Selasa, Januari 31, 2012

"WorldHaus" Bina Rumah Untuk Penduduk Pendalaman Dalam Masa 10 hari














"WorldHaus" Bina Rumah Untuk Penduduk Pendalaman Dalam Masa 10 hari. Pembinaan ini khas untuk penduduk yang miskin yang tinggal di pendalaman yang dibina dengan kos RM 4590
"WorldHaus" juga akan menguruskan pinjaman yang hanya meminta penduduk membayar sekadar yang minima iaitu RM 60 saja.

Rumah ini dilengkapi dengan dapur, tandas dan elektrik yang dijana oleh tenaga solar





TERKINI: Kerajaan Sahkan ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Hasil Aktiviti Kilang Sawit!


PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fadillah berkata, jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.

Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.

Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.

Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.

“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi.

Rabu, Januari 25, 2012

( Gambar ) Ikan Yu dan Ikan paus berkelahi di tepi laut, ditonton orang ramai

sangat jarang situasi ini


berita2.com: Haiwan laut,yu dan paus pembunuh bertarung sengit di tepi laut. Orang-orang yang melihatnya berusaha mengabadikan dengan kamera peristiwa yang sangat langka tersebut.

Kedua haiwan itu terlihat muncul dipermukaan air sambil saling terkam. Percikan air ke udara dan menimbulkan buih-buih serta gelombang kecil di sekitarnya. Saat kedua binatang laut itu bertarung tidak satu pun warga yang berani masuk ke laut.




Diketahui, bukan hanya satu yu yang diserang oleh paus raksasa itu, tetapi ada sejumlah yu. Ikan Yu kemudian berhamburan melarikan diri. Satu ekor yu terperangkap ke laut dangkal dan tak berdaya di pasir tanpa air. Yu tak berdaya itu kemudian digonggong oleh seekor anjing dan berusaha menggigitnya, tapi kemudian yu itu berhasil melarikan diri setelah ombak membawanya kembali ke dalam laut.



( kucing paling berani )Aksi kucing cakar buaya untuk rampas makanan

berita2.com: Seekor buaya besar yang sedang memakan potongan-potongan ayam, tiba-tiba diserang oleh seekor kucing kampung dengan cara mencakar wajahnya. Awalnya buaya itu berusaha melawan tetapi kemudian melarikan diri ke dalam air. Dan sang kucing berhasil merebut makanannya.






hebat kucing ini..

Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya'

Konsep restoran 'all you can eat' atau buffet dengan hanya membayar harga tertentu, mungkin sudah biasa dimana mana tetapi restoran yang satu ini unik, kerana berani mengambil risiko yang merugikan perniagaannya


Deewan Resturant, sebuah restoran masakan Pakistan di Wina menawarkan konsep'makan sepuas Anda, bayar semahu Anda'. Bayangkan, Anda makan banyak, tapi hanya bayar sedikit. Wah, apa jadinya restoran seperti itu?




Namun ternyata nasib Deewan tak sejalan dengan logik prinsip ekonomi untuk memaksimakan keuntungan. Buktinya, dari tahun ke tahun, Deewan terus beroperasi. Para pelanggannya pun datang, makan, dan membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya di bayar.


Lokasinya di Schottentor, restoran ini pun menjadi tempat kegemaran para mahasiswa yang berlajar di daerah tersebut. Mahasiswa yang tak mempunyai banyak bujet restoran ini memang menjadi pilihan utama.
Tapi bagi yang bukan pelajar, restoran ini menjadi tempat persinggahan untuk makan seperti pelancong dan *backpacker* .


Restoran ini diusahakan oleh seorang lulusan falsafah, Natalie Deewan, konsep restoran ini diinspirasikan daripada keikhlsan tanpa mengharap imbuhan dan pada awal pembukaannya dia sendiri tidak berasa yakin tetapi kerana niat untuk beramal ,pelanggannya semakin ramai .


Lalu berapakah 'fair fare' yang masuk akal jika makan di sini? Jika melihat menunya, memang Deewan tak terlalu banyak menyediakan macam-macam masakan.Di meja buffenya, hanya ada 2 pilihan makanan utama.


Pertama,makanan kari dari bahan ayam, kambing hingga lembu dan kedua, makanan vegetarian saja serupa kebab sandwich. Juga disediakan makanan pencuci mulut bernama Halla, iaitu sejenis nasi manis
yang diolah menggunakan susu dan minyak.


Selain itu, Deewan juga menghidangkan nasi dan juga kentang. Sementara, untuk minum, Deewan telah menyenaraikan harga tersendiri.



( Sangat Mengharukan) Lelaki Setia Nikahi Kekasih yang Menderita Kanser Dan Tumor


Lelaki ini boleh dikatakan kekasih yang paling setia. Saat pasangannya terbaring di hospital kerana kanser payudara dan tumor otak, dia mengajukan lamaran. Keduanya pun menikah di hospital.


Jimmy New dan kekasihnya Heather Taylor mengikat janji sehidup semati di St Anthony Hospital, Lakewood, Colorado, Minggu (22/1/2012). Pernikahan yang diadakan di chapel hospital itu sangat sederhana dan hanya disaksikan oleh perawat serta staf rumah sakit.


Pernikahan diadakan di hospital, kerana Heather sedang dirawat di sana. Ia sedang berjuang melawan penyakit tumor otak dan menderita kanser payudara.


Saat menikah, Heather tidak mengenakan gaun pengantin indah seperti mempelai wanita pada umumnya. Wanita 26 tahun itu hanya mengenakan t-shirt bertuliskan 'bride' di bahagian depan baju tersebut.


Heather duduk di kerusi roda yang dihiasi balon berwarna pink. Putranya (9 tahun) dari pernikahannya sebelumnya memberikan bouquet bunga pada sang ibu sebelum pernikahan berlangsung.




Heather tentunya merasa sangat bahagia. Kekasihnya, Jimmy memutuskan melamarnya setelah dia mengalami masa-masa sulit di ruang ICU.


Doktor memberitahu Jimmy kalau tumor otak Heather sudah menyebar ke tulang belakang. Menurut dokter, kedaan tersebut cukup parah.


Setelah diceritakan soal keadaan kekasihnya itu, Jimmy pun langsung memutuskan melamar. "Aku masuk ke biliknya dan merendahkan tempat tidurnya supaya aku boleh bersimpuh dan melamarnya," kisahnya, seperti dikutip Daily Mail.

Heather perlu diyakinkan dulu sebentar sebelum menerima lamaran Jimmy. "Tidak ada orang lain yang aku ingin habiskan hidupku selain dengan wanita yang duduk di depanku saat ini," begitu katanya pada Heather.


Pasangan Heather dan Jimmy bertemu pertama kali pada Februari 2010. Pada Julai 2010, Heather didiagnosa menderita kanser payudara stage tiga. Dia kemudian menjalani serangkaian kemoterapi dan radiasi. Beberapa bulan setelah diagnosa kanser tersebut, dokter juga memberitahu kalau dia menderita tumor otak.



Selasa, Januari 24, 2012

t

k