Isnin, April 01, 2013

Vice Versa: Jom Lihat Hotel Yang Menawarkan Konsep Penginapan "Syurga dan Neraka" di Paris


Hotel ini telah direka oleh Chantal Thomass, di mana sekiranya anda memilih konsep "syurga", tema bilik yang diberikan akan didominasi dengan warna putih, manakala jika anda memilih konsep "neraka", tema bilik yang akan diberikan akan didominasi dengan warna merah dan hitam.

Bukan itu sahaja, hotel yang setinggi 37 tingkat ini juga turut mempunyai bilik hotel yang bertemakan "7 Dosa Paling Besar". 7 dosa tersebut meliputi nafsu, kerakusan, serakah, malas, murka, dengki dan bangga diri.

Sebagai contoh, sekiranya anda memilih tema 'rakus', bilik tersebut akan didominasi dengan warna merah muda dengan dihiasi gambar perempuan Perancis yang mirip dengan Marie Antoinette. Tema 'nafsu' pula akan didominasi dengan warna merah jambu pastel dengan aksen hitam dan dihiasi gambar-gambar lekuk tubuh seorang wanita. Bagi tema 'bangga diri', ia memiliki aksen dengan warna kuning keemasan, patung dan lantai marmar.

Hotel yang terletak di Perancis ini sudah mula menarik minat pelancong sejak awal pembukaannya lagi iaitu pada Julai 2012 yang lalu.








sumber : KLIK SINI

1 ulasan:

t

k