Di China seorang wanita yang membuang sampah sesuka hati menerima balasan yang sadis dari seorang penyapu sampah di Hunan, Zhou Ting (22) putus jari hantunya selepas dikelar oleh Guo Nengfang (33) kerana membuang sampah dari kenderaan yang di naikinya. Menurut laporan NetEase Guo Nengfang bengang apabila melihat kawasan yang baru disapunya dikotorkan semula oleh Zhuo. Guo menyuruh Zhuo mengutip sampah yang dibuangnya tadi tetapi Zhuo enggan. Guo naik hangin dan mengelar tangan Zhuo dalam sebuah pergelutan. Jari Zhou berjaya disambung dan Guo kini ditahan polis. Yang menarik tentang insiden ini ialah Gio Nengfang kembali menyapu jalan selepas mencederakan Zhuo Ting. Beliau hanya berhenti bekerja dan melarikan diri ke atas bangunan apabila cuba ditangkap polis.
Perkara yg sebegini tak sepatutnya berlaku..seandainya semua pihak mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi..jangan suka membuang sampah walaupun kita sedar ada orang yang akan sapu sampah kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan