Jumaat, Ogos 14, 2015

Jom lihat 10 Tempat Paling Terlarang Untuk Dimasuki Di Muka Bumi ( 10 gambar)



Tidak banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat terlarang di muka bumi ini. Bagi sesiapa sahaja yang nekad untuk mencuba masuk, pastinya nyawa mereka bakal menjadi taruhan.


Memetik dari laman pulptastic.com, di bawah adalah senarai 10 tempat paling terlarang di dunia untuk anda lawati.


#10. Pulau Gunung Berapi Surtsey





Surtsey adalah adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di luar pantai selatan Iceland. Ia mula wujud selepas letusan gunung berapi yang bermula pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1967. 


#9. Mount Weather




Pusat Operasi Kecemasan Cuaca Gunung atau lebih dikenali sebagai ‘Mount Weather’ adalah sebuah pusat dimana tidak ada sesiapa pun orang awam yang boleh melawati tempat ini. Terletak di Virginia Amerika Syarikat. Pusat itu adalah sebagai penempatan semula pegawai peringkat tertinggi tentera jika berlaku bencana alam terbesar negara


#8. Mezhgorye




Mezhgorye adalah sebuah bandar tertutup di Republik Bashkortostan, Russia. Dikatakan bahawa orang-orang yang tinggal di bandar tersebut terlibat dengan bidang pekerjaan yang dirahsiakan sekitar Gunung Yamantaw. Gunung tersebut disyaki menjadi lokasi program nuklear yang merupakan tempat penyimpanan khazanah negara Rusia, sehingga kini kawasan tersebut adalah sulit. Dakwaaan samada wujud loji nuklear benar atau tidak, tiada siapa yang tahu.


#7. Metro-2




Metro-2 adalah sistem bawah tanah rahsia yang tidak asing lagi dengan penduduk Moscow. Ia dibina oleh Joseph stalin dan sehingga kini ada khabar angin mengatakan ia masih dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Rusia.

Terowong Metro-2 berfungsi untuk menghubungkan Kremlin dengan Ibu Pejabat Perkhidmatan Keselamatan Perekutuan Rusia. Ia juga sebagai tambahan lokasi rahsia lain yang amat penting untuk negara pada era pemerintahan Stalin


#6. North Sentinel Island





Sebuah Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan orang asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak yang dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar masuk ke dalam masyarakat mereka.

Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini.

Cubaan sekumpulan pengkaji untuk datang melawat ke kawsan puak ini disambut dengan anak panah dan tombak dan lebih tragik lagi pada tahun 2006 dua orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di pulau terebut.


.#5. Arkib Rahsia Vatican




Arkib ini menempatkan sebahagian besar rahsia sulit pemimpin dan Raja Eropah sekitar tahun 1881. Antara yang tersimpan adalah dokumen sulit King Henry VIII dari England.


#4. Pulau Ular, Brazil


Dari namanya sahaja, anda boleh tahu pulau ini merupakan pulau yang sangat berbahaya. Pulau yang terletak di pantai Sao Paolo, Brasil ini menjadi rumah bagi sekitar 4.000 ular paling berbisa di dunia.

Pulau ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling beracun di dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak ular berbisa lain yang mendiami pulau bernama Ilha de Queimada Grande .

Pemerintah Brazil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau itu. Namun masih ada saja yang nekad untuk mencuba masuk masuk, akibatnya ada orang yang dilaporkan hilang ataupun telah meninggal dunia di sana.



#3. Woomera, Australia




Kawasan Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang awam. Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia. Sebabnya adalah kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk melakukan uji kaji terhadap senjata berbahaya, bermula dari roket sehingga senjata nuklear.

Jadi masuk kawasan ini tanpa kebenaran boleh membunuh anda ketika waktu uji kaji dilakukan. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pemerintah Australia


# 2. Havenco, England


Tempat yang dibina pada tahun 2000 ini awalnya adalah pusat penyimpanan data, penyedia server internet, dan sehingga proses enkripsi.

Pelanggan HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman kerana laman webnya memiliki kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan seseorang seperti pornografi , spam, dan hacking. Namun, pada tahun 2008, tempat ini telah ditutup setelah berlaku masalah pada sistem operasi utamanya. Tempat ini masih menjadi misteri dan tetap sulit untuk dimasuki oleh orang awam.


#1. Area 51




Negara Amerika sangat terkenal dengan rahsia sulit kerajaan mereka. Termasuklah Area51 yang terletak di Nevada ini. Tujuan utama kawasan ini dibina masih dibincangkan sehingga kini. Khabar angin mengatakan pusat tersebut dicipta untuk membangunkan teknologi rahsia buatan Amerika Syarikat. 

( 5 pics),Kartel Dadah Mexico Guna Meriam - Teknik Baru Seludup Dadah



Memang kreatif kartel dadah ni, dari laluan bawah tanah ke perut burung ke televisyen dan kini pula menggunakan meriam untuk seludup dadah. Mereka akan melepaskan tembakan untuk memastikan dadah yang dimasukkan ke dalam tong akan melepasi sempadan Mexico dan AS di Arizona. Namun beberapa hari lepas, pihak berkuasa berjaya menjumpai 30 tong yang tak berjaya melepasi sempadan itu.






macam-macam hal


Khamis, Ogos 13, 2015

Tanda-tanda kebesaran Allah SWT di bumi






Dalam kehidupan kita sehari-hari, salah satu benda yang kita tak dapat nak nafikan ialah betapa pentingnya "sebuah tanda" kepada kita. Setiap hari kita bertemu dengan pelbagai tanda, paling tidak pun bermacam-macam papan tanda kita temui di sepanjang perjalanan kita ke sekolah contohnya. Ada papan tanda menyuruh kita berhati-hati semasa memandu, ada papan tanda meminta kita berhenti kerana ada simpang di hadapan dan banyak lagi.


Begitulah dengan kehidupan ini, dihujani dengan pelbagai tanda. Kita berada di bumi Allah SWT ini dipenuhi tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Bila kita melihat semua ini pasti bagi yang mengerti akan dapat mengetahui betapa Maha Besarnya rahmat Allah SWT kepada kita. Allah SWT menciptakannya seumpama permadani yang terhampar dan dibentangkannya untuk hamba-hambaNya, dan di dalamnya Allah SWT menyediakan keperluan kita, rezeki, makanan dan keperluan hidup kita


Teringat firman Allah SWT dalam surah Al-Jatsiyah (45) : 3) " Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman". Setiap putaran dan peredaran bumi mengelilingi matahari telah dirancang dengan teliti oleh Allah SWT. khusus untuk kita hambaNya. Dengan jarak 148 juta km jarak matahari jauhnya ke bumi adalah jarak yang sangat sesuai untuk hidupan hidup di muka bumi ini. Untuk mengetahui lebih lanjut kita boleh membaca buku yang berjudul ‘The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal The Unmistakable Identitiy of The Creator, salah seorang ahli astronomi Amerika Syarikat yang bernama Hugh Ross yang telah banyak mengupas dari segi sains hal ini. Jarak untuk cahaya matahari sampai ke bumi ialah dalam lingkungan 8 minit, dan jika jarak bumi dari matahari terlalu jauh,bumi akan menjadi beku menyebabkan semua makhluk di bumi tidak dapat hidup, begitu juga jika terlalu dekat jaraknya,bumi akan terlalu panas sehingga dan akan menjadikan bumi ini kontang dan tandus.


Tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kedua ialah berkaitan dengan graviti bumi. Graviti ialah daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti jugalah yang menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.Daya graviti bumi memang dicipakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT.Graviti permukaan di bumi seringkali dinyatakan sebagai rasio dengan ketentuan yang berlaku di bumi. Jika graviti bumi terlalu kuat, atmosfera bumi akan dipenuhi dengan gas-gas beracun dan jika terlalu lemah pula, bumi akan kehilangan udara sehingga kita tidak mampu hidup di bumi ini.


Atmosfera bumi terdiri daripada nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%)dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya.Atmosfera bumi melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam.


Begitu juga dengan daya tarikan graviti bumi terhadap bulan. Bulan yang ditarik oleh gaya graviti bumi tidak jatuh ke bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarikan menarik antara graviti bumi dan bulan. Hal ini menyebabkan bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3,8cm/tahun, dan jika graviti bulan ke atas bumi ini terlalu besar, kesan di bumi akan berlakunya pasang surut air laut yang tidak menentu, negara-negara seperti Paksitan, India malah di seluruh dunia akan ditenggelami oleh air laut, dan jika daya graviti bumi ke atas bulan lebih kecil akan memberi kesan kepada orbit bulan dan jika ini berlaku ketidakstabilan bumi dan perubahan iklim yang teruk di bumi.


Bukti kebesaran Allah SWT yang seterusnya ialah lapisan kerak bumi.Kerak bumi adalah lapisan terluar bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak lautan dan kerak benua. Kerak lautan mempunyai ketebalan sekitar 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan sekitar 20-70 km. Penyusun kerak lautan yang utama adalah batuan basalt, sedangkan batuan penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebahagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km. Jika terlalu tebal kerak bumi, akan memberi kesan ke atas oksigen dan oksigen akan terlepas di atmosfera dan jika kerak bumi terlalu menipis akan memberi kesan kepada aktiviti tektonik dan vulkanik ( gempa bumi akan berlaku setiap hari di seluruh dunia)


Inilah tanda-tanda kebesaran Allah yang membuktikan Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang ke atas ciptaanNya di bumi ini. Kita perlu banyak bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya ini. Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang boleh kita renungkan.Semoga kita beroleh rahmatNya seluas-luasnya...In sha Allah.



Sabtu, Ogos 01, 2015

Panda tipu hamil nak layanan istimewa





Taipei: Seekor panda di sebuah zoo di sini, berpura-pura hamil kerana mahu dipindahkan ke tempat kurungan lebih baik pada musim panas ini.

Yuan Yuan, satu daripada dua panda yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh kerajaan China pada 2008 sebelum ini menunjukkan tanda hamil, termasuk hilang selera makan dan rahimnya yang semakin menebal sejak 11 Jun.

Bagaimanapun, pakar panda dari China yang melakukan pemeriksaan ultrabunyi terhadap panda itu mendapati Yuan Yuan tidak hamil, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Panda berusia 11 tahun itu menjalani permanian berhadas pada 26 dan 27 Mac lalu, menurut jurucakap zoo.

Tanda-tanda kehamilan mula hilang dengan tahap selera makan dan tingkah laku Yuan Yuan kembali normal selepas dia ditempatkan di dalam kurungan lebih baik.

Panda yang hamil di zoo itu dipindahkan ke tempat kurungan khas yang dilengkapi pendingin udara, menerima bantuan tambahan ketika makan dan diberi tumpuan sepanjang masa.

Penyelidik percaya Yuan Yuan, selepas meneliti perubahan dalam layanan yang diterimanya ketika hamil pada Julai 2013, menunjukkan tingkah laku serupa ketika hamil supaya dia boleh ditempatkan dalam kurungan berhawa dingin ketika musim panas.

Penyelidik bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan bagaimana rahim Yuan Yuan boleh menebal.
Bagaimanapun, ini bukan kes pertama.

Beberapa bulan lalu, panda bernama Ai Hin memperdaya pegawai di Pusat Kajian Pembiakan Chendu dengan berpura-pura hamil untuk mendapatkan layanan istimewa.

Pegawai sebelum itu merancang mengadakan siaran secara langsung menerusi televisyen untuk menyiarkan saat Ai Hin melahirkan anak. - Agensi

sumber :

klik sini

Jumaat, Julai 31, 2015

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Hari Ini




Cikgu Husin

Ustaz Mohd.Dino


Cikgu Sharifah Azlin


YDP, En.Azizi, En.Asmi, En.Mohd.Yusuf dan Tuan Guru Besar




mantan Guru Besar ( Tn.Hj.Daud bin Ahamad)

 
En.Abd.Halim bin Hj.Yazlid YDP memberi ucapan





Syukur alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT  sekolah saya hari ni berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang juga disertai oleh para ibu bapa yang sempat hadir untuk memeriahkan sambutan. Terima kasih juga kepada Guru Besar, semua guru dan kakitangan sekolah yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, tanpa kerjasama semua pihak pasti majlis ini tidak berjaya dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada mantan Guru Besar, Tuan Daud bin Ahamad, Yang Dipertua PIBG, En.Abd.Halim bin Haji Yazid serta Naib Yang Dipertua PIBG, En.Mohd.Shahrom yang sudi hadir pada majlis ini..

Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua..In sha Allah....




Isnin, September 01, 2014

Windowless Jet Makes You See Panaromic View Outside of It! I Totally Want to Ride This!









Technicon Design's new Ixion private jet concept replaces windows with flexible screens that can display immersive, panoramic views of the outside environment on interior cabin walls and ceiling. Cameras mounted on the plane's main body and wings capture the surrounding vistas, allowing passengers to have an unparalleled, 360° view of breathtaking scenery like endless blue skies, deep ocean waters, remote mountains, or the glitter of city lights below. The high-resolution, low-voltage display is powered by solar panels placed on the roof of the plane.

In addition to the unique windowless design, the interior of the jet is filled with other innovations. Parallax barrier technology allows multiple displays on one screen, making it possible for passengers to simultaneously participate in video conferences while admiring the panoramic view. Gestural technology simplifies controls, allowing passengers to engage with their environment with easy hand movements.

"The user experience is greatly enhanced by directly engaging the passengers with the environment outside, to the point of exhilaration by giving an unhindered panoramic view from the inside," said Technicon design director Gareth Davies. "The ethos of the project is simple, to challenge current thinkin


Sabtu, Ogos 30, 2014

Kisah Detik-Detik Kejatuhan Melaka Kepada Portugis Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 57 ( Kali Pertama Dijajah)



Kepada sesiapa yang melawat negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, pasti akan sudah pergi ke kota pertahanan paling Masyhur iaitu, Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis sebaik saja Portugis berjaya menewaskan Melaka pada tahun 1511.

Kota A Famosa telah dibina oleh Alfonso Albuquerque pada 25hb Julai tahun 1511 kerana panglima Portugis ini sangat takut akan serangan balas tentera-tentera Melaka. Kota ini mempunyai 5 penjuru dan di dalamnya  dibina sebuah bandar dia tas bukit sebelah kiri Sungai Melaka. Setiap penjuru kota dibina bangunan setinggi 5 tingkat berbentuk kubu yang akan dikawal oleh tentera Portugis 24jam sehari selama 130 tahun iaitu ( 1511-1641) dengan bersenjatakan meriam berkuasa tinggi ( senjata masa tersebut).

Kota A Famosa ini membawa kepada kemegahan Portugis dan keselamatan Portugis selama 130 tahun di bumi Melaka yang mashyur ini. Tetapi untuk membina kota A Famosa yang teguh ini bangsa Melayu terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan harga diri yang tidak dapat diganti seumur hidup hingga ke hari ini. Makam-makam sultan Melaka semenjak Parameswara, Megat Iskandar Shah Sultan Muhammad Syah, Sultan Abu Shaid,Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Bendahara-bendahara Melaka yang terkenal, kerabat-kerabat Sultan Melaka, serta pembesar-pembesar negeri Melaka yang terdapat di sekitar istana sultan Melaka ( kini Bukit St.Paul) menjadi korban, telah dimusnahkan dan batu-batu nisannya telah digunakan untuk membina kota A Famosa kota Portugis di masa tersebut.

Lebih menyayat hati, Alfonso De'  Abuquerque, panglima tentera Portugis di masa tersebut telah memberi arahan supaya apa saja tanda-tanda yang berkaitan dengan kota Melaka dimusnahkan, dibakar tanpa tolak ansur lagii.

Demi untuk membina kota Melaka, A Famosa, segala macam batu kubur, dipunggah, semua tulang-tulang dikorek dari makam-makam Sultan Melaka dan dimusnahkan tanpa perasaan belas kasihan lagi. Kerana kegilaan Alfonso, Istana Sultan Melaka yang paling cantik di alam nusantara di masa tesrebut dibakar, kitab-kitab lama semanjak Megat Iskandar Shah ( 1400-1424 dihumban ke dalam api.

