Rabu, November 23, 2011

Cara baru bawa anak ke shopping kompleks




Seorang bayi perempuan yang comel dimasukan ke dalam plastik bag kepalanya jelas kelihatan keluar. Lalu plastik bag yang berisi bayi itu dibawa oleh orangtuanya dibawa jalan-jalan ke supermarket.bayi comel tu tersenyum mungkin rasa seronok kot.. Pihak China Radio International (CRI) menyatakan ini merupakan sebagai cara baru di China ibu membawa anak ke supermarket di China.






Passing Cloud, Kenderaan Yang Akan Membawa Kita Terapung di Atas Awan




Passing Cloud adalah konsep inovatif dari seorang yang berjiwa besar di New York, Orang tersebut ialah Tiago Baros. Ideanya berdasarkan sebuah alat pengangkutan baru yang mampu membawa penumpang berada di atas awan. Menurut Barros, kenderaan ini diperbuat daripada belon-belon yang diliputi dengan kalin nilon khas. Belon-belon ini dicantum agar membentuk sebuah platform berbentuk seperti awan. Dan pergerakan belon ini cuma menggunakan tenaga angin berbeza dengan belon panas yang menggunakan tenaga gas.






'Emas bukan faktor nasib'

PARA pemain Malaysia melonjak kegembiraan selepas penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga (terbaring) gagal menyelamatkan sepakan penalti Baddrol kelmarin.

JAKARTA - Dua kali berturut-turut memenangi 'ibu emas' temasya Sukan SEA bukan disebabkan faktor nasib atau tuah semata- mata.
Selepas skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mengakhiri penantian selama 20 tahun dengan meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, malam kelma- rin giliran Harimau Muda pula menggapai emas di Stadium Gelora Bung Karno.
Kemenangan 4-3 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, membuktikan betapa Malaysia kini semakin digeruni dan dicemburui pihak lawan di pentas Asia Tenggara.
Namun, satu persoalan yang timbul malam kelmarin iaitu bagaimana skuad kendalian Ong Kim Swee mampu menyerap setiap tekanan, bukan sahaja daripada barisan Garuda Muda, malah penyokong-penyokong fanatik Indonesia.
"Inilah yang saya bangga dengan karakter yang dimiliki setiap pemain. Mereka tidak sedikit pun menunjukkan rasa gugup walaupun terpaksa mengharungi perlawanan dengan ejekan dan cemuhan penyokong Indo- nesia.
"Sebelum perlawanan bermula lagi, mental pemain-pemain telah diuji apabila bas yang kami naiki diserang penyokong-penyokong Indonesia.
"Cuba kamu (pihak wartawan) bayangkan, bagaimana pemain-pemain muda saya mampu mengatasi tekanan yang begitu dahsyat," jelas Kim Swee ketika ditemui sejurus tamat perlawanan malam kelmarin.
Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, beliau telah memberi kata-kata semangat kepada barisan Harimau Muda sebelum turun beraksi di hadapan hampir 100,000 penyokong tuan rumah.
"Saya kata kepada para pemain, inilah masanya kita mengajar Indonesia. Tindakan penyokong Indonesia itu membuktikan mereka tidak menghormati raja kita, lagu kebangsaan kita, bendera kita dan ahli keluarga.
"Jadi, para pemain saya telah membuktikan malam ini (malam kelmarin), mereka tidak pernah gentar dengan sebarang teka- nan daripada orang luar," katanya.
Kim Swee mengakui, kejayaan anak-anak buahnya itu cukup manis apabila mereka dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.
"Kejayaan ini membuktikan kemenangan Malaysia meraih emas di Laos bukan kerana nasib. Ini membuktikan pengurusan yang cukup baik serta dedikasi daripada semua pihak," kata Kim Swee.
Skuad kendalian Kim Swee hadir ke Jakarta dengan reputasi tinggi bersandarkan kepada kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009.
Antara kunci utama kejayaan Harimau Muda sudah pasti penampilan beberapa tonggak senior yang diterajui kapten, Baddrol Bakhtiar serta beberapa pemain yang menjulang skuad senior menjuarai Piala Suzuki AFF penghujung tahun lalu.
"Sebelum kami tiba di Jakarta, kami sudah bersedia menerima segala kesulitan dan para pemain juga sudah bersedia dari segi mental.
"Ternyata kehadiran pemain-pemain senior banyak membimbing pemain muda yang pertama kali beraksi pada Sukan SEA. Ini merupakan karakter yang cukup baik kerana purata pemain negara berusia 20 tahun," ujarnya.
Pada temasya kali ini, Kim Swee membariskan enam pemain yang pernah menikmati kejayaan dua tahun lalu iaitu Baddrol, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani.
Kim Swee turut menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Fadhli Shaas selain Asraruddin, Muslim dan Mahali yang membarisi skuad senior negara pada kempen Piala Suzuki AFF 2010.
"Saya bernasib baik kerana selain adanya pemain-pemain berpengalaman, majoriti pemain yang ada telah bersama dengan saya sejak awal tahun lagi. Ini membolehkan saya membuat persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan SEA," katanya.



Wanita dapat muka baharu dipuji cantik

GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.



HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.
Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.
"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.
"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.
Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.
"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.
Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.
Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.
Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. - Agensi



Menang Bola : Setiap Seorang Pemain, dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Mendapat RM 30,000

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.


PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.
"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.
"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.
Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.
Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.
Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.
Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.
"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.







Gara-gara tak puas hati kalah bola sepak Final, Indonesia minta perlawanan ulangan



Isnin lepas, kita menyaksikan Malaysia menang lawan Indonesia. Indonesia nampak sangat kecewa. Tak cukup dengan itu, mereka cuba untuk menganiaya pasukan Malaysia dengan mahu menjalankan ujian saringan dadah ketika pemain Malaysia tengak syok troll fans Indonesia. Namun, penyokong Indonesia sekarang boleh menarik nafas lega meskipun pasukan mereka kalah dengan Malaysia tempoh hari.






Ini kerana mereka diberi peluang kedua untuk menentang Malaysia bagi menentukan siapa menang pingat emas dalam SIARAN ULANGAN perlawanan final bolasepak di RCTI pada Jumaat nanti pada pukul 2 petang waktu Indonesia. Sama-samalah seluruh warga Indonesia berharap agar pasukan Indonesia mereka mampu mengalahkan Malaysia. :D





Gambar-Gambar Perang Vietnam Yang Belum Pernah Tersiar

















Perang Vietnam, ada kalinya disebut juga "Perang Indochina" ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat.

Ramai pemerhati Barat melihat perang ini sebagai perang proksi bagi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Perang ini salah satu daripada beberapa konflik semasa Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Kesatuan Soviet dan sekutunya. Perang seperti ini disebut sebagai perang proksi kerana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sendiri tidak pernah bersemuka secara terang-terang di medan pertempuran kerana khuatir akan meletuskan peperangan nuklear yang amat membinasakan.

Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.

Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya.


Nescaya perang membawa penderitaan..!


t

k