Sabtu, Ogos 25, 2012

[ info ] Urutan saat mengambil wuduk baik untuk urat saraf





Firman Allah S.W.T: ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ – (Surah Al-Maa’idah: 6)

Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Keutamaan urutan untuk membina kesihatan rohani dan jasmani ketika berwuduk bukan sahaja terdapat dalam kitab suci al Quran dan hadis Rasulullah saw malahan orang yang bukan Islam pun percaya urutan dibahagian anggota berwuduk boleh meransang urat saraf untuk membina kesihatan.

Terapi kesihatan tradisional yang berasaskan tiori akupuntur seperti diwarisi bangsa Cina, Jepun, Thailand dan lain lain di dunia percaya urutan yang meransang anggota tubuh badan ketika berwuduk seperti basuhan, gosokan, usapan dan tekanan adalah sangat penting untuk membina kesihatan. Kepercayaan ini juga di sokong oleh ahli refleksologi yang berasaskan kepada pengetahuan logik iaitu sains samada menerusi pengetahuan sistem saraf atau tiori zon refleksi.

Mereka mendakwa air yang diurut membasuh terlebih dahulu urat saraf dibahagian jari kaki dan tangan ketika melakukan amalan sunat sebelum berwuduk sudah cukup untuk menenangkan fikiran. Apatah lagi bahagian tubuh badan yang perlu di urut ketika berwuduk

Semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Menurut tiori akupuntur jumlah titik akupunktur pada Anggota Wuduk di tubuh badan adalah seperti berikut;

Muka = 84 titik

Tangan = 95 titik

Kepala = 64 titik

Telinga = 125 titik

Kaki = 125 titik

Jumlah keseluruhan titik akupuntur dibahagian anggota wuduk = 493

Kita tidak harus memandang ringan amalan amalan sunat ketika berwuduk seperti mengurut di celah celah jari dan kaki kerana di situ terdapat 16 titik akupuntur yang boleh mengubati penyakit seperti migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan dan jari kaku.

Begitu juga mengurut membasuh telinga walau pun sekadar amalan sunat di situ terdapat 125 titik akupuntur dan 3o daripadanya adalah titik akuapunture yang utama. Jika kesemua titik akuapuntur di bahagian telinga diransang ketika berwuduk bermakna kita telah meransang seluruh anggota tubuh badan.

Kesimpulannya bahagian bahagian anggota tubuh badan perlu diransang selalu setiap hari untuk membina kesihatan menyembuh penyakit sekurangnya bahagian anggota tubuh badan yang perlu diurut ketika berwuduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k