Beg tangan adalah satu benda yang paling berharga buat kaum wanita.Tak ada beg tangan yang cantik maka tak cukup femeninlah seorang wanita itu.Kasut yang cantik perlulah sepadan dengan beg tangan.Ok,bagaimana dengan beg tangan kulit ular sawa?ada di antara kamu yang pakai beg tangan ular sawa?ular sawa adalah tergolong dalam spesies haiwan yang tak berbisa.Senjata utama ular sawa ialah belitan yang membawa maut atas faktor ular sawa mempunyai kekuatan otot yang sangat kuat.Ular sawa tak akan menyerang manusia kecuali dirinya di ancam.Tetapi malangnya ular sawa kini adalah di antara spesies yang terancam kerana nilai kulit ular ini yang tinggi tak kira sama ada di pasaran gelap atau biasa.Harga pasaran bagi seutas beg tangan ular sawa ialah dari Rm 600 hinggalah mencecah Rm 8000.So,agak munasabahlah manusia boleh bunuh ular sawa ini just untuk dapatkan kulitnya untuk dijadikan beg tangan.
Beg tangan ular sawa sudah sedia untuk di pakai :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan