Sabtu, Ogos 22, 2015

Tazkirah Pagi : Kemuncak Malam Pertama Di Dunia Dan Di Alam Kubur.




Pagi ini Tazkirah  saya bertajuk : Kemuncak Malam Pertama Di Dunia Dan Di Alam Kubur.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan termasuk kapada saya juga dan sahabat-sahabat yang lain, yang singgah di sini..

Inginkan malam yang romantis bersama suami tersayang? Banyak caranya yang anda boleh lakukan untuk memastikan momen itu amat bermakna bagi anda berdua. Malam yang memiliki seribu keunikan yang boleh menghangatkan kasih dan sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis ada menyebutkan bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menebarkan rahmat-Nya kepada seluruh mahkluk yang mengambil kesempatan berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ..” Tuhan kami (dengan rahmat-Nya) turun ke langit dunia pada tiap-tiap malam, iaitu ketika masih tersisa dari malam hari sepertiga terakhirnya, lalu berfirman..” Barang siapa yang berdoa kepada-KU, maka AKU perkenankan baginya, barangsiapa yang meminta kepada-KU, maka AKU memberikannya, barang siapa yang meminta ampun kepada-KU, maka AKU akan mengampuninya” ( Hadis riwayat a-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya hanya rahmat dari Allah SWT saja yang boleh meyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar, saat menahan kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT? Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat-Nya.

Allah SWT mencintai kita sepanjang masa, bukan terbatas kepada waktu malam sahaja. Tetapi momen yang paling bermakna itu lebih terasa di hati pada saaat malam berlabuh. Keikhlasan cinta itu terbukti ketika seorang hamba bersendirian menghadap-Nya, rela memuji-Nya dalam sujud dan rukuk, doa dan zikir yang tidak putus ketika orang lain lena dibuai mimpi. Ada satu malam, anda dan suami akan merasakan kenikamtan menjadi hamba Allah SWT yang meraih cinta tertinggi milik-Nya. Siapakah pengantin yang sangat beruntung itu?

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian,

Anda tidur di sisi suami yang dikasihi, bebas memeluknya sambil berbual manja. Di bahunya ada menangis dan tertawa, tangan sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan. Begitulah malam-malam yang anda dan suami lalui bersamanya. Tetapi bagaimana nanti melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu, tangisan yang tidak akan dapat dipujuk lagi, ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di manakah suami tempat curahan kasih?. Sampai hati dia meninggalkan anda seorang diri. Sunyi gelap dan sempit.

Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rindu kepada kekasih hati, datang pula UTUSAN Allah swt membawa berita yang menakutkan. Siapakah yang akan menjaga seorang isteri dari kengerian alam kubur? Di manakah suaminya yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini dari kekejaman dan kerakusan ula tanah, cacing, tikus, kala jengking dan lipan?. Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikan itu. Di manakah suaminya? Hanya amal soleh yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang ini.

Sahabat-sahabat semua,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, ” Jika salah seorang antara kalian meninggal dunia, ditaampakkan kepadanya tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk penghuni syurga, maka dia menjadi penghuninya. Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya, inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya iman dan amal soleh sahaja yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap hari sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur. Ingatlah malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikmati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terlena oleh kenikmatan sesaat hingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di akhirat nanti..

Sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari ganguan orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang kerana Allah SWT, hati sang isteri yang ikhlas melahirkan sikap taat dan reda kepada suaminya semata-mata kerana Allah SWT.

Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan yang panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang soleh yang sujud kepada Allah SWT. Apabila malam menyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasinya dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman-kuntuman doa harum di sudut hati.

Bacalah dengan mata hati….Insya-Allah..mungkin akan mudah difahami…Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua…amin.

Wasalam..

Jumaat, Ogos 21, 2015

Jom lihat MUZIUM TITANIC : LENGKAP DENGAN TITANIC SKALA SEPARUH (12 GAMBAR)



Di bawah ini ialah Muzium Titanic yang terletak di Pigeon Forge, Tennessee. Ianya muzium yang berbentuk bahagian depan Titanic pada skala separuh. Didalam muzium ini pelbagai artifak yang dibawa naik oleh Titanic Inc dipertontonkan kepada umum. Titanic Inc juga mempunyai satu lagi muzium serupa di Branson, Missouri.







