sebelum perlawanan dimulakan
sumber gambar : Klik sini
Pemain Kelantan meraikan gol hasil jaringan Obinna Nwaneri pada minit yang ke 95 yang berjaya mengherat permainan ke masa tambahan.
sumber gambar : Klik Sini
Alhamdulillah..Kelantan sekali lagi berjaya memasuki pentas final Piala FA selepas menang dengan agg- 6-5, meskipun kalah 4-2 di tangan Terengganu dalam semi final kedua yang berlansung di Stadium Sultan Nasaruddin Shah di Kuala Terengganu petang ini.
Gol-gol Terengganu yang dijaringkan oleh Vincent Bikana, G.Paneswaran, Effa Owana dan Manaf Mamat masih belum mampu melangkahkan kaki ke final apabila di minit-minit akhir pemain pertahanan Kelantan Obinna Nwaneri berjaya menjaringkan gol di minit yang ke 95 sekaligus mengheret permainan ke masa tambahan selepas perlawanan terikat agregat 5-5.
Pada masa tambahan 30 minit, Terengganu yang beraksi dengan sembilan orang pemain selepas Owana dan Manaf dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, ia nyata memberi kelebihan kepada pasukan pelawat untuk menghasilkan gol.
Ketika perlawanan berbaki dua minit terakhir, Dickson Nwakaeme muncul wira buat Kelantan apabila memastikan kemenangan menjadi milik mereka selepas menjaringkan gol pada minit ke-119 sekali gus meranapkan impian Terengganu mara ke final.
Sybas Kelantan tahniah kepada semua pemain, jurulatih Bojan Hodak..tahniah kepada pihak pengurusan The Red Warriors serta penyokong yang terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi menjadi faktor utama kejayaan yang sangat bermakna ini...
Dalam perlawanan final nanti, Kelantan akan bertemu sama ada Johor Darul Takzim (JDT) atau Pahang yang akan turun beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan