundingan pertama, presiden itu menolak untuk mengadakan sebarang dialog politik kerana mendakwa ‘kumpulan pengganas bersenjata’ masih bermaharajalela di negara tersebut.

Matlamat Annan adalah cuba mengatur satu gencatan senjata dan mendapatkan laluan untuk agensi bantuan kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Syria yang sedang bergolak.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin kumpulan pembangkang termasuk ketua Badan Penyelarasan Pembangkang, Hassan Abdulazim.

Dalam satu kenyataan, Abdulazim menegaskan sebarang usaha untuk menyelesaikan krisis di Syria sepatutnya dilakukan selepas tahanan dibebaskan dan keganasan berakhir.

Bagaimanapun, misi selama dua hari ke Damsyik itu didakwa gagal memeterai sebarang perjanjian untuk menghentikan pembunuhan ke atas orang awam terutamanya wanita serta kanak-kanak di negara itu.

Sebaliknya angka korban terus meningkat sehingga memaksa ratusan penduduk melarikan diri ke Turki sejak Sabtu lalu.




































t

k