Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 14, 2012

[ Ya Allah ] 29 Suspek Ditahan, Dipercayai Makan Orang di hutan Papua New Guinea




Canberra – Seramai 29 orang telah ditangkap di hutan Papua New Guinea selepas mereka didakwa membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai bomoh ahli sihir sebelum anggota badan mangsa dimakan, minggu lalu.
Hanya mayat empat daripada tujuh mangsa berjaya ditemui, yang lain, kemungkinan besar telah dimakan.
Menurut pesuruhjaya polis Madang, Anthony Wagambie, otak mangsa dimakan secara mentah manakala buah zakar mereka dimasak sup.
“Mereka tidak rasa perbuatan mereka itu salah malah mereka membuat pengakuan secara terbuka,’’ katanya.
Wagambie berkata, suspek mendakwa mangsa mengamalkan `sanguma’ atau sihir dan mangsa dikatakan mengugut penduduk miskin supaya menyerahkan wang atau seks di atas khidmat yang mereka sediakan.
Justeru dengan makan organ bomoh terbabit, suspek percaya mereka akan menjadi kebal dan tidak tembus peluru.
Kesemua suspek termasuk wanita itu telah didakwa melakukan pembunuhan dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.
Lebih banyak saksi akan dipanggil memberikan keterangan sebelum polis mengaitkan mereka dengan tuduhan kanibalism.
Wagambie percaya, terdapat antara 700 hingga 1,000 anggota kumpulan berkenaan di beberapa kawasan pedalaman di Papua New Guinea dan kesemua mereka berkemungkinan makan daging manusia.
Kanibalism pernah menjadi amalan penduduk di kawasan pedalaman Papua New Guinea, di mana daging manusia dikenali sebagai `babi panjang’.
Wagambie, berkata, polis dijangka menahan 100 orang lagi berhubung jenayah berkenaan.


sumber : Here





Khamis, Mei 17, 2012

[ cool ] Jom Lihat Lampu Isyarat Jalan Raya Yang Sunggguh Pelik di Kota Chongqing, China




Lampu isyarat ini terdapat di Chongqing, China yang pada mata kasar sangat2 mengelirukan pengguna jalan raya di kota Chongqing, China.. Tidak diketahui motif apakah pihak pengangkutan di China meletakkan lampu isyarat seperti ini.. Kalau ada di Malaysia mcm ni pasti setaip jam akan berlakunya kemalangan jalan raya.....




traffic light system china experienced motorist
officials say drivers obey traffic decoration

Selasa, Januari 31, 2012

TERKINI: Kerajaan Sahkan ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Hasil Aktiviti Kilang Sawit!


PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fadillah berkata, jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.

Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.

Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.

Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.

“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi.

t

k