Ahad, Februari 26, 2012

[ gambar ] Inilah kambing yang dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana ganggu lalu lintas di Jerman

Seorang polis di Jerman menangkap dan memenjarakan seekor kambing. Kambing bernama Billy The Kid, seperti nama penjahat terkenal Amerika Syarikat di masa lalu, terpaksa duduk di penjara atas tuduhan mengganggu lalu lintas. Billy ditangkap setelah berdiri di tengah jalan raya yang sedang sibuk di Kota Bremen.

Kambing “usil” tersebut cuba membuat kecoh kepada polis serta orang ramai yang berusaha menangkapnya. Hasil “kejar-kejaran” antara kambing dengan polis membuat keadaan lalu lintas di Bremen semakin kacau.

Setelah beberapa lama, polis akhirnya berhasil menangkap kambing tersebut setelah beberapa polis dikerahkan membantu. Setelah melakukan penangkapan, polis berusaha keras mencari siapa pemilik haiwan tersebut. Meskipun ditelinga kambing terdapat penanda pemilik, polisi gagal mengembalikan kambing tersebut kepada tuannya.

Polisi akhirnya memutuskan memasukkan kambing ke penjara dengan surat penangkapan . Ketika ini haiwan tersebut masih dijaga seorang polisi wanita di penjara. Bukan hanya mendapat tempat baru, kambing ini juga mendapatkan makanan seperti roti dan air.

Sumber: (faj)(jri)-Fajar Nugraha – Okezone.com /Dunix


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k