Jumaat, Mac 09, 2012

[ super cool ] Telor Masin Yang Direbus Dengan Air Kencing Menjadi Kegemaran Jutaan Rakyat China

Sekilas pandang tidak ada yang aneh dari sajian kegemaran masyarakat Dongyang, China. Semua orang menyebutnya telur rebus. Rasa aneh bercampur jijik mungkin baru muncul setelah mendengar cerita di balik pembuatannya.

Masyarakat setempat menyebutnya ‘tong zi dan’ atau ‘boy egg’. Sebutan ini merujuk ciri khas telur yang direbus di dalam air kencing kanak-kanak lelaki, bukan air mendidih.

Lu Ming, tukang masak terkenal di sana mengatakan ‘boy egg’ menjadi makanan tradisional yang cukup digemari masyarakat tempatan Dongyang sejak beribu-ribu tahun silam. Pada 2008, hidangan ini telah dimasukkan dalam daftar warisan budaya.

Di masa lalu, ‘boy egg’ menjadi hidangan istimewa setiap musim menuai. Masyarakat setempat menjadikannya sebagai santapan lazat yang menyihatkan. Sejumlah pakar kesihatan tradisional di China sepakat mengatakan bahawa kandungan nutrisi air kencing akan meningkatkan nilai gizi telur.


Lu Ming mengatakan bahwa kualiti air kencing terbaik berasal dari kanak-kanak lelaki berusia di bawah 10 tahun. Ini berkait dengan pola pemakanan anak yang cenderung masih sihat. ‘Kami mengumpulkan air kencing dari sekolah-sekolah di tabung-tabung yang sudah kami siapkan setiap hati,’ ujarnya.

Sajian telur ini memerlukan waktu yang cukup panjang. Pertama, telur mentah direndam di dalam bekas berisi air kencing. Setelah telur tenggelam sempurna, bekas itu dipanaskan hingga air kencing mendidih.

Dalam suhu maksimum, telur biasanya akan retak sehingga urin akan menyerap ke dalamnya. Setelah siap direbus, biarkan telur direndam bersama air kencing itu selama satu hari.

Lu Ming sangat berharap dapat berkongsi kelazatan dan nutrisi telur tersebut ke seluruh dunia. ‘Kami mahu mengeksport telur ini kerana kami ingin orang di luar China boleh merasai kelazatan masakan kami,’ ujarnya


virgin-eggs-3


virgin-eggs-5

virgin-eggs-2

virgin-eggs-4

virgin-eggs-6

virgin-eggs-1


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k