Memaparkan catatan dengan label kemalangan di Kota Negeri Sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan di Kota Negeri Sembilan. Papar semua catatan

Khamis, Februari 28, 2013

Tak sempat jamah bekal ibu



Rembau: Hasrat seorang pelajar lelaki Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah, Melaka, bersarapan nasi lemak dibekalkan ibu bersama rakannya di asrama pusat kemahiran itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Seremban-Tampin dekat Kota, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Mohamad Abdurrahman Azmi, 21, pelajar jurusan Diploma Teknologi Telekomunikasi menunggang motosikal Honda EX-5 dari arah Rembau ke Tampin itu meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Honda Hybrid dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa mangsa, Azmi Ahmad, 50, berkata, arwah pulang ke rumah mereka di Taman Seri Rembau, di sini, malam kelmarin kerana mahu mengambil duit belanja dan bergerak pulang ke kolej ADTEC pagi semalam.





Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Abdulrahman apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta, semalam.

t

k