Jumaat, Jun 21, 2013

Demi Cinta, Gadis Ini Rela Wajahnya Dipenuhi Tato Nama Kekasih



Jakarta - Usia muda memang sangat mencabar lebih-lebih lagi apabila seorang itu dilanda mabuk asmara dan keputusan sesaat yang mampu jadi penyesalan seumur hidup. Gadis 18 tahun ini contohnya, mabuk cinta, dia rela wajahnya dipenuhi tato bertuliskan nama kekasih.hatinya

Lesya dari Saransk, Russia jatuh hati pada seniman tato bernama Rouslan Toumaniantz. Cinta yang begitu kuat kepada sang seniman tato, membuat dirinya rela ditato di wajahnya dengan huruf Gothic Script besar bertuliskan nama Rouslan, seperti dilaporkan The Sun.

Walaupun baru saling kenal kurang lebih 24 jam, Rouslan berjaya mencuri hatinya dan membuat gadis ini melakukan keputusan untuk mengukir tato itu pada wajah cantiknya. Mereka bertemu secara online  di Facebook dan akhirnya jatuh cinta.

"Semua untuk Rouslan," ia menuliskan di akaun Facebooknya. Dia juga menganggap hal ini adalah simbol dari kesatuan yang utuh dan ingin sang kekasih menato sekujur tubuhnya, tambah mahasiswi jurusan seni tersebut.

Kini, mereka berdua telah bertunang meskipun Rouslan memiliki sejarah yang kelam iaitu pernah mengukit tato di wajah bekas kekasihnya yang akhirnya didakwa di mahkamah, namun mahkamah membebaskannya kerana tato atas kerelaan bekas kekasihnya 

*moga2 tak ada gadis melayu yang ikut buat seperti di atas
sumber : sini


[ 5 gambar ] Replika Robot Transformers Yang Direka Daripada Bahan Terbuang


Yumimodal merupakan syarikat dari Thailand yang diketuai oleh Anchalee Saengtai, syarikat ini adalah syarikat yang pakar dalam pembinaan replika patung-patung Transformers yang terkenal di dalam filem-filem tu.. Apa yg menarik semua bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta replika2 ini semuanya daripada bahan-bahan yang terbuang... kira hebat tu kan.






[ 8 gambar ] Jom Lihat Tasik Yang Paling Cantik Di New Zealand


Lake Blue Lake di New Zealand merupakan tasik yang mempunyai  kejelasan air yang luar biasa, iaitu dengan 80 kaki kejelasan air di tasik tersebut

Rakyat tempatan, termasuk Maori, dipanggil Tasik Tikitapu. Tasik ini terletak di Nelson Lakes National Park, New Zealand.

Melihat Tasik Biru akan mengingatkan anda Sapphire kristal, indah dikenali untuk warna biru yang menarik. Tidak menghairankan, penyelidikan dari National Institute of Air dan Penyelidikan Atmosfera menunjukkan bahawa tahap penglihatan Tasik Biru pada 80 meter di atas permukaan air, ada masa boleh pergi ke New Zealand.!

blue-lake-nelson-4

blue-lake-nelson-1

blue-lake-nelson-3

blue-lake-nelson-2

blue-lake-nelson-000

blue-lake-nelson-002

blue-lake-nelson-003

blue-lake-nelson-008

sumber : Sini

Khamis, Jun 20, 2013

AYESHA FAROOQ : JURUTERBANG PESAWAT TEMPUR PAKISTAN YANG BEHIJAB


Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur. Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan. Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China. Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan. Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat. Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. Tambah respect hijab beliau tidak komplek! Tak perlu kerana helmet fighter jet beliau tidak pasti dimiliki oleh fashionista hijabista di luar sana. Ini baru hijabista yang boleh dijadikan contoh! 



sumber : Sini

Rabu, Jun 19, 2013

Alhamdulillah....bertambah seorang lagi anak buah saya : Muhammad Ammar Iman Harris


Syukur alhamdulillah..tepat jam 5.00pagi 14hb Jun 2013 bersamaan 05 Syabaan 1434H, lahirlah
seorang lagi anak buah saya yang sungguh comel ni... Namanya : Muhammad Ammar Iman Haris bin Razman Syah, berat 3.80kg alhamdulillah...semuanya selamat dan selepas 5 hari berada di Hospital Likas Sabah kerana jaundic,  petang tadi ibu dan baby ni dah dibenarkan pulang ke rumah..






Sabtu, Jun 15, 2013

Keadaan bumi kita pada 300 juta tahun yang lalu

Adakah anda tahu 300 juta tahun dahulu keadaan bumi kita seperti gambar di bawah ni.??..semua benua bercantum antara satu sama lain. Keadaan bumi ini dipanggil Pangaea.  Tanah ini berpecah-pecah bermula sejak 200 juta tahun yang lalu akibat daripada pergerakan kerak bumi, dan pergerakan ini masih berlaku hingga sekarang, kerana kerak bumi kita sentiasa berubah-ubah akibat berlakunya gempa bumi.

agak2 di mana Malaysia di dalam peta tersebut..??

[ 12 gambar ] Pesta Muzik Peringkat Negeri, Syabas Untuk Sekolah Saya..!

Tanggal 12/6/2013 yang lalu berlangsungnya Pesta Muzik Peringkat Negeri Sembilan bertempat di SMK Kampung Si Rusa, Port Dickson. Walaupun gagal mencapai tempat 3 terbaik namun kesungguhan para guru yang melatih murid-murid untuk membentuk pasukan tarian sekolah sangat membanggakan. Syabas kepada semua murid yang berjaya menaikkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Tak apa..tahun depan kita cuba lagi..ini baru permulaan.. Terima kasih kepada jurulatih cikgu Bida, Cikgu Siti Fatimah dan Cikgu Nor Suraya yang tak jemu2 melatih pasukan sekolah saya ini hingga mencapai ke peringkat negeri..Syabas..!



Psukan sekolah saya sedang membuat persembahan


memang best


sugguh berbakat sekali


sedang menunggu untuk membuat persembahan


antara sekolah yang terpilih menyertai


persaingan yg cukup sengit


memang berbakat


sebelum berangkat ke tempat pertandingan, posing dulu.!


kembar yang berbakat..


Siti Zahra, Aiman dan Hakimie


Gaya seperti juara...!


pasukan tarian sekolah saya

t

k