Laporan asal DailyMail

Jom Lihat GELANDANGAN DELHI BERHAMPIRAN MASJID JAMA (18 GAMBAR)


Masjid Jama di Delhi ialah antara masjid tertua di India. Dibina pada tahun 1644 of Shah Jahan, masjid ini boleh menampung sebanyak 85000 orang jemaah pada satu-satu masa. Berhampiran masjid ini terdapat sebuah kawasan lapang yang didiami gelandangan India. Setiap hari ratusan gelandangan tidur beratapkan bintang. Tambah sadis lagi bila ratusan hamba Allah ini terpaksa berkongsi "tandas" yang serupa naharom. Sungguhpun berjuta rakyat India hidup dengan seba kedhaifan tanpa akses kepada tandas (dianggarkan 700 juta orang kesemuanya) kerajaan India masih membelanjakan jutaan dollar setiap tahun membeli peralatan ketenteraan.









Laporan asal ChinaSmack

Jom Lihat KEM PELARIAN ZAATARI : TEMPAT TINGGAL HAMPIR 100 000 PELARIAN SYRIA SEJAK 2012 (19 GAMBAR)


Peperangan Saudara di Syria sudah berlanjutan sejak 2011. Lebih daripada 3 Juta warga Syria sudah melarikan diri sejak peperangan bermula. Kem Pelarian Zaatari seluas 3.3kilometer persegi yang terletak di Jordan ini sudah dibuka sejak 2012. Kini ia menjadi bandar mini yang mempunyai segala kelengkapan sebuah banda sebenar. 

Kapasiti maksimum camp city ini sepatutnya 60 000 orang pelarian tetapi dianggarkan terdapat 83 000 pelarian yang menjadikannya tempat tinggal mereka. Sungguhpun ianya sebuah kem pelarian kini terdapat hospital, kedai runcit, dewan orang ramai, sekolah, sarang dadah dan rumah pelacuran di dalamnya. Just to show that life goes on even in wars. People will never change and to survive you got to do anything for sesuap nasi.




Sumber Wikipedia

Jom Lihat REKAAN PEJABAT GOOGLE SELURUH DUNIA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA JEALOUS (20 pics)


Google ialah syarikat teknologi ternama. Bermula sebagai syarikat carian kini ia menjadi syarikat sistem operasi mobil, komputer, kereta dan juga hiburan. Pejabat mereka berada di seluruh dunia dan terkenal dengan rekaan tidak konvensional. Rekaan dalaman mereka lebih certa, santai, aneh dan memastikan pekerja sentiasa happy. Apabila happy produktiviti meningkat dan keuntungan melambung naik. Malangnya trend pejabat cool seperti Google ini tidak digunakan pada majoriti syarikat lain di Malaysia.





Jom Lihat BAD BOYS FC : 9 PERISTIWA BERSEJARAH BOLA SEPAK DIHASILKAN SEMULA MENGGUNAKAN KANAK-KANAK


Beckham menendang Simeone, Maradona menampar bola dan Zidane menanduk rusuk The Matrix sehingga tergolek-golek adalah tiga peristiwa bersejarah yang kami tonton sendiri di kaca TV. 

Kesemua insiden ini diingati oleh peminat bolasepak kerana ianya ikonik. Jurugambar George Logan menghasilkan kesemua insiden di atas dan beberapa lagi peristiwa bersejarah dengan menggunakan kanak-kanak di dalam karya beliau Bad Boys FC. Hasilnya adalah quite nice. Suarez menggigit Chiellini masih lagi komikal dan Cantona menendang peminat Crystal Palace masih lagi Ooh Ahh Marvelous! Adakah anda dapat mengenalpasti kesemua insiden yang dihasilkan di bawah?



Sumber BazandTom

Khamis, Ogos 20, 2015

Jom Lihat POTRET PENUMPANG KERETAPI JEPUN YANG TERSEPIT (7 GAMBAR)


Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kami yakin anda pernah melihat gambar penumpang keretapi Jepun yang dipadatkan kedalam gerabak oleh penjaga platform bagi membenarkan pintu gerabak ditutup. Michael Wolf, seorang jurugambar dari Jerman mengambil gambar-gambar di bawah untuk siri foto beliau yang diberia nama Tokyo Compression.

Adakah anda sanggup menaiki keretapi jika setiap hari anda harus berhimpit seperti warga Tokyo?




Laporan asal 
Laughing Squid

t

k