Ahad, Ogos 12, 2012

Ibu cerita tuah nama Pandelela





Hartini Lamim bersama suami Pamg Joheng dan anak mereka Parcelia Renyelia menatap laporan Kosmo! mengenai kejayaan Pandelela di Samarahan, Sarawak semalam.


SAMARAHAN - Ibu kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menjelaskan, perkataan 'Pande' dan 'Rinong' pada nama anaknya itu mempunyai maksud tersendiri.
Nama unik Pandelela itu dipercayai membawa tuah kepada atlet berusia 19 tahun itu.
Hartini Lamim, 44, berkata, perkataan 'pandey' dalam bahasa Sarawak bermaksud pandai manakala perkataan Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang.
"Apabila difikirkan kembali, memang nama Pandelela Rinong ini begitu unik dan membawa tuah yang tersendiri kepadanya.
"Sebagaimana namanya 'Rinong' yang membawa maksud tenang, dia akhirnya berjaya mengharungi acara terjun kelmarin dengan tenang dan bijak sehingga akhirnya berjaya meraih pingat," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k