Khamis, Februari 28, 2013

tak ada yang lebih dingin dari hujan malam ini..




tak ada yang lebih dingin dari hujan malam ini.... kerana setiap rintiknya adalah huruf-huruf yang tersusun menjadi kalimat-kalimat yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

tak ada yang lebih dingin dari hujan malam ini kerana setiap derai air yang jatuh dan pada sekujur rinainya adalah puisi tua yang tercerai berai maknanya, . jua kerana pada setiap dingin yang ditampiaskan adalah kenangan yang diketepikan dengan enggan. dan gemuruh yang menyertai adalah tentang hati yang usang dan berderakan....inilah bicara sebuah hujan malam ini..




[ sadis ] GAMBAR APARTMENT SEMPIT PENGHUNI MISKIN DI HONG KONG


Mengikut kajian majalah The Economist, Hong Kong ialah bandar yang paling bagus didiami untuk tahun 2012. Sungguhpun begitu dianggarkan lebih 100 000 warga Hong Kong hidup di dalam apartment mikro sebesar 40 meter persegi kerana kemiskinan. Bagi mendedahkan taraf kehidupan penduduk yang kedhaifan ini Society for Community Organization, mengadakan kempen kesedaran bagi melobi kerajaan Hong Kong untuk membina rumah kos rendah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Gambar apartment mikro di ambil dari atas menggunakan kamera berlensa wide angle yang kemudiannya dijadikan poster.

Gambar di bawah diambil oleh jurugambar dari Jerman, Michael Wolf yang bergerak aktif dalam Society for Community Organization di Hong Kong


hong-kong-cubicle-dwellers-2

hong-kong-cubicle-dwellers-1

hong-kong-cubicle-dwellers-3

hong-kong-cubicle-dwellers-5

hong-kong-cubicle-dwellers-5


PENEMBAK HENDAP LAGENDA USA MATI DITEMBAK DI LAPANGAN SASAR



Kisah Chris Kyle (39) adalah seorang bekas Seal Team Three menjadi penembak hendap paling handal dalam sejarah ketenteraan USA kerana berjaya membunuh 255 musuh sepanjang beliau ditugaskan di Iraq. Kehebatan beliau menjadi igauan pejuang Iraq sehingga beliau diberikan nama samaran Si Syaitan Ramadi. Selepas perang berakhir beliau melakukan banyak acara untuk mengutip derma untuk bekas askar yang pernah berkhidmat.

Nyawa Chris Kyle melayang semalam selepas beliau ditembak mati ketika menghadiri sebuah acara amal di sebuah lapang sasar di Texas. Beliau ditembak dari jarak dekat oleh Eddie Ray Routh (25), seorang bekas askar yang dikatakan mengalami masalah tekanan paska-traumatik.  Turut ditembak ialah seorang lagi teman Chris yang menghadiri acara yang sama.

Kematian beliau mengejutkan komuniti setempat dan menjadi tamparan hebat kepada pejuang hak istimewa memiliki senjata oleh rakyat Amerika Syarikat. Sejak kebelakangan ini kes kematian dan keganasan melibatkan penggunaan senjata api semakin kronik. Ada pihak mahukan Presiden Obama mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Tetapi pihak anti-senjata ini mendapat pro-senjata kerana hak bersenjata adalah sesuatu yang meraka anggap tidak boleh diubah seperti hak istimewa orang Melayu di Malaysia.

Di akhir hari ada ironi dalam cerita ini. Chris Kyle, seorang penembak hendap terkenal di tembak oleh seorang bekas Askar dari jarak dekat menggunakan pistol biasa. Karma?





 

sumber : KLIK SINI


Tak sempat jamah bekal ibu



Rembau: Hasrat seorang pelajar lelaki Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah, Melaka, bersarapan nasi lemak dibekalkan ibu bersama rakannya di asrama pusat kemahiran itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Seremban-Tampin dekat Kota, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Mohamad Abdurrahman Azmi, 21, pelajar jurusan Diploma Teknologi Telekomunikasi menunggang motosikal Honda EX-5 dari arah Rembau ke Tampin itu meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Honda Hybrid dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa mangsa, Azmi Ahmad, 50, berkata, arwah pulang ke rumah mereka di Taman Seri Rembau, di sini, malam kelmarin kerana mahu mengambil duit belanja dan bergerak pulang ke kolej ADTEC pagi semalam.





Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Abdulrahman apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta, semalam.

Pokok Bersedih Bila Kena Tebang


Ini adalah karya Steven Burke dalam Projek beliau yang bertajuk " Poor Little Trees" yang begitu peka terhadap alam sekitar, beliau membuat begini bagi memberi mesej supaya semua penduduk dunia begitu peka dalam aspek penjagaan dan pemuliharan hutan.. Suatu tindakan yang boleh dipuji.niat beliau baik.










Rabu, Februari 27, 2013

[ 9 pics ] Jom Lihat Restoren dari tukang masak dan pelayan adalah robot



Restoran Robot di Harbin, China bertemakan suasana persekitaran robot dan terdiri daripada pelayan yang kesemuannya adalah robot. Apabila anda tiba di restoran ini, pengunjung akan disambut oleh robot yang telah diprogramkan dengan lebih 10 ekspresi muka. Robot ini dikendalikan oleh kakitangan restoran dari bilik belakang dan setiap robot boleh berjalan selama lebih kurang 5 jam sebelum is dicas semula. Restoran ini mempunyai kos permulaan kira-kira $800,000 manakala harga untuk setiap robot adalah di antara $30,000 hingga $50,000.

Antara tugas tugas robot ini adalah seperti menghantar makanan kepada pelanggan, memasak di dapur, melayan pelanggan dan sebagainya.  Selain itu, terdapat juga robot-robot lain yang dijadikan penyeri di dalam restoran tersebut.



robot-restaurant-5

robot-restaurant-4

robot-restaurant-1
robot-restaurant-2

robot-restaurant-3

robot-restaurant-0

robot-restaurant-6

robot-restaurant-7

robot-restaurant-8

Jom Lihat Warna-Warna Indah Yang Terdapat Di Bumi Kita


Blood Falls (air terjun darah) Antartika


Air terjun setinggi lima tingkat ini mencurahkan air berwarna merah darah, yang sangat perlahan keluar dari Glacier Taylor di Lembah Kering Antartika, McMurdo. Ketika ahli geologi pertama kali menemukan air terjun beku ini di tahun 1911, beliau berpendapat warna merah ini berasal dari algae  tapi ternyata alasan mengapa air terjun ini berwarna merah darah, jauh lebih andaian semata-mata

Sekitar dua juta tahun yang lalu, Taylor Glacier berpendapat bahagian bawahnya yang berupa tubuh kecil air yang mengandungi pelbagai mikroorganisma kuno yang hidup jutaan tahun yang lampau. Hingga kini masih misteri..



Sungai 5 Warna Di Colombia

Sebuah keajaiban biologis yang unik, Cano Cristales juga disebut sebagai "sungai lima warna," "sungai yang mengalir dari syurga," dan "sungai paling indah di dunia"

Untuk sebahgian besar waktu dalam setahun, Cano Cristales tidak dapat dibezakan dari sungai lainnya: alas batu ditutupi lumut hijau kusam yang terlihat di bawah arus dingin dan jernih yang mengalir yang memberi gambaran dan suasana yang sungguh indah sekali.




Tanah Merah Lexiaguo

Lexiaguo adalah salah satu tempat di bumi yang sukar untuk dipercayai bahawa tempat seperti ini benar benar ada. Dunia siber atau internet telah memperdebatkan keaslian foto, dan palet yang menyapu lahan pertanian, dan banyak pragmatis, yakin lanskap ini adalah hasil photoshop. Tapi sebenarnya tidak. Lexiaguo sebenarnya memang berwarna-warni, dan yang menakjubkan, benar-benar ada di selatan China.

Dikenali sebagai "Tanah Merah" kerana warna yang merah menyala, warna kerak bumi di Lexiaguo ini diwarnai dengan besi teroksida dengan pelbagai mineral tanah menjadi coklat gelap dan kemerah merahan. .






Panjin Red Beach, China

Pantai Merah terletak di Delta Sungai Liaohe, sekitar 30 kilometer dari barat daya Kota Panjin di China. Pantai mendapatkan namanya dari penampilannya, yang disebabkan oleh jenis rumput laut yang tumbuh subur di tanah salin-alkali. Rumput yang mulai tumbuh pada bulan April dan Mei tetap hijau selama musim panas. Pada musim gugur, gulma ini ternyata menyala merah, dan pantai terlihat seolah-olah tertutup oleh karpet merah sejauh mata memandang yang menciptakan lanskap laut berwarna merah yang sungguh indah. 



Laut yang Menyala, Horn of Africa

Kawasan ini bercahaya (bioluminescent) terbesar di dunia, adalah sepetak laut kira-kira menyamai keluasan Connecticut, yang belum i i masih belum ditemui oleh para saintis sehinggalah tahun 2015. Dikenali sebagai "Laut Susu", yang telah lama menjadi subjek dongeng dalam dunia pelayaran. Bahkan muncul di dalam novel 20.000  Leagues Under The Sea karya Jules Verne.

“It is called a milk sea” I explained. “A Large extent of white wavelets often to be seen on the coasts of Ambouna, and in these parts of the sea... the whiteness which surprises you is caused by the presence of myriads of infusoria, a sort of luminous little worm.”








Wordless Wednesday : Tahniah Bola Jaring Tempat Ke 3 Daerah




sekolah saya.
kita buktikan kita boleh..!

[ 11 gambar ] JOM LIHAT THE JUDGEMENT HOUSE : PENJARA DIUBAH MENJADI HOTEL



Ketika Perang Vietnam, sebuah penjara tahanan perang diberikan nama gelaran Hanoi Hilton oleh mereka yang mendiaminya. Hanoi Hilton ialah sebuah penjara yang sadis kerana dimuatkan dengan tahanan perang yang melebihi kapasiti asalnya. Nama Hanoi Hilton itu sendiri adalah nama gelaran sinikal.

Di Belanda terdapat Hotel Het Arresthuis, ataupun Hotel Rumah Hukuman yang dibuka di  Roermond. Het Arresthuis ialah sebuah penjara yang beroperasi dari 1862 sehingga 2007. Selepas ditutup ianya diubah menjadi sebuah hotel mewah . What a cool idea. Malang sekali Penjara Pudu kini tinggal pintu sahaja dan tidak dapat diguna semula sebagai hotel. On a side note maybe that is a good idea, ada berani ke anda tidur dalam hotel bekas Penjara Pudu? I don't think so!


SUMBER : KLIK SINI





la

[ 5 pics] Jom Lihat Lebuhraya Berpusing Yang Unik Di Jepun


Dibina di Kawazu-Nanadaru Loop Bridge, juga dikenali sebagai lingkaran gelung bertingkat Jepun di Kawazu, Jepun.Lingkaran double membolehkan kereta turun yang seolah-olah digantung di lembah antara dua gunung. Langkah pilin 80m diameter dan seksyen tanjakan keseluruhan 1.1km .Jambatan di Lebuh Raya 414 antara Tokyo dan Semenanjung Izu telah selesai di bina pada tahun 1982 dan telah menjadi satu mercu tanda yang terkenal di jepun.


kawazu-nanadaru-loop-0

kawazu-nanadaru-loop-2

kawazu-nanadaru-loop-3

kawazu-nanadaru-loop-1

kawazu-nanadaru-loop-4

Selasa, Februari 26, 2013

[ 7 gambar ] Jom Lihat Pulau Eleuthera, pulau pertemuan 2 lautan

\
Eleuthera adalah salah satu dari beberapa pulau yang terletak di dalam kepulauan di Bahamas, terletak sekitar 80 km sebelah timur dari ibukota Nassau. Pulau Eleuthera bentuknya memanjang - sekitar 180 km - dan saiznya mengecil yang mempunyai kelebaran pulau sekitar 1.6km

Warna biru tua di sebelah kanan merupakan Lautan Caribbean  manakala lautan yang berwarna biru muda di sebelah kiri ialah Lautan Atlantik yang sangat luas dan dalam dan Pulau Eleuthrea berada di tengah-tengah antara dua lautan ini.


 Gambar Pulau Eleuthera yang diambil dari udara


glass-window-bridge-7

glass-window-bridge-6

glass-window-bridge-3

glass-window-bridge-4

glass-window-bridge-5

glass-window-bridge-2

t

k