Segala mcm barang-barang milik Sultan Melaka turun temurun , serta pelabagai hadiah dari Maharaja China, Maharaja Ming dan dari raja-raja Islam kepulauan Jawa, dari Benua India, Siam dan segala macam surat-surat bersejarah termasuk gading gajah bersalut emas hadiah daripada Maharaja India telah diambil oleh Alfonso de Abuquerque dan seterusnya diserahkan kepada Raja Portugal, Raja Manuell II.

Tetapi impian Alfonso de Abuquerque tidak kesampaian apabila kapal "Flor La Mar" kapal perang Portugis yang terkenal hebat itu  karam di Tanjung Tuan, Port Dickson apabila kapal tersebut karam dan tenggelam sewaktu dalam pelayaran ke Goa, India.Ramai askar-askar Portugis mati tetapi panglima Portugis tersebut, Alfonso de Abuquerque telah selamat.

Selama 130 tahun bertapak di bumi Melaka, Portugis mengangkut segala isi bumi Melaka untuk di bawa ke Libson, ibu kota Portugal sebbagai persembahan kepada Raja Portugis, Raja Manuell II. Sejarah telah mencatatkan sepanjang tempoh penjajahan, lebih beribu-ribu misi perdagangan dari Melaka ke Portugal berulang alik dengan menjadikan Goa di India sebagai pelabuhan persinggahan sebelum meneruskan perlajanan ke Portugal.

Sepanjang Portugis berada di Melaka, Portugis kerap kali diserang dari pelbagai sudut silih berganti tahun demi tahun sama ada di jalan laut dan jalan darat digunakan, namun kota A Famosa inilah yang menjadi penyelamat semua serangan-serangan ini.

Kota A Famosa adalah buah tangan Alfonso de Abuquerque yang ternyata begitu ampuh untuk menahan apa saja serangan dari setiap penjuru. Bermula dari tahun 1512 lagi, saki baki angkatan perang Melaka yang dipimpin oleh Sultan Mahmud Shah melakukan begitu banyak serangan untuk merampas semula Melaka daripada Portugis namun masih tidak berjaya. Sultan Melaka terakhir itu merasa putus asa dan baginda mangkat di Kampar pada tahun 1529.

Selepas itu, serangan diteruskan pula oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II, Sultan Johor pertama putera Sultan Mahmud Syah, malangnya serangan ini pun gagal juga menawan Melaka. Kemudian baginda mendapat bantuan daripada tentera Bugis serta Riau untuk menyerang dan menawan kembali Melaka tetapi masih gagal.

Kemudian dalam tahun 1620, Acheh sebuah negara Islam yang telah menjadi begitu kuat cuba untuk menawan Melaka membebsakan Melaka daripada penjajahan Portugis, tetapi tetap gagal.dan angkatan Acheh pulang dengan kekecewaan dan separuh angkatan Acheh berkubur di lautan Selat Melaka.

Akhirnya dalam tahun 1641, barulah Portugis berjaya dikalahkan, itupun bukan disebabkan kegagalan Kota A Famosa , sebaliknya kerana kebuluran dan wabak penyakit malaria yang menyebabkan ribuan askar Portugis dan orang awam mati di dalam kota tersebut.

Belanda begitu bijak, Belanda memang tahu yang Portugis bukan mudah untuk dikalahakan dan Belanda telah menyekat laluan di Selat Melaka sehingga ramai yang kebuluran. Pihak Belanda telah menyekat laluan kapal ke Melaka selama 6 bulan lamanya, barulah Portugis menyerah kalah dan Gabenor Portugis telah menyerah kalah kepada Belanda pada 16hb Januari 1641.


Kesimpulannya:

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 esok, sama-samalah kita bersatu padu menjaga tanah tumpah darah kita ini tidak dijajah lagi. Jangan biarkan ada anasir-anasir luar yang cuba menggugat kedamaian dan keharmonian negara kita yang bertuah ini.....

t

k