Sabtu, Oktober 13, 2012

[ Ulasan Perlawanan ] Tahniah Kelantan Melangkah Bergaya Ke Final Piala Malaysia Selepas Benam Ego Selangor 2-0 malam ini [ video]



vs 2




(Kelantan MENANG dengan agreget 3-0 )





aksi Ghaddar selepas menjaringkan gol Kelantan malam ini [ gambar dari wanfaiz.com] 

Tahniah diucapkan kepada pengurusan The Red Warriros selapas berjaya menempah slot ke pentas final apabila pasukan Kelantan berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 2-0 dalam penentuan Semi Final yan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam. Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia               ( ATM) selepas pasukan ATM berjaya menewaskan Lion 12 pada malam semalam dengan penentuan sepakan panelti 5-4 yang dimenangi oleh ATM. Kejayaan ini sungguh manis sekali dan peluang The Red Warrioris untuk kembali merampas Piala Malaysia terbuka luas walaupun dengan ketiadaan 2 tonggak penyerang, iaitu Mahmod Ghaddar dan Farhan yang terlepas aksi final selepas menerima kad kuning dalam aksi malam ini.

Ulasan Semi Final Kelantan vs Selangor dlm separuh masa pertama:

Sebaik saja sepak mula dalam aksi separuh akhir antara Kelantan menentang Selangor malam ini, pasukan Selangor yang mempamerkan corak permainan menyerang terlebih dahulu mendapat sepakan percuma di minit pertama permainan, apabila pemain pertahanan Kelantan, Subra menjatuhkan penyerang Selangor, Amri betul-betul di luar kotak panelti. Namun sepakan percuma yang diambil oleh Shafiq Rahim gagal menepati sasaran melepasi gawang gol. Selangor yang bertali arus cuba menyerang ke kubu Kelantan namun pertahanan Kelantan berjaya mengekang asakan penyerang Selangor yang diketuai oleh Amri Yahyah, Basko Balaban dan Shafiq Rahim.

Dalam tempoh 10 minit pertama permainan, pasukan Kelantan juga mempamerkan corak permainan menyerang dan bertahan yang sungguh efektif sekali dan berberapa peluang terbaik berjaya diciptakan untuk menjaringkan gol namun ketangkasan pengjaga gol Selangor, NorAzlan Razali menggagalkan hasrat Kelantan untuk mendapatkan gol.

Peluang terbaik Kelantan hadir dlm minit ke 12, apabila hasil lambungan cantik oleh Shakir Shaari ditanduk laju oleh Mohammad Ghaddar, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor.Kecewa lagi Kelantan! Begitu juga seminit selepas itu hasil lorongan Norfarhan Muhammad kepada Ghaddar, namun kegopohan Ghaddar masih tidak berjaya menjaringkan gol yang dinanti-nantikan oleh 30,000 penyokong Kelantan yang hadir ke Stadium Shah Alam malam ini..

Peluang terbaik hadir lagi apabila hasil lorongan Norfarhan di betul-betul pintu gol Selangor, namun Nor Shahrul Idlan Talaha gagal menjaringkan gol. Inilah peluang yang paling baik untuk menjaringkan gol yang terbuka luas, namun masih tetap gagal.

Pemain Selangor juga bertli arus menyerang ke gawang Kelantan, Shafiq Rahim, Solihin, Rozami dan Veenod menjadi duri dalam daging yang tak putus-putus menyerang namun kegopohan dan kejayaan pertahanan memerangkap offfside menggagalkan peluang Selangor menjaringkan gol.

Dalam minit ke 22. apabila sepakan Amri dalam jarak 30 meter gagal ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi dan bola tersebut melantun dan pelanggaran berlaku antara Solihin dengan penjaga gol Kelantan menyebabkan Khairul Fahmi mengalami kecederan. 

Dalam minit ke 24 pula Daudsu dilayagkan kad kuning oleh pengadil, Amirul Yaacob, pengadil FIFA kerana  Daudsu mengasak keras penyerang Selangor, iaitu Solihin. Selangor melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang gol Kelantan, namun keampuhan pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim, Obinna Nwaneri dan Daudsu berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang malam ini.

Permainan semakin rancak, Kelantan berjaya menjaringkan gol dalam minit ke 45 permainan, apabila bola jaringan Norharhan, gagal disudahkan oleh Indera apabila hasil sepakan derasnya melepasi gawang gol Selangor. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0.

Ulasan Semi Final Kelantan vs Selangor dlm separuh masa kedua

Dalam separuh masa kedua Selangor memperlahan corak permainan dan Kelantan pula mengambil kesempatan untuk memberi tekanan kepada Selangor. Jelas Selangor sungguh tertekan untuk mendapatkan gol penyamaan yang masih lagi buntuk untuk mendapatkan gol.

Dalam minit ke 48. hasil hantaran Amri berjaya disambut oleh Rozaimi namun offside pula. Beberapa minit selepas itu serangan bertali arus diketuai oleh Amri yahyah, Basko Balaban dan Solihin Kanasian masih gagal merobek gawang Kelantan. Pertahanan Kelantan yg begitu kental dan pujian harus saya berikan kepada Daudsu yang berjaya memintas setiap cubaan serangan yang berbahaya.

Cubaa Basko Balaban hasil lorongan oleh Amri Yahyah dlm minit ke 49 dalam jarak 30 meter berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi, penjaga gol Kelantan. Manakala dengan cepat Kelantan membuat counter attck bola hasil hantaran Farhan, di dada kemas oleh Ghaddar namun sepakan Ghaddar melepasi gawang gol Selangor. Terselamat lagi gawang Selangor!

Gol Kelantan juga dalam minit ke 84 permainan, apabila Ghaddar berjaya memperdayakan 3 pertahanan Selangor, Ramez Jamal Dayoub dan Ghaddar cantik cips ke dlam gawang gol selangor.Gol pertama ini menyentak semangat selangor yang peluang untuk ke final sudah tertutup.

Bertambah parah apabila Basko Balaban dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas menyiku pertahanan Kelantan Obina, meluluhkan semangat pasukan selangor

Dalam minit ke 92, Badri Radzi, atau lebih dikenali sebagai Piya meranapkan semangat Selangor apabila tendangan percuma di luar kotak penalti selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh Veenod mencecah gawang gol. Namun Piya dilayangkan  kad kuning apabila menanggalakn jersy yang memaparkan " Ajihs Nasi Lemak" .



Kemenangan 2 -0 dengan selangor [ agg 3-0]  ini sungguh bermakna sekali, dan tahniah diucapkan kepada semua pengurusan KAFA, jurulatih, Bohjan Hodak pemain-pemain serta penyokong yang tak putus-putus memberi sokongan. 

Perlawanan akhir pada 20/10/2012 nanti akan bertemu pasukan ATM di Stadium Shah Alam. Pastinya pasukan Kelantan tidak bermimpi di siang hari lagi nampaknya seperti yang telah dilaporkan oleh jurulatih Selangor, Irfan Bakti beberapa hari lalu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k