Jumaat, Ogos 03, 2012
3 tempat bulan madu kita...
Dindaku
Selepas majlis perkahwinan kita disempurnakan dengan lancar dengan penuh berkat tempoh hari, sejak saat itu kita telah mulai menjejaki hati budi masing-masing yang sebenar.Mencari titk persamaan antara kita dan menjauhkan titik perbezaan yang boleh menjejaskan perhubungan kita. Sama-samalah kita berdoa pada tuhan agar ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..
Dinda..sempena hari yang bahagia kita, kanda ini membawa dinda ke 3 tempat sebagai hari berbulan madu kita. Biarlah hari-hari yang istimewa itu kita hadapi hanya berdua sahaja dan akan kekal dalam ingatan kita buat selama-lamanya.
Destinasi Pertama: Ke Anjung Sabar.
Kanda telah memilih untuk pergi ke “Anjung Sabar’ yang menjanjikan tempat yang tenang, jauh dari kebisingan dan kesibukan. Di sana sama-samalah kita melatih untuk menerima apa-apa juga keadaan diri kita. Dinda, sabar adalah inti ibadat, tanpanya sembahyang dan apa juga ibadat kita akan terjejas. Sama-samalah kita sabar menghadapi gelombang dan segala onak dan duri sepanjang perjalanan hidup kita.
Destinasi Kedua : Ke Villa Tolak Ansur.
Dinda destinasi kedua, kanda akan membawa dinda ke “Villa Tolak Ansur’. Di sini kita akan saling mengisi dan saling memahami. Belajar memberi dan menerima, Menerima apa juga kekurangan dan kelebihan kita berdua. Matlamat perjalanan hidup kita adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Saling melengkapi mana-mana yang tidak sempurna dan saling memperbaiki segala kekurangan kita.
Destinasi Ke Tiga: ‘Istana Ilmu’
Destinasi yang ke tiga kanda akan membawa dinda adalah ke Istana Ilmu. Setiap pasangan yang berkahwin akan melabuhkan tirai percintaannya ke tempat yang dinamakan Istana Ilmu. dinda, kematangan kita berkait rapat dengan kedalaman dan keluasan ilmu kita. Ilmu Komunikasi dalam rumahtangga kita perlu kita jejaki. Ilmu agama pula adalah tiket yang paling utama untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.. Ilmu menguruskan stress, kewangan, rumahtangga dan menggilap kerjaya dengan berjaya perlu dipelajari. Begitu juga dengan ilmu mendidik anak-anak serta psikologi cinta juga penting demi mendapatkan kebahagiaan yang hakiki antara kita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan