Sabtu, September 01, 2012

Duchess of Cambridge akan berucap di Malaysia



MIDDLETON akan melawat Kuala Lumpur dan Sabah selama tiga hari.


LONDON - Isteri Putera William, Catherine akan memberikan ucapan pertamanya di luar negara apabila beliau dan suaminya melawat Asia Tenggara dan Asia Pasifik termasuk Malaysia pada bulan depan.
Kunjungan pasangan diraja Britain itu adalah sempena pemerintahan 60 tahun Ratu Elizabeth II.
Ketika mengumumkan perkara tersebut kelmarin, Istana St. James menyatakan, Catherine yang dahulunya dikenali sebagai Kate Middleton akan berucap di hadapan sejumlah pesakit dan staf sebuah hospis di Malaysia.
Kini memakai gelaran rasmi Duke dan Duchess of Cambridge, atur cara pertama mereka adalah menghadiri majlis penamaan orkid di Singapura.
Dua spesies bunga itu akan dinamakan sempena nama William dan Catherine.
"Matlamat kunjungan ini adalah untuk meraikan Jubli Berlian Ratu Elizabeth II," kata setiausaha sulit mereka, Jamie Lowther-Pinkerton.
"Lawatan tersebut melibatkan beberapa atur cara rasmi dan tidak rasmi yang bersesuaian dengan karakter serta minat Duke dan Duchess of Cambridge," tambahnya.
Pasangan diraja itu akan berada di Singapura dari 11 hingga 13 September ini dan dijadualkan tiba di Malaysia untuk lawatan ke Kuala Lumpur serta Sabah selama tiga hari. - AFP

Pelajar botakkan kepala kerana protes





BEBERAPA pelajar wanita berkepala botak memegang sepanduk di Pusat Yirenping Beijing di Beijing kelmarin.


BEIJING - Sekumpulan pelajar perempuan membotakkan kepala mereka dalam satu tunjuk perasaan di ibu kota China, di sini.
Tindakan itu dibuat bagi membantah diskriminasi gender yang didakwa berlaku dalam peperiksaan kemasukan ke pusat pengajian tinggi di China.
Menurut mereka, markah lulus bagi pelajar wanita untuk peperiksaan tersebut iaitu gaokao, di bandar raya Guangzhou, dalam wilayah Guangdong telah diubah untuk lebih memihak kepada pelajar lelaki.
Tindakan itu didakwa dilakukan bagi meningkatkan bilangan pelajar lelaki di pusat-pusat pengajian tinggi di bandar raya berkenaan. - AFP

Petani bina replika Lamborghini Reventon






KERETA sport Wang Jian menjadi tumpuan pengguna jalan raya lain.


SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China bertindak membina sendiri kereta sport berkenaan.
Petani tersebut, Wang Jian membina kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana.
Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel kenderaan selama lebih 10 tahun.
Media China melaporkan replika Lamborghini Reventon itu menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.
Kereta sport buatan sendiri itu boleh mencapai kelajuan 256 kilometer/sejam. - Reuters

Bendera Malaysia dinaikkan di selatan Thai




















SEKUMPULAN anggota polis memeriksa kawasan sekeliling sebuah hentian bas yang dipasang dengan bendera Malaysia di wilayah Narathiwat, semalam. - AFP

PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.
Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.
Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. - Agensi


101 bayi 31 Ogos dilahir



















SUHAILA A. AZIZ (kiri) dan Norhayati Ismail bersama bayi merdeka masing-masing di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA LUMPUR - Seramai 53 bayi 'merdeka' masing-masing 24 perempuan dan 29 lelaki dilahirkan di lapan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga tengah hari semalam.
Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan sebaik selepas detik 12 tengah malam tadi.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kajang dan bayi itu adalah antara enam kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan, kata jurucakap hospital itu.
Hospital Sungai Buloh pula mencatat kelahiran paling tinggi iaitu 13 bayi dengan kelahiran pertama, seorang bayi lelaki pada 12.14 pagi, kata jurucakap hospital itu.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, seramai lapan bayi dilahirkan sehingga 9.02 pagi ini dengan bayi pertama seberat 2.73 kg dilahirkan pada 12.20 pagi.
Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) masing-masing mencatat tujuh kelahiran dengan bayi pertama masing-masing dilahirkan pada 1.02 pagi dan 12.55 pagi.
Hospital Kuala Lumpur mencatat kelahiran lima bayi dengan seorang daripadanya rakyat Indonesia seberat 4.25 kg yang dilahir pada 4.11 pagi, manakala Hospital Tawakal merekodkan kelahiran dua bayi lelaki.
Di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula, lima kelahiran direkod termasuk seorang bayi lelaki rakyat Perancis, kata jurucakap hospital itu.
Daripada 53 bayi yang dilahirkan itu, 18 kelahiran adalah melalui pembedahan iaitu masing-masing satu di PPUM dan HKL, Hospital Tawakal Kuala Lumpur (dua), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (tiga) dan masing-masing empat di Hospital Serdang dan SJMC.
Di Kuala Terengganu, 28 bayi dilahirkan di beberapa hospital di negeri itu sehingga 12 tengah hari iaitu 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kelahiran pertama ialah pada 12.14 pagi.
Di George Town, seramai tiga bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang termasuk dua bayi rakyat Indonesia.
Di Seremban, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - Bernama

Terowong Unik Menembusi Pokok Tumbang

Giant Redwood merupakan antara pokok terbesar di dunia. Ia membesar sehingga di antara 50 hingga 85 meter dan  berdiameter 6 hingga 8 meter. Di Sequoia National Park, sebuah pokok ini yg dianggarkan berumur 2000 tahun telah tumbang pada tahun 1937 melintasi jalan raya. What to do? Cut through them.




Gambar-gambar Rare Di Dalam Kapal Angkasa Atlantis


Kapal Angkasa Atlantis baru sahaja menjalankan misi terakhirnya setahun yg lalu. Ia kini dalam persediaan untuk dijadikan pameran di Kennedy Space Center Visitor Complex, Florida. Berikut adalah gambar² rare di dalam Atlantis.





t

k