Sabtu, Mac 03, 2012

[ Hebat ] Inilah Lelaki Yang Ada 30 orang anak dan 430 orang cucu dan ingin tambah anak lagi..

Di Kota Khan Younis Gaza, berdiri sebuah bangunan yang baru setengah siap. Di tempat itulah seorang “legenda” tinggal, iaitu seorang bernama Abu Talal.

Sekilas pandang, tak ada yang istimewa di diri Abu Talal, yang berusia 82 tahun itu. Dia tetap rutin menunaikan soalat lima waktu seperti muslim lainnya. Namun dia memiliki bentuk badan seperti seorang pemuda. Gerakannya masih fleksibel. Dia masih tegap, kuat, dengan senyuman lebar yang ramah.

Abu Talal seorang legenda di kawasan selatan Gaza. kerana “prestasi” lain, iaitu memiliki 30 anak. Datuk ini mengaku memiliki lebih dari 430 cucu. “Saya seorang anak tunggal, jadi saya ingin punya keluarga besar, lagipun ini sudah menjadi semacam hobi (punya anak banyak),” selorohnya. Anak bungsunya kini berusia dua tahun. Adakah dia mengingati semua nama anaknya? Kerana usianya yang sudah tak lagi muda dan daya ingat yang sudah tak terlalu baik, datuk ini perlu bantuan dari beberapa cucunya untuk mengingat nama anaknya yang masih hidup.Dia memiliki 17 putri dan 13 putra.

“Tiap kali ada anak yang lahir di keluarga ini, kami menyembelih kambing sebagai perayaan” kata Abu Talal. Bahkan dia mengaku masih ingin punya anak lagi. “Rasanya, saya masih boleh mempunyai 10-15 anak lagi,” ujarnya diiringi derai tawa.

Tiap tahun, populasi penduduk di Gaza naik lima peratus. Sekitar 1,5 juta orang tinggal di kawasan sepanjang 40 km dan selebar 6-12 km itu. Banyak orang yang hidup dalam kemiskinan. Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), pengangguran di kawasan itu mencapai 40 peratus. Dengan banyak anak dan kondisi di Gaza yang serba susah, apakah Abu Talal tidak khuatir dengan situasi ini? “Tidak, kerana kalau saya kehilangan dua ratus cucu, saya masih punya dua ratus lagi,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k