Kota A Famosa telah dibina oleh Alfonso Albuquerque pada 25hb Julai tahun 1511 kerana panglima Portugis ini sangat takut akan serangan balas tentera-tentera Melaka. Kota ini mempunyai 5 penjuru dan di dalamnya dibina sebuah bandar dia tas bukit sebelah kiri Sungai Melaka. Setiap penjuru kota dibina bangunan setinggi 5 tingkat berbentuk kubu yang akan dikawal oleh tentera Portugis 24jam sehari selama 130 tahun iaitu ( 1511-1641) dengan bersenjatakan meriam berkuasa tinggi ( senjata masa tersebut).
Kota A Famosa ini membawa kepada kemegahan Portugis dan keselamatan Portugis selama 130 tahun di bumi Melaka yang mashyur ini. Tetapi untuk membina kota A Famosa yang teguh ini bangsa Melayu terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan harga diri yang tidak dapat diganti seumur hidup hingga ke hari ini. Makam-makam sultan Melaka semenjak Parameswara, Megat Iskandar Shah Sultan Muhammad Syah, Sultan Abu Shaid,Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Bendahara-bendahara Melaka yang terkenal, kerabat-kerabat Sultan Melaka, serta pembesar-pembesar negeri Melaka yang terdapat di sekitar istana sultan Melaka ( kini Bukit St.Paul) menjadi korban, telah dimusnahkan dan batu-batu nisannya telah digunakan untuk membina kota A Famosa kota Portugis di masa tersebut.
Lebih menyayat hati, Alfonso De' Abuquerque, panglima tentera Portugis di masa tersebut telah memberi arahan supaya apa saja tanda-tanda yang berkaitan dengan kota Melaka dimusnahkan, dibakar tanpa tolak ansur lagii.
Demi untuk membina kota Melaka, A Famosa, segala macam batu kubur, dipunggah, semua tulang-tulang dikorek dari makam-makam Sultan Melaka dan dimusnahkan tanpa perasaan belas kasihan lagi. Kerana kegilaan Alfonso, Istana Sultan Melaka yang paling cantik di alam nusantara di masa tesrebut dibakar, kitab-kitab lama semanjak Megat Iskandar Shah ( 1400-1424 dihumban ke dalam api.
Segala mcm barang-barang milik Sultan Melaka turun temurun , serta pelabagai hadiah dari Maharaja China, Maharaja Ming dan dari raja-raja Islam kepulauan Jawa, dari Benua India, Siam dan segala macam surat-surat bersejarah termasuk gading gajah bersalut emas hadiah daripada Maharaja India telah diambil oleh Alfonso de Abuquerque dan seterusnya diserahkan kepada Raja Portugal, Raja Manuell II.
Tetapi impian Alfonso de Abuquerque tidak kesampaian apabila kapal "Flor La Mar" kapal perang Portugis yang terkenal hebat itu karam di Tanjung Tuan, Port Dickson apabila kapal tersebut karam dan tenggelam sewaktu dalam pelayaran ke Goa, India.Ramai askar-askar Portugis mati tetapi panglima Portugis tersebut, Alfonso de Abuquerque telah selamat.
Selama 130 tahun bertapak di bumi Melaka, Portugis mengangkut segala isi bumi Melaka untuk di bawa ke Libson, ibu kota Portugal sebbagai persembahan kepada Raja Portugis, Raja Manuell II. Sejarah telah mencatatkan sepanjang tempoh penjajahan, lebih beribu-ribu misi perdagangan dari Melaka ke Portugal berulang alik dengan menjadikan Goa di India sebagai pelabuhan persinggahan sebelum meneruskan perlajanan ke Portugal.
Sepanjang Portugis berada di Melaka, Portugis kerap kali diserang dari pelbagai sudut silih berganti tahun demi tahun sama ada di jalan laut dan jalan darat digunakan, namun kota A Famosa inilah yang menjadi penyelamat semua serangan-serangan ini.
Kota A Famosa adalah buah tangan Alfonso de Abuquerque yang ternyata begitu ampuh untuk menahan apa saja serangan dari setiap penjuru. Bermula dari tahun 1512 lagi, saki baki angkatan perang Melaka yang dipimpin oleh Sultan Mahmud Shah melakukan begitu banyak serangan untuk merampas semula Melaka daripada Portugis namun masih tidak berjaya. Sultan Melaka terakhir itu merasa putus asa dan baginda mangkat di Kampar pada tahun 1529.
Selepas itu, serangan diteruskan pula oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II, Sultan Johor pertama putera Sultan Mahmud Syah, malangnya serangan ini pun gagal juga menawan Melaka. Kemudian baginda mendapat bantuan daripada tentera Bugis serta Riau untuk menyerang dan menawan kembali Melaka tetapi masih gagal.
Kemudian dalam tahun 1620, Acheh sebuah negara Islam yang telah menjadi begitu kuat cuba untuk menawan Melaka membebsakan Melaka daripada penjajahan Portugis, tetapi tetap gagal.dan angkatan Acheh pulang dengan kekecewaan dan separuh angkatan Acheh berkubur di lautan Selat Melaka.
Akhirnya dalam tahun 1641, barulah Portugis berjaya dikalahkan, itupun bukan disebabkan kegagalan Kota A Famosa , sebaliknya kerana kebuluran dan wabak penyakit malaria yang menyebabkan ribuan askar Portugis dan orang awam mati di dalam kota tersebut.
Belanda begitu bijak, Belanda memang tahu yang Portugis bukan mudah untuk dikalahakan dan Belanda telah menyekat laluan di Selat Melaka sehingga ramai yang kebuluran. Pihak Belanda telah menyekat laluan kapal ke Melaka selama 6 bulan lamanya, barulah Portugis menyerah kalah dan Gabenor Portugis telah menyerah kalah kepada Belanda pada 16hb Januari 1641.
Kesimpulannya:
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 esok, sama-samalah kita bersatu padu menjaga tanah tumpah darah kita ini tidak dijajah lagi. Jangan biarkan ada anasir-anasir luar yang cuba menggugat kedamaian dan keharmonian negara kita yang bertuah ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan