Jumaat, Ogos 21, 2015

Jom Lihat KEM PELARIAN ZAATARI : TEMPAT TINGGAL HAMPIR 100 000 PELARIAN SYRIA SEJAK 2012 (19 GAMBAR)


Peperangan Saudara di Syria sudah berlanjutan sejak 2011. Lebih daripada 3 Juta warga Syria sudah melarikan diri sejak peperangan bermula. Kem Pelarian Zaatari seluas 3.3kilometer persegi yang terletak di Jordan ini sudah dibuka sejak 2012. Kini ia menjadi bandar mini yang mempunyai segala kelengkapan sebuah banda sebenar. 

Kapasiti maksimum camp city ini sepatutnya 60 000 orang pelarian tetapi dianggarkan terdapat 83 000 pelarian yang menjadikannya tempat tinggal mereka. Sungguhpun ianya sebuah kem pelarian kini terdapat hospital, kedai runcit, dewan orang ramai, sekolah, sarang dadah dan rumah pelacuran di dalamnya. Just to show that life goes on even in wars. People will never change and to survive you got to do anything for sesuap nasi.




Sumber Wikipedia

Jom Lihat REKAAN PEJABAT GOOGLE SELURUH DUNIA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA JEALOUS (20 pics)


Google ialah syarikat teknologi ternama. Bermula sebagai syarikat carian kini ia menjadi syarikat sistem operasi mobil, komputer, kereta dan juga hiburan. Pejabat mereka berada di seluruh dunia dan terkenal dengan rekaan tidak konvensional. Rekaan dalaman mereka lebih certa, santai, aneh dan memastikan pekerja sentiasa happy. Apabila happy produktiviti meningkat dan keuntungan melambung naik. Malangnya trend pejabat cool seperti Google ini tidak digunakan pada majoriti syarikat lain di Malaysia.





Jom Lihat BAD BOYS FC : 9 PERISTIWA BERSEJARAH BOLA SEPAK DIHASILKAN SEMULA MENGGUNAKAN KANAK-KANAK


Beckham menendang Simeone, Maradona menampar bola dan Zidane menanduk rusuk The Matrix sehingga tergolek-golek adalah tiga peristiwa bersejarah yang kami tonton sendiri di kaca TV. 

Kesemua insiden ini diingati oleh peminat bolasepak kerana ianya ikonik. Jurugambar George Logan menghasilkan kesemua insiden di atas dan beberapa lagi peristiwa bersejarah dengan menggunakan kanak-kanak di dalam karya beliau Bad Boys FC. Hasilnya adalah quite nice. Suarez menggigit Chiellini masih lagi komikal dan Cantona menendang peminat Crystal Palace masih lagi Ooh Ahh Marvelous! Adakah anda dapat mengenalpasti kesemua insiden yang dihasilkan di bawah?



Sumber BazandTom

Khamis, Ogos 20, 2015

Jom Lihat POTRET PENUMPANG KERETAPI JEPUN YANG TERSEPIT (7 GAMBAR)


Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kami yakin anda pernah melihat gambar penumpang keretapi Jepun yang dipadatkan kedalam gerabak oleh penjaga platform bagi membenarkan pintu gerabak ditutup. Michael Wolf, seorang jurugambar dari Jerman mengambil gambar-gambar di bawah untuk siri foto beliau yang diberia nama Tokyo Compression.

Adakah anda sanggup menaiki keretapi jika setiap hari anda harus berhimpit seperti warga Tokyo?




Laporan asal 
Laughing Squid

Jom Lihat Resort "Perkhemahan" Mewah Di Australia



Perkemahan jarang kita kaitkan dengan kemewahan. Bila berkemah kita selalunya bertilamkan lantai hutan dan berbantalkan lengan. Tetapi jika anda mahukan pengalaman berkhemah secara mewah anda boleh pergi ke Longitude 131 di Australia. Ianya terletak di dalam Taman Negara Uluru-Kata Tjuta dan terdiri dari 15 "khemah" mewah. Anda dapat menikmati pemandangan indah Ularu Rocks dan menghirup udara yang bersih tanpa penceramaran. Here is the catch though, harga penginapan semalam bermula dari AUSD 2070 (RM 6621). 


JOM LIHAT ISTANBUL CAMLICA MOSQUE : MASJID CENGKERANG SIPUT (18 GAMBAR)


Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000 jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi. 

Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional. Sangat cool!



Laporan asal ArchDaily

Ahad, Ogos 16, 2015

puisi # kata





di pintu tunggu
kata itu malu
hendak mengetuk
atau berlalu?
dia mengharap sebuah puisi manis
mengintip dari balik teralis
“setidaknya begitu inginku,”
sapanya pada ragu

tapi pintu begitu tunggu
dan malu hadir selalu

kerana tak sabar lagi,
kata itu pun pergi

t

k