Selasa, Ogos 14, 2012

[[ Kreatif]: Cara Buat Lilin Dari Kulit Oren [ 3 gambar ]




Bagus betul la orang yang dapat idea buat lilin daripada kulit oren ni..Memang betul-betul kreatif waa cakap luu~~ Hehehe =D

Dah la tu, buat pulak daripada bahan-bahan semulajadi, memang saya sokong 100% ciptaan macam ni..Mesra alam..Bagi korang yang ada sifat-sifat romantik tu, saya rasa kalau korang belajar cara-cara nak buat lilin oren untuk digunakan pada waktu candle lite dinner korang, memang konpom-konpom pasangan korang jatuh cintan untuk ke-sekian kali nya..Hohohoho..

Bagi korang yang minat dalam mendekorasi rumah pulak, lilin ni pun nampak macam sesuai jugak untuk jadi aksesori hiasan rumah korang nanti..Tak payah bazir duit beli lampu yang kaler oren tu..So, bagi korang yang nak belajar cara buat lilin oren ni, meh baca kat bawah ni ekk, tak susah pun =D

1. Apa yang korang perlukan adalah buah oren, lemon atau grapefruit atau mana-mana buah sitrus yang korang minat nak guna. Kemudian, belah dua buah oren tu dan buang isi oren tu, biar tinggal tangkai putih yang kat tengah tu jaa. Tangkai tengah tu la yang akan jadi sumbu lilin ni nanti. Tengok gambar kat bawah ni..







2. Lepas tu, kat dalam kulit oren tu, korang letak la minyak dan lilin oren korang dah bersedia untuk dinyalakan.











Info tentang lilin oren:

- Api lilin hanya akan bertahan kira-kira 10 minit sahaja bergantung pada jenis minyak yang digunakan.

- Akan ada masalah bau yang kurang menyenangkan.

- Minyak yang paling sesuai kalau nak guna adalah sunflower oil sebab penyebaran bau yang tak menyenangkan tu tak teruk sangat, tambah-tambah masa akhir proses pembakaran.

- Kalau korang nak guna lavender oil pun boleh, bau memang wangi, tapi bila di akhir proses pembakaran, bau yang kurang menyenangkan adalah sangat kuat.

- Saranan terbaik adalah korang guna sunflower oil tapi campur la sikit dengan bahan wangian yang lain bagi bau dia nanti tak la kuat sangat.

- Mungkin jugak kalau bahagian dasar kulit oren tu di bakar sedikit terlebih dahulu dan lepas tu baru tuang minyak, mungkin bau yang lebih menarik akan keluar, siapa tahu kan? Hehehehe..

Jadi, selamat mencuba!! =D









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k